Kenangan Matrikulasi.

Assalamualaikum. Hellooooooooooooooo diary onlineku. Lamaa betul aku tak update blog ni. Haha nanti lepasni aku update kehidupan aku kat matrikulasi dan semestinya akan menjadi satu post yg sangat panjang. Tu sbb aku nak take time dulu before update blog. Emmmm sejak abes matriks ni, aktiviti harian aku dipenuhi dgn drama korea, online, tidur. Ulang balik. Sampai bosan tahap ape ni.

1:56 AM -- 19/5/2016
OK. Aku dah ready nak cerita. haha
Emmmm lepas je dapat result UPU, aku dapat satu je tawaran U, kat unimas, asasi sains 2 years. Dan aku dapat matrikulasi selangor. So aku memang nak matrix since 1 year je. Masa nak check tu berdebar ituuuuu. Tengok je dpt tawaran, kat selangor pulak tu, ayah aku terus gelak sambil tepuk bahu aku ckp "Alhamdulillah kakngah.. dapat matrix, kat selangor pulak tu.." maka ibu aku pun riang juga la mendengar berita tersebut dari dapur (sedang membuat sambal belacan kegemaran anak no. 2 dia.. jk :p)

So, bermulalah kehidupan aku di matrix pada 25/5/2015. ke 26 eh. Ahh lebih kurang lah. That was my second time masuk matrix. First time masa ikut ayah aku gi kerja kat situ dulu. Tetibe anak dia pulak dapat situ, maunyaaa tak happy. First day pendaftaran, ok cam biasa je, tak kenal sesiapa kecuali kawan sekolah menengah aku dulu, 2 3 orang je. Tu pun susah nak jumpe. Pastu aku dapat bilik tingkat satu bilik no 24. Hujung sekali and for sure, dekat dgn toilet, bilik menggosok baju dan washing machine! Nama asrama aku polaris. Paling special sbb kiri kanan cafe. Asrama tu duk tengah2. haha ade 3 blok. Pastuuu lepas dah salam2 semua, family dah balik semua, aku tak nangis pun sbb tahu rumah dekat je (1 hour je dari rumah) tapi sebak jugak la kan sbb ni first time aku duk asrama. Pastu tetibe, kawan sebilik masuk, dalam bilik tu ade 4 orang. Masa memula tanyalah nama, panggil pun nama2 je amboi sopan gila laah. haha nak bukak tudung pun segan! gi toilet pun tutup kepala ngn tuala, betapaaa sopannya aku (lemah lembut lagi penyayang) masa tu. Tapi time tu je la. Haha so nama roommates aku, Atikah (sebelah katil aku) Azreen (depan katil aku) Nathasha (sebelah katil azreen) Lepas dah kenal2, Alhamdulillah aku masukk dgn dorang. Dorang baiiiik sgt, namun kuat membahan ye. Hahaha ok so seminggu orientasi. Sangat lah penat tak cukup tidur. Kitorang hanya dibenarkan pakai satu tudung je iaitu tudung bawal berwarna putih-krim!!! hahaha baju pulak sama ada baju matrix or baju kurung. Nak taknak kena tahan la selama seminggu. Kekadang geram gak kul 1 pagi dorang suh berkumpul. Tp tu biasa lahh, balik lambat, bangun awal. Dalam bilik kitorg tu, kitorang memalam dah siap2 mandi, sbb esok toilet ramaaaaai gile. Tapi time minggu orientasi je hokeyyy. First week je aku gosok semua baju tuk satu minggu, lelama hancurrr. Kekadang gi kelas cari baju yg tkyah gosok je. Pemalas. Abesss je minggu orientasi, kitorang dah diasingkan dalam classmates masing2. Nama praktikum aku SM1K2P2 Nama kawan2 pun igt2 lupa je. Lepastu ade pertukaran siapa nak tukar modul. ramai jugak lah keluar, so tinggallah 3 orang jejaka yg selebihnya perempuan. hahahah kenal2 dorang semua, makin hari makin rapat. Makin hari makin sayanggggg gileee. Dekat sini jugak aku dapat gelaran, Bobby itu. Comel bukan? hahahaha sakai do, melekat pulak tu sampai sekarang. Dari nab jadi nabeb, sab jadi sabeb. Aini pun ade nama gak.. IJOY. hahahaha, roy lah, azman lah. Semua ni sape punya kerja? ATIYAHHH. hahaha wehh classmates aku kelakar do semua. Lelagi Aina ngn si Atiyah ni. Pantang nampak lain sikit orang tu dah bagi gelaran. Ade sorg bdak kuliah ni, badan dia besar2, dorang panggil lecturer. Pastu ade sorg ni, badan dia tough2, kitorang panggil dia abang. tp dia tak tau la gelaran tu. Hahahaha sorang ni, Nobita. Ok ni lawak, kekadang dia lalu dpn kitorang "Nobi atiyah kirim salam" Ex myra la, nenek la. hahaha memacam. Alahaaaiii rindunyaaaaa. Ok post ni aku cerita berdasarkan gambar lah ye. Random sbb banyak sgt kenangan.


