Weight loss journey.


31/3/2020 -- 04:02 AM



My love - Westlife.


Assalamualaikum. Semoga semua sihat sihat belakeeee ye. Untuk post kali ni, aku sebenarnya nak tunggu aku achieve target berat yang aku nak, which is 55 kg, tapi sebab bosan, aku nak update jugak! Anywayyy, selaras dengan title post aku, diet journey aku sangatlah serabut. Macam biasa, aku nak membebel dulu sebelum aku bagi tips untuk kurus. Kalau taknak tahu, skip terus ke tips. Sebelum aku teruskan, tinggi aku 164 cm, berat sekarang 59 kg, BMI 21.94 (normal). 

Aku seorang yang chubby dan berpipi pau. Kalau korang scroll kat bawah ni, aku sertakan sekali muka aku masa zaman sekolah dengan sekarang. Aku sejenis kalau gelak, mata aku hilang terus dek kerana lapisan lemak yang bertapa diatas kelopak mata aku. Dulu, aku sangat jarang tangkap gambar full body, sebab aku tahu badan aku gemuk. Aku selalu selfie je, tu pun struggle nak cari angle. Haha. Setiap kali ujian SEGAK dekat sekolah, aku tak suka. Sebab kena timbang berat. Berat aku always 68 kg ke atas. Paling berat aku pernah timbang 2 tahun lepas, 72 kg (BMI 26.77, overweight)..... Or more? Sebab masa tu raya kat Nismilan, nenek den buek daging masak lomak cili api sodap bonar! Hahaha tu sebab berat naik, plus aku tak diet, tak exercise. Berat aku consistently naik dari sekolah menengah, matriks dan bawa ke first dan second year of my degree life. Nak dijadikan cerita, aku pernah heartbroken masa hujung sem 4 (second year) dan aku bertekad untuk kurus. Haha. Sebab aku rasa, KALAU lah aku kurus sikit, maybe I can fit into the society? maybe I can live up to their expectation? I used to be reallyyyyy sad every time I see myself in the mirror. Lagi lagi kalau lepas kena tegur dengan makcik-makcik pasal badan. Orang panggil aku gemuk, chubby, mak orang (paling benci hahahaha), dan orang akan cakap "Ooo adik lagi besar dari kakak/anak lagi besar dari mak). Haaa yang part lagi besar dari kakak aku tu, sampai sekarang. Takleh nak buat apa, dia memang kecik. So aku start diet, July 2018 lepas raya. Yang berat aku naik mendadak sebab nenek aku masak sedap sangat tu.... Come onnnn! Raya k0wttt. Masa ni aku diet atkins. Zero carbo, no nasi for a month and cut air manis. Berat aku dari 72 kg, turun 64 kg. 8 kg turun. Sepanjang sebulan tu, dalam masa 2 minggu aku boleh nampak perubahan kat badan aku. 4 kg for two weeks. Macam mana aku nampak? Biasanya aku akan picit picit lemak kat belakang tengkuk, bahagian lengan, perut dan peha 😁😁😁 Walaupun aku tak exercise masa tu, aku kerja part time kedai baju. 10 pagi hingga 10 malam, and that was one of the contributing factors aku boleh kurus. After balik rumah, aku akan buat air lemon + green tea for 1 L dan minum. Aku pun banyak minum air sepanjang diet tu. Dan berat aku maintain 65 kg, tapi pernah sekali 67 kg (raya tahun lepas) sebab banyak pergi open house 😁 Aku stop Atkins diet, aku try intermittent fasting diet. Nanti aku explain juga different types of diet. Aku makan once a day, before 6 pm. Portion pun aku kurangkan sedikit. From 65 kg, berat aku turun 61 kg. Tapi pernah naik sikit jadi 62.5 kg sebab tak strict diet dah. Well, fira lah ajak makan wong solo dengan ayam gepuk. So from 62.5 kg to 59 kg, aku buat exercise. Masuk february 2020, almost every day aku exercise. Tak pernah lagi dalam hidup aku consistent macam sekarang ni. Aku still exercise sampai sekarang, tadi baru je habis workout sejam. Sebab aku suka kepuasan keluarkan peluh tu. Rasa puas, rasa badan ringan sangat. Mula mula badan memang lah sakit, tapi lama lama your body can adapt to those workouts. Lagi pun, korang akan lagi sihat sebab bakar segala calories kat badan tu. This time, aku still buat IF diet but not too strict, dan aku buat calories deficit diet. Size baju aku dari XL/L turun kepada M and sometimes S (sebab sekarang aku selalu curi baju kakak aku, pakai). Anddddd nak tahu tak, aku dah muat satu dress yang aku beli masa tahun 2017, time tu aku langsung tak boleh zip kat bahagian belakang. Dan masa tu aku rasa sangat impossible nak muat dress, ye lah, jarak dua zip tu jauh dia ibarat padang jarak padang tekukur. Haha macam tak masuk je.

