Hai, ini merupakan sambungan dari post sebelum ni. Sehari sebelum keputusan UPU keluar, aku macam kejap takut kejap nervous kejap teruja. Last-last tak tidur langsung sampai result keluar pukul 12 P.M. Pukul 7 pagi... 8 pagi.. lagi dua jam tapi rasa lama sangat. 10 pagi, nak buang masa aku ikut kakak aku shopping kejap. Sampai rumah 11.55 pagi. On laptop terus check. Tapi loadingnyaa ya Allah lembab gila.
Aku ingat nak check UM - USM - UPU. Tapi USM je boleh masuk, UPU aku guna SMS je. Masuk id & p/s USM, tengok-tengok "DUKACITA DIMAKLUMKAN PERMOHONAN ANDA TIDAK BERJAYA" kdjsvnvcdfvmndjkd pastu masuk SMS UPU pulak "MAAF ANDA TIDAK BERJAYA UNTUK MENDAPATKAN TAWARAN........." Ahhh seriously?! Okayy bertenang kejap. Maknanya satu-satunya peluang aku kat UM. Okay dah boleh log in.. tetibeeeee
"SUKACITA DIMAKLUMKAN ANDA BERJAYA MENDAPAT TAWARAN DI UNIVERSITI MALAYA"
Bayangkan perbezaan huruf D & S di depan ayat boleh merubah mood seseorang. Aku happy sangat, Lepastu wassap kawan aku, Nabeb, tanya dapat mana, tapi wifi dia problem. So aku check kan. Tadaaaaaaaaaaa! dia dapat sambung Doktor Perubatan.. Alhamdulillah. Lepastu kawan-kawan aku yang lain dapat tawaran Universiti jugak. Ahhhhh happynyaaa untuk diorang. Tahniah gaisss!
Surat Tawaran.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku banyak kali tanya ibu dan ayah, "Ibu Ayah takpe ke kakngah dapat Farmasi tak dapat Doktor?" Ibu cakap, "Ibu dengan Ayah tak kisah pun kakngah nak jadi apa, janji happy, lagipun bukan kakngah tak usaha untuk medic, cuma takde rezeki" Sebelum dapat result aku memang dah cakap, dapat apa pun aku terima, kira tak dapat medic pun takpa. Bila fikir balik, ni antara nikmat terbesar Allah bagi dalam hidup aku, takkan lah aku tak bersyukur.
Masa kecik (umur 10 tahun kebawah) aku memang bercita-cita nak jadi seorang doktor sebab teringin nak pakai white coat tu. HAHA kau tahu kan cita-cita time kecik akan berubah bila kita semakin dewasa disebabkan cita-cita tu terlalu hebat untuk dicapai. Tapi ada je orang memang dari kecik sampai besar tak berubah cita-cita. Macam aku, masuk form 1, form 2 aku memang malas nak belajar. Jadi time tu aku tak pernah ada cita-cita. Kira kalau jadi orang pun okay. Haha masuk form 3 aku mula ambil kisah tentang pelajaran. Dapat result PMR, ingat nak mohon sekolah teknik. Jadi sejak tu aku simpan cita-cita nak jadi seorang Engineer. Takde rezeki untuk sekolah teknik, tapi Allah bagi yg lagi hebat. Aku dapat masuk kelas sains tulen. Btw, aku seorang pembenci Sains sejak azali lagi. Hahaaa sebab Sains tak pernah kasi chance kat aku untuk dapat seketul A. Jadi aku fikir positif, mungkin ini masanya untuk aku buka minda aku untuk mendalami Sains. Form 4, Addmaths dan Chemistry merupakan dua subjek paling aku suka. Aku cuba minat Fizik sebab time tu kan aku nak jadi Engineer and Physics is one of the subjects yg aku kena hadap. Biology? aku siap buat Origami kot dalam kelas Bio sebab mengantuk sangat. Haha jahat gilaa. Aku tak pernah minat biology masa zaman sekolah. Bagi aku siapa nak jadi Doktor je wajib minat hahahaa. Dapat E dalam Bio memang dah jadi kebiasaan aku. Tapi aku sangatlah berterima kasih kat Cikgu Sharifah sebab tak pernah penat ajar kitorang (terutama aku) sehingga berjaya. Cita-cita untuk jadi seorang Engineer makin menebeeeel sejak aku minat Kimia. And YES aku nak jadi seorang Chemical Engineer.
Tapi lama-kelamaan, apa yang aku impikan semua makin pudar.. sejak aku kerja (selepas SPM) di sebuah Farmasi. Aku mula menanam cita-cita baru untuk jadi seorang Pharmacist. Aku siap tanya lagi Boss aku kat situ, susah tak course Pharmacy. Dia jawab (Aiyoooo susahhh loooo, kena ingat semua nama ubat aiyoooo) Hahaha
Kemudian, aku berjaya dapat tawaran Matrikulasi. Aku dapat Sains Tulen lagi sekali. Sejak masuk matriks, banyak benda aku belajar lagi detail dibandingkan dekat sekolah. Terutamanya Biology! Aku mula minat Biology di matrikulasi. Minat aku tu sampai aku tukar impian aku balik untuk jadi seorang Doktor. Aku start tengok medical drama je, start tengok pengalaman seorang Doktor kat blog, tengok pembedahan kat insta. Hahaa kiranya aku nak sangat impian aku tu tercapai. Tu sebab bila dapat tawaran temuduga tu, aku happy dan tak sangka, nasib aku akan jadi macam tu.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sejak semalam, aku tukar balik impian aku, dan kalini aku harap sangat cita-cita aku ni kekal sampai bila-bila. Aku tak menangis langsung apa yg aku inginkan tu tak dapat, apa tah lagi frust menonggeng. Haha aku percaya semua ni ada hikmahnya. Aku dah pun berusaha untuk capai impian aku, bukan setakat kata-kata je, tapi kalau Allah tak izinkan, kalau takde rezeki untuk aku, makaaaaaaaaa dengan itu, aku takkan, tak mungkin jadi seorang Doktor. Aku kenal diri aku. Aku memang sangatlah "passionate" untuk sambung course medic, tapi aku sendiri tak jamin aku boleh tahan segala pressure, stress yang bakal aku tempuhi. Like kemoon, kena marah sikit dengan ibu, aku dah sentap nak mati.
After all, Allah is the best planner, right?
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Malam je dapat result, aku skype dengan Nabeb. Dedua muka happy je. Hahaa aku dan dia telahpun memasang niat untuk buka sebuah klinik (ni main-main je ok) Dia jadi doctor, aku pulak pharmacist.
Antara nama yang dicadangkan :
-Klinik Nabeb dan Yana
-Klinik KakNab
-Klinik Nabobby
-Klinik Bebobby
-Klinik Ahakk
-Klinik Let's Sihat Jangan Mengata
Ok abaikan
Anywayyy, sejak semalam aku dengar dan tengok video lagu ni. EH ehhh aku bersyukur, tak rasa pun semua ni dugaan. Cuma aku teringin sangat tarik kebelakang sikit rambut Noh Hujan ni. Sikit je
Tahniahh! Bkn senang tau nak masuk UM, bidang farmasi pulak tu ;)
ReplyDeleteEhh thank youuuuu!! you are the first one yg comment kat blog ni xD btw Thanks again! :)
Deletehi nak tnya wktu di matrik kena skor pointer brp utk mohon pharmacy di UM?
ReplyDeleteHaii, rasanya kena 3.8 ke atas untuk Pharmacy UM :)
Delete❤️👍🏻
ReplyDelete<3
Delete