1) Raya 2015

Okayyy ni time raya kat matriks. Time tu ada sambutan raya, besttt. So ni lah classmates aku, tp ade tak cukup ni. Kitorang makan2 kat sebelah blok lelaki, sbb kat dataran tetengah tu ramai sgt. Sini damai je.
Ini kaklong. Hahaha jk, Aizzat nama dia. Lelaki dlm kelas tu, kitorang pempuan2 ni rapat la jugak ngn dia. tp lepastu dia gi Mesir buat medic. So sekejap je dpt kelas ngn dia. Sebelum pergi tu dia buat surat bagi kat satu kelas. Awhhh terharu ok!! Dia sorg je lelaki panggil aku najwa, tp style dia naejwa. hahaha ok papehal takecare bro kat sanee.

2) Di makmal kimia, hari isnin
Ok gambar ni first je ok yg lain candid sbb sape tah lawak sgt time tu. Aku ngn nabeb pulak mudah terhibur tu sbb yg lain semua steady kitorang dua je gelak

3) Ahak!
HAHA ni paling tak boleh blah ok. Sem 2 ni memacam benda kitorg reka. Ok skrg imagine buat tangan macam ni, gerakkan atas bawah slow slow, angguk kepala slow2 seiring dgn tangan dan mata sepetkan sikit sambil sebut ahak sebanyak 4 kali dgn jarak masa 0.8 saat sejajar dgn heatbeat kita. Hahahahaha sape ikut? kita dah boleh jadi geng lepasnii. 

4) ShOOoo^oo^ Sweet!
Ok  ni tangan aku ngn nabeb. Dia suh lukis cincin kat tangan dia sbb haritu keluar gi IOI city mall, igt nak beli cincin sesama tapi belek2, tak jadi. hahaha time buat ni kat kelas maths. Pastu madam 
tegur "Liyana you buat ape tu kat tangan nab,lukis2" Hahahha sebenarnya kitorang nak jadi geng hamsteni xD

5) DKK3
Ni dewan kuliah kecil 3. Hari ni hari jumaat kot.. hahaha lawak ouhh. Time ni takde orang. so main masuk je, cakap2 kat situ, guna benda alah tu, conteng2, pssssstt, tiru cara lecturer cakap hahahaha kelakar okaayy. Tergelak jee aku time tu

6) Sundate
Ni first time kitorang outing jejauh. Takdelah jauh sgt IOI city mall je. Patutnya memula aku tk dpt restu mak ayah aku nak keluar sbb dorang risau, tambah pulak siap sewa kete alza, dua buah lak tu. Hahahaha pastu tiyah ckp dia penah kerja teksi 2 bulan, aku tk tau nape aku caye sbb aina yeeee je kan tapi gelak2. lawaak do aku ckp kat parents aku lagi, baru dorg kasi hahahaah sbenarnya bukan sbb tu pun, mungkin sbb aku dah lama mintak, pastu aku ckp nak release tension. Aduhh paling hindustan la time tu menangis2 bagai, sebenarnya faktor nangis sbb stress pun ade jugak. Time tu banyak sgt kerja assignment, kelas lagi. Nak keluar tak dapat lak tu, ape lagi jalan sikit nangis, jalan ngn classmates je nangis. Time tu aku rasa paling loser gila. Seriussss last2 dpt gak keluar. Tapi lepas dah dapat izin tu, aku buat la refleksi diri balik kan, alahai aku ni memberontak jugak. Selagi tak dapat nak jugak. Hmmm kesian ibu ngn ayah. Tengok wayang cerita munafik, pastu gi rumah nabeb, makan2 jap, borak2, selfiee. Keluar pukul 8 pagi balik kul 7 petang. Besttttt 