Can you see the journey? From 72 kg, to 65 kg, to 61 kg and my current weight is 59 kg. Semoga Liyana capai 55 kg before habis 2020! Aamiin! 😄😄 Okay jom pergi ke tips diet Liyana 😃



1) Set your goals!

Goals sangat lah penting untuk motivate diri kau untuk teruskan diet. Macam aku, selalunya apa yang motivate aku,

i) Upcoming events like dinner, raya, convocation, wedding(s).

ii) Beli baju tersalah size (size kecik dan kau tak muat tapi baju tu cantik nokharom).

iii) Target berat dan BMI yang kau nak. Macam aku, nak target 54 kg with BMI 20.45.

iv) Set your time goals, contohnya kau nak kurus sebelum habis 2020. Tapi jangan pressure diri. Buat mana yang mampu, the longer you set your time goal, the better (for me) sebab tak stress. Tapi make sure you achieve your desired weight before the events okay!

v) Make someone as your role model. Tapi yang sama tinggi lah, so kau boleh bayangkan lah kalau kau berat sekian sekian, badan kau nanti macam mana.

2) Choose your diet pattern wisely, ikut mana yang termampu.

A) ATKINS DIET

What: A low-carb diet. Pengambilan karbo kurang/zero carbo in your diet intake. 
Why: Berdasarkan studies, bila kita kurang ambil carbohydrates dalam makanan, kita akan increase kan portion for protein. Increased protein lead to reduced appetite. 

How: Atkins diet consists of 4 phases;

Phase 1 (Induction) - Korang boleh ambil karbo bawah 20 gram/day untuk 2 minggu (optional). Perbanyakkan ambil sayur-sayuran dan makanan yang berprotein tinggi.

Phase 2 (Balancing) - Slowly add nuts (karbo), low-carb vegetables dan buah buahan. This one korang boleh teruskan berapa lama nak sampai achieve target berat.

Phase 3 (Fine-tuning) - Add more carbs to your diet.

Phase 4 (Maintenance) - Not too strict as the first phase, boleh je nak start makan nasi.

Tapi gais, aku skip je semua phase ni hahaha. Aku memang tak makan nasi dan cut sugar for a month.

Makanan perlu dielak sepanjang Atkins diet:

→Any food yang ada sugar - soft drinks, jus buah, cake, ice cream (emm dapnye ice cream mekdi).
→Bijiran - Nasi, gandum (wheat) dan sebagainya.
→Fast food - KFC, McD, Shihlin...... Ya Allah sedapnya.
→Other high-carb foods: Carrots, kentang, pisang, apple, orange, buah anggur, beans.

Makanan perlu diambil sepanjang Atkins diet:

→Meats: Daging lembu, ayam dan sebagainya.
→Eggs.
→Low-carb vegetables: Broccoli, bayam, asparagus.
→Healthy oils like extra virgin oil, coconut oil etc.

Atkins diet ni agak "mahal" sikit dan leceh. Ye lahhh, dah tak boleh makan nasi. Nasi KOTTTT. Orang melayu?? Takde nasi?? For real?? Hahaha. Tapi sepanjang diet ni, please please be discipline to yourself. Once makan nasi masa tempoh diet ni, tak boleh berhenti. Esok mesti craving lagi nak nasi. Nasi kan glucose, akan cause insulin release, thus increase your appetite. No cheat day jugak ok!


Korang boleh refer sini juga, untuk dapatkan diet menu plan: https://www.atkins.com/low-carb-lifestyle/meal-plans


B) INTERMITTENT FASTING DIET

What: Eating pattern which involve the cycle of fasting and eating. Kiranya ada fasa korang makan, ada fasa korang puasa (tapi boleh minum air kosong). IF diet tak specific dengan apa yang korang makan, tapi more to bila korang makan.
Why: Doing IF diet indirectly lead to fewer colaries intake. IF diet can also cause some changes to your hormones such as hyman growth hormone and insulin. Ada studies juga cakap IF diet really beneficial in preventing cancer. Korang boleh baca dekat 

How: IF diet ada beberapa method korang boleh try ikut kemampuan masing-masing;

Method 1: 16/8 method. 
Which means, makan 8 jam, puasa 16 jam. Bukan sepanjang 8 jam tu korang makan non-stop tau, sepanjang 8 jam, korang boleh makan anything. Tak strict pun calories intake, suka korang lerr nak makan nasi ke apa. Then 16 jam lepas tu, korang puasa, no more food intake. Aku biasanya buat macam ni, pukul 11 pagi sampai 7 malam, aku free nak makan apa-apa, lunch, snacks, air manihh pun boleh. Start pukul 7 malam sampai 11 pagi esoknya, boleh minum air kosong je.

11:00 AM until 07:00 PM - EATING
08:00 PM until 11:00 AM - FASTING

Adjust ikut masa korang okay. Kalau yang tak boleh skip breakfast, korang start lah dari 8 pagi sampai 4 petang.  Simple je kan? Tapi still berpada lah makan tu, jangan laa selalu sangat makan nasi berpinggan-pinggan. Kalau tak bila nak kurusnyaaa nak oiiiii

Method 2: Eat-Stop-Eat method.
At first, aku buat 16/8 method tu. Then lama-lama aku guna second method ni. Involve puasa 24 jam (tapi boleh minum air ye). Contohnya, pukul 1 petang aku lunch, then next 24 hours aku puasa. Pukul 1 petang esoknya, baru aku lunch balik. Tapi ni kalau hampa tak mampu, jangan try la. Lagi lagi those yang ada gastrik. Bahaya okay. Badan aku dah adapt dengan diet cara macam ni dan Alhamdullilah aku takde gastrik setakat ni. 

Method 3: The 5:2 diet method.
Method ni involve calories intake. Korang ambil calories 500 - 600 calories, hari selang seli. Contohnya, hari isnin korang consume 600 calories, hari selasa makan macam biasa (no calories restriction), then hari rabu korang consume 600 calories balik, hari khamis makan macam biasa. For this one, no fasting cycle.


Aku still stick to this diet sampai sekarang tapi tak strict sangat.


C) CALORIES DEFICIT DIET

1 gram of carbohydrates = 4 calories
1 gram of protein = 4 calories
1 gram of fat = 9 calories
3 500 calories = 0.45 kilogram
7 700 calories = 1 kilogram

What: Calories deficit diet is the number of calories you consume in a day to lose weight.
Why: One of the good ways to use your stored fat.

How: Three methods; 
Method 1: Eating less calories (less input)
Method 2: Burning more calories (more output)
Method 3: Combination of method 1 and method 2. Which i am currently working on.

Sebelum start calories deficit diet ni, korang kena kira dulu berapa calories korang consume/day by using calorie deficit calculator. 


OR you can try here, more relevant cause they take physical activities into consideration: https://www.precisionnutrition.com/weight-loss-calculator

To create calories deficit, you need to know your maintenance calories. Maintenance calories is the amount of calories korang kena consume (per day) to maintain your current weight. Korang boleh try maintenance calories korang dekat link yang aku bagi kat atas tu. 

My result:
Maintenance calories: I need to consume 2 430 calories/day. 
To reach my goal to lose 5 kg within 2 months: I need to consume 1 797 calories/day.
After dah reach my goal, untuk maintain goal tu: I need to consume 2 277 calories/day.

Calories deficit/day: 
(2 430 calories - 1 797 calories) = 633 calories deficit/day.

How many kg I'll lose within 2 months if I consume 1 797 calories/day for 2 months: 
633 calories X 60 days = 37 980 calories deficit for 2 months. 
37 980 calories/7 700 calories (equivalent to 1 kg) = 4.9 kg ~ 5 kg.

Nampak tak???? 

Tapi aku pun boleh enhance calories deficit aku by increasing my output activities. Macam mana? EXERCISE. Choose any exercise yang boleh burn calories up to 300 calories. Tapi kena ingat, setiap orang berbeza. You did one hour workout, does not mean you will burn 500 calories like other people. Like I said, roughly predict how many calories you will burn. 

Based on my experience, calories deficit diet ni sangat effective kalau korang combine dengan intermittent fasting diet. Pastu hari hari buat exercise at least 30 minutes. Selain berat turun, korang boleh tone up your body, sihat pun sihat. 