7) Batukkk
Lepas je balik dari wayang, esoknya tu aku demam panas sampai kena cuti, gi klinik. time tu first time gi klinik. So pukul 9 pergi la kat HEP, mintak borang nak gi klinik. Cek2 semua... eh tak cek pon! Just tanya ade muntah tak, bagi MC dah blah. Tu je. So, aku makan la ubat, pil ubat air semua aku telan, madu kawan aku bagi. Lepas demam aku batuk tak berhenti. Malam sampai tak boleh tidur. Pastu lepas je aku makan, hampir setiap malam selama 2-3 minggu, aku akan batuk teruk gila smpai muntah balik makanan tu. Ubat pun dah abes, pastu parents aku dtg nak bawak gi klinik swasta.. Time tu dah 2 minggu berturut2 batuk tak berhenti. Risau kena TB sbb sebelum cuti 2 minggu tu ade kes TB kat kolej tu. Tp lepas cuti tu dah ok. So pergi la klinik, dia bagi antibiotik. Dr ckp kalau antibiotik dah abes, tp still batuk kena jumpa dr lagi. Kekadang aku bangun maghrib tu, nak gi kuliah malam badan aku panas gile, tulang lenguh je.. time kat kuliah nangis hahaha. sbb tak tahan pening sgt. Lepassstu, dah dekat 3 minggu lebih batuk lagi. tak elok2. Esoknya tu aku bangun solat subuh, gi toilet, buang kahak.. ade darah!! aku dah cemas gilee, positif maybe gigi kot darah sbb panas sgt ke. Pastu time mandi, aku try la buang kahak, takde pape. Fuhh lega. 2 hari lepastu, aku muntah mcm biasa, tp kalini dlm muntah tu ade darah. Esok cuti lagi, kalini cek kahak. takut TB. Seminggu lepastu klinik tak call. Aku yg kena call, tanye. Alhamdulillah dia ckp negatif tak de pape. Tapi smpai skrg aku batuk lagi tp tak teruk laa. Dalam kuliah, tu kan, tahu tak gegula yg dlm packet tu tuk batuk, ade sekali tu sehari je abes satu paket. Dalam tu ade berapa puluh biji tah. Betapee teruknya batuk aku. Aku tak selesa sgt sbb bising, malu. Ok tu je part sedih, banyak nangis mengenang kesihatan diri, dgn stressnyaa. Kadang2 rasa nak balik jee terus nak berhenti. Tapi kengkawan aku, ibu ayah semua prihatin. Thank youu! :'(
From DR M :)


8) Meggi
Sebelum
Selepas

Hahahaha time ni study week PSPM 2, pukul 3 pagi okkkkk pergi blok sebelah nak amik meggi. 7 bungkus meggi kot makan reramai 5 orang. Study sesama, hahahahaha alahaii rinduu. Lawakk aku myra tiyah merentasi cafe lyra, dgn baju tidurnya, tak pakai tudung, lalu cafe tu gelap2, pastu rembat meggi kat bilik tiyah

9) Messy2clean








 OKKK SEPANJANG KAT MATRIKS, NI KEJAYAAN PALING AKU SUKAA. Hahhahah ni tuk presentation BI for product promotion. Group aku buat pasal makeup. Nama makeup tu messy2clean idea sabrina. Siap ade makeup kit lagi tu. Logo dan pamphlet aku reka. Ya Allah kalau la boleh ulang balik masaaa, aku nak rakam semua moment ni! Ohh gambar first tu, memulaa sekali kitorang masuk, introduce diri, jawatan kitorang, pastu lima lima tu ckp "and we are from... *disertakan dgn gaya gambar 1st tu* MESSY2CLEAN!!" Hahahaha semua tepuk.. sambil gelak. Besttttt gilaaaa. Nervous, tapi aku rasa presentation paling bagus la aku penah buat setakat ni. Siap ade demo nak makeup lagi tu, syifaa', dah deal awal2. hahah macam biasa, sebelum masuk tu dah bagi jawapan kat org tertentu, nanti kitorang tanye soalan, dorang senang lah nak jawap. Dan siap ade hadiah!! ehemm tapi lepastu pulangkan balik ye