Aku still stick to this diet sampai sekarang dan aku akan teruskan sampai aku achieve target berat aku. Tapi kekadang imanku rapuh jugaaaaa bila ibu masak ayam masak merah ermmmmm.

3) WORKOUT!

Pernah dengar tak orang cakap, kita boleh turunkan berat badan dengan 80% diet and 20% exercise? 

Untuk turunkan berat badan, diet sahaja sangat berkesan sebab 500 calories deficit senang nak buat, korang cuma kena tahan nafsu je hahaha. Tapi untuk exercise, nak burn 500 calories sangat susah ye. Buat one hour exercise pun tak semestinya korang burn 500 calories. Tapi bagi aku, exercise sangat membantu untuk tone up body kita, boleh target which part of our body yang kita nak kecikkan. Macam nak kecikkan peha, kita buat squat, or lunge. Reaalllyyyyyyy effective ways to shape your body. Aku suka exercise. Peluh hasil workout sejam sangat memberi kepuasan. Biasanya aku workout, minum air lemon plus green tea. Lemon and green tea ada beneficial effects turunkan berat, apart from increasing your body metabolism. 

KENAPA KENA WORKOUT UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN:

1) To use your stored fat as source of energy. Bila korang exercise to burn calories, akan menyebabkan lemak lemak yang terkumpul tu digunakan sebagai sumber tenaga (source of energy) untuk workout.

2) To tone up certain part of your body, precisely to build up muscles.

3) To overcome plateau phase -- starvation mode. Kadang kadang kalau terlalu lama sangat diet, badan kita resist untuk turun berat sebab metabolism makin rendah (sebab tak exercise). Therefore, kena increase metabolism by doing exercise.

4) To make your diet less stringent. Instead of you do calories deficit 500 calories through your diet, korang boleh burn 250 calories dengan workout. Means, korang buat 250 calories deficit through diet, 250 calories burn through workout. Biasanya boleh apply kalau korang cheat day. Aku kalau termakan banyak, aku akan workout at least one hour untuk burn balik intake calories.

"A combination of diet and exercise is best at any stage of weight loss"


Aku suka follow workout from Emi Wong (#ChangeWithEmi) dan Chloe Ting. Sometimes aku combine workout dorang. Kalau aku cheat day, aku akan workout sejam lebih, campur dengan plank, or squat or lunge. Haaa pepandai adjust sampai puas hati. Sebab aku akan rasa bersalah kalau tak workout lepas makan banyak #Motivated #SayangDiet #PenatNakTurunkanBerat #NoPainNoGain #SqueezeYourButt 

Ni list workout yang aku selalu follow:


Emi Wong's channel:

Chloe Ting's channel:

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

My transformation from 72 kg to 59 kg:

 
                                              July 2018                                         February 2020


   
                                           2015 (rasanya)                                                     2020


     
                                      July 2018                                                    March 2020

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

So korang motivated ke tak tu? Your weight loss journey supposed to be messy. Aku ambil masa 2 tahun untuk achieve range normal BMI. So, take it slow dear. Small achievement is still an achievement kan? Take a rest if you need to, but don't quit. Your body will thank you later 😄😄😄

31/3/2020 -- 08:34 AM

Product adulteration.

22/3/2020 -- 03:23 AM


Assalamualaikum semuaaaaaa. Hari ni dah masuk hari ke-6 #StayAtHome. Actually benda ni takde masalah pun untuk aku duduk rumah, pada hari kebiasaannya pun aku selalu dipaksa oleh ibu untuk keluar rumah, jalan-jalan menghirup udara segar serta merapatkan hubungan silaturahim dengan entah sesiapa. Jadi, sifat aku memang suka duduk rumah dan malas nak bersiap keluar jalan-jalan. Okayyyy enough dengan introduction, hari ni aku nak share pasal "Product adulteration" atau pun nama melayunya, pencemaran produk. Perkataan "pencemaran" tu pun korang dah dapat agak maksud sebenar product adulteration ni kan? Ye betul, product adulteration adalah product (dekat post ni aku nak emphasize pasal cosmetic juga) yang dicampur dengan ubat-ubat yang terkawal (controlled medicine). Maksudnya, ubat tersebut perlu diambil atas nasihat doktor sahaja ataupun prescription medicines. Biasanya company yang adulterate the product takkan tulis la dekat label. Itu yang bahayanya. Yes, dekat malaysia ni ada undang-undang, yang dikawal oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA). Sebelum sesuatu product/cosmetic itu dikeluarkan, mestilah melalui NPRA. Product, is something that you can easily recognized by their MAL number. Registered product sangat lah penting untuk memastikan keselamatan, kualiti dan keberkesanan product tersebut (Safety, quality and efficacy). Okay lah, lets say your nenek/mom makan satu ubat/supplement ni, tapi korang tak tahu pun ubat tu bagus ke tak, or registered ke tak under Minitry of Health (MOH). Senang je nak tahu;

REGISTERED PRODUCTS


1) Ada Meditag hologram label


See the hologram?