10) Lipas
 Sebelum
Selepas
HAHAHAHAHA ni semua sbb lipas punya pasal menyelinap secara haram pepagi buta. Time ni aku ngn thasha tgah study, dekat2 pukul 3 pagi kot. Thasha nampak je lipas, dia amik penyapu (guna yg tempat sapu pulak tu! takde function..) dia ketuk sekuat hati, last2 lipas tu elok je terbang lagi tp penyapu dah patah. Memang gelak nak mampus la time tu ahaha, ade sekali tu, pepagi jugak, lipas masuk, sampai kat rak buku thasha, (tak tau nape dia suka kt tempat thasha, ade chipsmore kot) rak buku jenis yg melekat kat dinding tu, aku angkat penyodok, sodoook lipas tu, tgh panik kan, hahaha tapi terlepas jugak. Last2 sembur perfume azreen je banyak2. Tapi satu je la kan nak bangga. Tiap kali lipas masuk, takde sekor pun yg berjaya keluar hidup2 huehuehueeeee. Ada lagi satu kes lipas, kali ni kat bilik myra. Masa tu kitorang nak prepare tuk presentation fizik, time tu ada aku, nabeb, aini, myra. Memula aku tak perasan pun ade lipas, myra tengah kemas tong sampah dia, tetibe dia jerit lompat atas katil, aku blurr pun ikut lah sekali dia naik atas katil. haha Lawaakk. Memula Aini tolong buangkan, tapi tak berjaya. Sebab nabeb ngn myra takut, so terpaksalah aku beranikan diri, walaupun pengecut gak, bawak tong sampah tuu smpai pintu, pastu guna penyapu, sapu lipas tu, seb baik tak terbang. Dengan spontannya aku terus tutup pintu.. dan kunci pintu
#gengtangkaplipas


11) Badminton
First time main badminton time malam2. Pukul 8 - 10 malam ngn madam Zarina. Lecturer BI merangkap lecturer paling masuk ngn kitorang. Hahahaha kenangan gilaaa. Ingat lagi, time tu last kitorang main badminton sesama waktu malam, madam bawak kete pesona. Tempat kitorang main tu jauh dari asrama. So madam offer lah naik. OK sekarang bayangkan 9 orang sumbat masuk dlm kereta pesona. HAHAHAHA lawak gilaaaaa. Kat depan 2, madam 1, kat belakang ni haa, 3 orang dpt duk kat kerusi lagi 3 duk kat pangku. Hahahahah madam hantar kitorang smpai kat koperasi, berhenti situ ade budak lelaki berkumpul. Kitorang keluar kereta semua gelak je hahahaha aku tulis ni pun dah tersenyum sorang2. 


12) Malam Dinner Polaris
Bertemakan warna merah, malam dinner polaris. Bestt, semua penghuni polaris saja, ada persembahan, tempat selfie. Makanan pun enakk belaka ya

13) Nasi kukus
Semestinya nasi kukus ni istimewa bagi aku since siap ade pasal dia pulak tu. This my one and only favorite nasi kukus setakat ni. Jual kat cafe carina. Setiap kali rehat pukul 1 petang tu messti beli, kekadang hampa sbb dah habes. hahahaha sedaaap gila. RM4.00. Sampai aku dapat gelaran, "liyana dan nasi kukusnya" hahahaha, tiap kali abes je kelas, aku mesti jalan lelaju nak gi beli dgn harapan ade lagi jual. Wehh begitu sekali hahahah. Dorang mesti ckp, yana kejar nasi kukus la tuu. Hari isnin Thasha belikan sbb dia balik kul 12, selasa Azreen, Rabu aku belikan. Khamis ni lah biasanya aku akan berjalan sepantas yg boleh hahaha sbb askar dah takde nak hantar. Semua rehat kul 1 petang huehueee. Kari dia, sambal dia, kalau dapat peha paling bonus la tu. Nasi banyak lak tu. Berbaloi ok. Nakkk makann lagiiiiii. Ingat last day haritu bolehlah merasa. Tapi tak jual dah hmmmmmmm cedih itu


14) Team jubah hitam
 
 Ni hari jumaat, kitorang rancang nak pakai jubah hitam. Ingat lagi time kuliah Bio kot, yg jubah hitam ni semua duk barisan last sekali dlm lecture hall tu. hahaha, pastu abes kelas bergambarrr. 


15) Kuliah 1 2
Ni lahhh kuliah 1 2 , besttt, aku tak kenal ramai sangat dgn budak kuliah, tapi tau lah kalau tgok muka. Semua bebaik belaka. hahaha. Time ni kuliah maths yg terakhir (khamis)  Sedihhh lelagi dgn madam Rosmawarni pesan kata2 terakhir. 



16) Potluck
Kitorang dua kali buat potluck. Yg first tu besar punya semua join smpai tak abis makanan. Kena panggil kawan2 kuliah chinese tolong abeskan. Peramaahh ouhh. hahaha Macam2 ada. Kek, air, keropok, lauk, nasi, mee goreng sampai tak tau nak makan yg mana satu. yg pasti meriah sgt. Time tu semua rancang lepas cuti sorg bawak makanan. Rinduu nak makan sesamaaaa.