Buat pengetahuan anak-anak, hologram ni akan sentiasa diupdate dari semasa ke semasa untuk elakkan founder-founder yang tak bertamadun tipu atau copy hologram without register their product with MOH. Used to have Meditag hologram checker, tapi tadi aku nak download dekat play store, dah tak available.

2) Ada MAL number, diikuti dengan 8-digit nombor dan diakhiri dengan beberapa huruf untuk menentukan produk tu under category apa.

i) MAL number pula terbahagi kepada 5 categories, which are;

A - Controlled medicines (Ubat terkawal seperti hampa punya ubat kolesterol, darah tinggi, ubat anxiety dan sebagainya)

X - Over the counter medicines (OTC) (Ubat yang boleh didapati di farmasi tanpa prescription doktor seperti paracetamol, ubat gastrik, ubat sembelit macam lactose, senna dan sebagainya)

T - Natural Products/Traditional Medicines 

N - Health Supplements (Seperti Vitamin C, Multivitamin dan sebagainya)

H - Veterinary Products (Ubat untuk haiwan)

ii) After huruf dari 5 categories di atas, diikuti pula dengan administrative codes (kod pentadbiran?? aku google translate je hahah). Administrative code ada 6 categories, which are; 

C - Contract Manufactured (Product tu dibuat mengikut spesifikasi ditetapkan oleh Good Manufacturing Practices, GMP)

E - For Export Only (FEO) (Product tersebut bertujuan untuk di export ke luar negara dan TIDAK dijual dekat local market)

R - Packed and/or repacked (Means product tersebut adalah product yang repacked dan dapat approval from GMP certified packer/repacker)

S - Second source 

Y - Orphan products (So korang ingat manusia je ke ada anak yatim, product pun ada haaa kerlasss hahaha. Okay Orphan product, according to NPRA, is a medicine, vaccine or in vivo diagnostic agent that is intended to treat, prevent or diagnose a rare disease. Also, the orphan product is NOT COMMERCIALLY viable to supply to treat, prevent or diagnose another disease or condition. Kiranya Y ni untuk product-product penyakit yang rare. Vaccine pun considered as Orphan products)

Z - Products gazzeted as zero-rated under the Goods and Services Tax Act 2014 (Gazetted by definition is something that has been announced or published in newspaper. Tapi untuk product, must be gazetted with the Ministry of Health) 

Okay meh sini aku ajar cara macam mana nak baca product. So lepasni kita as a consumer lebih berhati-hati dalam memilih product. Tak benefit untuk kita, at least benefit untuk orang tua dan orang sekeliling kita kan? Kita lebih aware dengan product yang registered with MOH ataupun tidak. 


Can you see the MAL number? MAL 07081510XC - betul tak macam aku cakap, MAL then followed by 8-digit numbers. X bermaksud Over The Counter medicine, C bermaksud contract manufacturer. 


Okay kita try yang lain pula, MAL 20002251AZ. Bermaksud, product ini mengandungi controlled medicine (A category, remember?) dan dibuat oleh contract manufacturer. Actually ni Kenhancer plaster, contain Ketoprofen as the active ingredient. Ketoprofen adalah pain relief medication. Untuk sakit-sakit badan, swelling, gout atau pun arthritis pun boleh pakai.

Try ni pulak! - Simvastatin

Korang juga boleh check status product dekat laman web NPRA dan pergi dekat "Product search" : https://www.npra.gov.my/index.php/en/

Atau pun boleh download apps NPRA Product Status dekat fon :



COSMETICS

Okay now for cosmetics, by definition is any product which do not have any indications for health benefits. Cosmetics are meant to be applied externally. Bukan untuk dimakan. Contohnya macam krim muka korang tu, cleanser dan sebagainya. Dekat cosmetics ni lah banyak kita jumpa adulteration product. Antara ubat yang famous adalah mercury, hydroquinone dan tretinoin. Sebelum nak release sesuatu cosmetics, founder/manufacturer kena notify Director of Pharmaceutical Services (DPS) melalui NPRA untuk dapatkan NOT (Notification number) sebelum dipasarkan. Depa ni bijak, lepas dah dapat NOT, dorang akan ubah next batch product dorang dengan letak ubat yang dikawal. NPRA akan check once in a while (aku tak sure kekerapan dorang check, lupa) to make sure takde cosmetics yang dicampur dengan bahan-bahan terlarang. Tu sebab kadang-kadang kita dengar krim sekian sekian ada mercury, then NPRA akan buat product recall from the market. Any changes of ingredients in the product, should inform NPRA. So, cara nak baca NOT number dekat product adalah: NOTyymmxxxxxK (y - year, m - month, x - serial number)


Can you see the NOT number? NOT 150700326K. Product ni dibuat pada July 2015 (1507) dengan siri number 00326. 

Korang boleh check product yang NOT ditarik sebab ada bahan-bahan terlarang dekat sini: https://www.npra.gov.my/index.php/en/consumers/safety-information/cancellation-of-notified-cosmetic-products.html 

Ok sekarang pergi check krim siang malam tengah hari petang mak korang pakai tuuu!! Haha

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nak senang, korang pergi laman web NPRA - Consumers - click product apa yang korang nak tahu (ditarik dari pasaran)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okay sekarang ni korang dah pakar pasal cara-cara nak kenal pasti #ProdukSampah atau pun #ProdukBagus. Kita masuk pula topic product adulteration. Eh macam lecture kan? Kalau nak belajar, teruskan membaca. Hehe

Macam aku terangkan dekat atassss sekali tu, adulterated product adalah product yang dicabuli sifat asalnya. Haha just kidding. Product yang dicampur dengan ubat terkawal (Controlled medicine). Antara kesan kalau kita consume adulterated product termasuklah;

1) Risiko kesan sampingan ubat terkawal tersebut (Undeclared side effects).
2) Certain ubat terkawal tidak patut dimakan oleh sesetengah individu.
3) Adulterated product mungkin ada ubat yang tinggi dosenya, exceed daily recommended dose, thus -- undesired side effects. 
4) Certain ubat terkawal bila dah ambil, tak boleh berhenti secara mendadak. Kena kurangkan dose sikit-sikit baru berhenti.
5) Ada campur ubat terkawal yang tak boleh dijual sebab ada undesired side effects. Contohnya, Mercury dan Sibutramine.

Cara nak detect sesuatu product tu ada bahan terlarang ke tak, antaranya korang boleh tengok kalau;

1) Overclaim product. 
Contohnya, product dia lah yang boleh menyembuhkan segala jenis penyakit mak nenek dia, boleh rawat itu rawat ini. Biasanya kita boleh nampak dekat product islamik. Contohnya ubat resdung ada bacaan al-quran. Amboi sedap ye kau menunggang agama. Padahal ada corticosteroid.

2) Ada include 20 penyakit yang haram diiklankan.



Haa ubat untuk mandul tu aku selalu jumpa. Anything related to sex, selalu sangat jumpa. Sat gi aku senaraikan kopi-kopi "beracun". Korang juga akan jumpa dorang iklankan ada tulis untuk "rawatan", "diagnosis" atau pun "mencegah". These words should not be there. Dan iklan dorang akan sangat over, lagi-lagi kalau berkaitan dengan ubat kuat. Ada gambar lucah dan sebagainya. Alaa senang je kan nak detect? Jangan beli tau.

3) Harga mahal. 
Contohnya macam kopi beracun, atau kopi yang dicampur ubat terkawal seperti sildenafil (erectile dysfunction) dan sibutramine (untuk turunkan berat badan). Contohnya, depa jual RM5/pack. Biasanya kopi dalam RM 1.20 macam tu kan. Kenapa mahal? ye lah nak campur ubat terkawal tu bukan murah. Sildenafil, kalau tak silap aku, 4 biji RM 100.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Next topic pula, aku nak listkan antara common controlled medicine yang seringkali dicampur dalam product oleh founder/manufacturer yang tak bertamadun. Haa alang-alang tu aku ajar sikit lah ye cara ubat tu bertindak dalam badan kita (mechanism of action), kesan sampingan (side effects) dan interaksi ubat (drug-drug interaction).