17) Charlie
Cantikkan? tapi jahaaat. Haha Alhamdulillah setakat ni tak pernah kena lagi, tapi banyak kali jumpa kat matriks. Kat toilet paling banyak. Masa memula jumpa kat toilet duduk tu, elok je nak duduk nampak charlie ni keluar, hahaha weehh bayangkan kalau dah duduk xD Kalau kena cecair kat badan dia, boleh nampak macam kesan melecur. Pedihh gila. Kawan aku ada kena.  


18) Puasa
First time aku puasa kat asrama. Pengalaman paling best sekaaaaaaali. Bukak puasa sama2. Sahur je tak sesama. Sebab aku tak bangun. Haha kat matriks puasa best. Sbb balik kelas kul 5 ptg, tunggu beberapa jam je tuk bukak puasa. Pastu ada buat jamuan bukak puasa ngn lecturer. Makanan semua sesedap. 


19) Vampire Victim
Hahahah lawak lah bila ingat balik game ni. Boleh pulak terjebak dgn permainan ni, masa study week sem 2 untuk final. Mula nak main sbb masa study, tetiba blackout. So pasang lilin kat tetengah. Haha aku ajak lah main spirit coin. Tapi memain je ok. So sementara tunggu api ada balik, kitorang main game werewolf, jiran sebelah download kat playstore kot. So main2, dah ada api balik. Pastu lelama cam bosan, kitorang main vampire victim. Ehemm aku yg perkenalkan kat dorang saje cakap. Game ni, kitorang duduk dlm bulatan, masa tu ada 8 org join. So lapan kertas kecik, tulis vampire (2 orang), police (sorang) dan lain tu victim. Sape vampire, kena kenyit mata kat victim, so victim mati kena tunjuk isyarat tangan la dah mati. Kalau vamp salah kenyit kat police, dia kalah lah. Ok game ni best main time ada crush korang. hahahah


20) Makanan
Gambar hiasan semata-mata
Antara makanan yg wajibbbb ada dalam almari aku, maggi, maggi, maggi, teh tarik 3 in 1, milo, biskut, teh hijau. Benda penting semua ni peneman dikala aku study lewat malam. 


21) Movies
The best part kat matriks, bila tengok movie dengan kawan bilik atau kelas. Ya Allah sumpah rindu! Target movie wajib horror movies. Kat bilik, ada tukang cakap, tukang buat bunyi, tukang tanya, iaitu Thasha. hahaha lawak ouh, kalau tengok movie. seb baik selalu sponsor biskut. Biasa hari jumaat malam tu, kitorang akan luangkan masa tengok movie. So sebelum tu cari laa kat sapa2 ada horror movies. Kekadang lepas tengok movie tu kitorang tidur sesama. Turunkan tilam, bentang kat bawah, Tengok sampai ngantuk. Rinduu!! 


22) Stay up all night
Kalau tanya kat aku, apa paling best sekali, bila rancang dgn kawan stay up sepanjang malam untuk study. Aku igt lagi, time study week final exam sem 1, aku ngn sarah (jiran depan bilik) tidur kul 11 malam, pastu suruh thasha or azreen kejutkan pukul 1 pagi. Hahaha dorang tangkap gambar kitorang tidurrr, tak senonoh betul. Dalam bilik, biasa tidur lewat aku, thasha, azreen dan sarah. Tikah biasa tidur awal bangun awal. Dengan classmates lak, kalau time cuti, selalu gi bilik myra tuk stay up. Biasa yg join myra, aku, nabeb, sabeb. tiyah. hanim. Masa study week yg kitorang gi rembat maggi kul 3 pagi tu kan, time tu yg berjaya berjaga sampai subuh aku ngn myra. hahaha bestnyaa. Rinduuu semua niiiii. 


23) In my heart
Atikah, Azreen, Thasha, Saraaaaah :(


24) In my heart 
English

Chemistry

Mathematics

Physics

Biology

Physics 

  Yana dan Nabeb 









:')

Jujur aku cakap, aku bertuah dapat kenal dengan korang semua. Aku bertuah sbb pernah jadi kawan korang. Dapat pensyarah yg prihatin. Tak pernah aku sangka dapat lalui zaman matrikulasi seindah macam ni.. 






#PistolOnPoint
BLOGGER COPYRIGHT © 2019. ALL RIGHTS RESERVED BY BLOG YANAAZLAN