1) Sildenafil (Viagra) and Tadalafil 

Indication: Erectile dysfunction atau pun ubat mati pucuk.
Mechanism of action: Relax muscles of the blood vessels and increase blood flow to particular areas of the body. 
Side effects: Simptom serangan sakit jantung seperti sakit dada yang menjalar hingga ke siku serta tangan, bahagian belakang badan, leher dan rahang, rasa nak muntah. Selain itu, flushing, sakit kepala, pandangan kabur (blurred vision) dan muscle pain.
Interaction: Sildenafil tak boleh diconsume oleh individu yang ada penyakit darah rendah (hypotension) atau pun individu yang ada penyakit jantung, atau pun individu yang mengambil ubat jantung yang lain seperti glyceryl trinitrate (GTN) sebab akan menyebabkan severe hypotension, pastu boleh bawa mati ye anak-anak.

Dan sildenafil ni ada cara-caranya kena makan bergantung kepada half-life ubat tu. Sildenafil patutnya kena ambil 30 minit ke sejam sebelum melakukan seks. Tak boleh consume lebih dari sekali dalam masa sehari. So, masa aktiviti seks sedang berlangsung, alat sulit lelaki tersebut akan tegang (erect). Actually sildenafil was first developed as anti-hypertensive drug. Ubat darah tinggi. Tapi, lama-lama ada side effect, boleh bantu dalam merawat mati pucuk. So, mereka pun tukar lah indication sildenafil to treat mati pucuk, dan side effect ubat ni jadi hypotension. Faham tak? haha 

When you have a problem with your sex performance, you might have some sort of underlying disease, mostly related to your heart disease. Make sure get yourself checked ok?

Contoh adulterated product containing Sildenafil:

1) Kopi beracun. Boleh refer sini: https://mediamaklumat.com/40-senarai-kopi-beracun-di-sahkan-oleh-kementerian-kesihatan-malaysia-no-22-tu-sangat-familiar-fuh-bahaya-ni-kalau-tak-tahu/ atau pun korang google je kopi beracun KKM. Cafe Abang Yes, Kopi Pahlawan, Kopi Asmara........ Ermm

2) REFER SINI: https://www.npra.gov.my/index.php/en/consumers/safety-information/adulterated-poducts-unregistered.html . Korang buka link ni, dekat bahagian search tu cari "Sildenafil" atau "Tadalafil". Try check, mana tahu korang ambil? Hehe

3) Vimax (Sildenafil analogue). Quite famous kan? 


2) Sibutramine (Dah kena banned dekat Malaysia)

Indication: Digunakan untuk merawat obesiti.
Mechanism of action: Sebatian kimia yang bertindak di otak untuk mengurangkan rasa selera nak makan (Appetite suppressant).
Side effects: Kesan sampingan yang serius seperti serangan sakit jantung dan stroke. Even tengah rehat pun, your heart beats faster than usual, bukan sebab jatuh cinta tau :( atau pun kita panggil tachycardia. From here, datang la komplikasi jantung seperti kegagalan fungsi jantung, stroke, pitam dan mati mengejut. Takut tak? Kesan sampingan lain termasuklah sesak nafas, mual, rasa amat letih, sembelit, pening, sukar tidur. Ada certain consumer mengalami gangguan emosi dan mental. 
Kalau korang pergi https://www.npra.gov.my/index.php/en/consumers/safety-information/adulterated-poducts-unregistered.html , berlambak pil kurus yang ada Sibutramine. Jus atau tea kurus pun banyak yang dorang campur Sibutramine. Chocofit, sounds familiar? KKM dah tarik product dorang dari pasaran sebab ada Sibutramine (tapi rata-rata founder repacked balik). Boleh baca dekat berita harian: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/578558/4-produk-dicampur-racun-berjadual  

Okay lah let's be honest, aku pernah ambil pil kurus LAMI (ada sibutramine) masa aku form 4 kot? ke form 3? Sebab aku gemok dulu, then selalu dicemuh oleh orang sekeliling. Memang langsing, aku takde selera makan, pastu selalu buang air besar. Then aku stop sebab ibu marah. Hehe


So gais, kita kurus ikut cara yang sihat ye? Jaga makan, eat clean, healthy diet, exercise selalu. Bukan guna cara instant. No pain no gain :D Nanti aku share tips kurus. Aku tak kurus lagi sekarang tapi Alhamdulillah I'm getting in shape. 


3) Corticosteroid (Dexamethasone)

Indication: To treat several conditions like asthma, resdung, arthritis, sakit-sakit sendi
Mechanism of action: Mimic the effects of your corticosteroid hormones. A bit complicated, can we skip? Sebab nanti jadi too detail pula. Tapi korang kena tahu yang corticosteroid ni act as anti-inflammatory, suppress inflammation and immunity.
Side effects: Can be divided into two; short-term side effects and long-term side effects.


Short term side effects (ambil kurang dari 3 bulan):
1) Naik berat badan
2) Sukar tidur
3) Mood changes, senang marah, anxious.
4) Tinggi selera makan

Long term side effects (ambil lebih dari 3 bulan):
1) Osteoporosis (penyakit tulang, tulang rapuh)
2) Darah tinggi
3) Kencing manis
4) Senang dapat jangkitan sebab steroid akan suppress your immunity
5) Katarak mata dan glaukoma
6) Muscle weakness
....and many other serious side effects. 

Steroid kalau hang dah makan, pastu nak berhenti, kena kurangkan dose sikit sikit atau pun kita panggil dose tapering. Kenapa kena dose tapering? kan badan kita naturally producing corticosteroid. Bila kita ambil exogenous corticosteroid (means kita consume/makan corticosteroid), badan kita akan stop produce our natural steroids. Kalau kita berhenti makan ubat yang ada corticosteroid, atau pun dexamethasone tu, badan kita takde natural steroid. So apa akan jadi kalau badan takde natural steroids? akan jadi secondary adrenal insufficiency (suppression of the HPA axis). Ini emergency case dan boleh menyebabkan kematian kalau tidak dirawat secepatnya. Boleh baca sini: http://www.scielo.br/scielo.php?pid=S0021-75572008000300003&script=sci_arttext&tlng=en

Common adulterated product with Dexamethasone boleh check dekat https://www.npra.gov.my/index.php/en/consumers/safety-information/adulterated-poducts-unregistered.html , search "Dexamethasone". Antaranya Air Haruan Ajaib, Al-Barakah Ayam selasih, Al Taqwa tonik. See!! Syok betul menunggang agama founder-founder ni ya. Haa lagi satu, pil maajun, selalu dengar kan? Orang-orang tua suka pakai sebab pil ni claim boleh merawat pelbagai jenis penyakit. Yes betul, tapi kena counter balik lah dengan pelbagai jenis penyakit yang lebih serious. I've seen a lot of these pills dijual dekat kedai-kedai jamu dan pasar malam. Antara yang famous, Majun Dua Istimewa, Maajun Tolak Angin (angin apa yang kamu nak tolak tu), Pill Tupai Jantan Asli, Dong Mai Dan. Boleh refer sini: https://www.npra.gov.my/index.php/en/component/content/article/211-english/announcement-main/announcement-2017/1122-awasi-produk-tidak-berdaftar.html?Itemid=1391



4) Mercury (in cosmetics)

Indication: To whiten up your skin (with minimal strength).
Side effects: Redness, swelling, skin irritation. Menipiskan lapisan kulit muka. Buat muka orang jadi putih macam mayat. Burning, stinging sensation. Exposure to mercury juga akan menyebabkan beberapa kesan sampingan yang serius seperti kerosakan buah pinggang dan sistem saraf. Budak budak kalau termakan krim mak dia yang ada merkuri ni pun bahaya okay!

According to WHO, The Minamata Convention on Mercury set a limit of 1 mg/kg (1 ppm) for skin lightening products. Tapi rata-rata founder suka letak mercury melebihi had yang sepatutnya untuk mendapatkan kesan dalam masa 3 hari. Haaa another clue, kalau product kecantikan claim boleh putih dalam masa 3 hari, be aware, maybe dah contaminated with high amount of mercury. Mercury can be really dangerous you know, since it is one of the hazardous chemicals. Bukan dekat cream je, dekat cleanser pun boleh ada mercury ni. Korang boleh check sini: https://www.npra.gov.my/index.php/en/consumers/safety-information/cancellation-of-notified-cosmetic-products.html . Product yang ditarik NOT number sebab ada mercury. Tati, Deeja cosmetics, Glow glowing and glowing antara common product yang kita selalu jumpa. 




5) Hydroquinone (in cosmetics)

Indication: Marketed as skin lightening, treat blemishes and uneven skin tone.
Side effects: Skin redness, skin discolouration (perubahan warna kulit), hypersensitivity. Antara kesan sampingan yang serius hydroquinone adalah kanser kulit. Sebab hydroquinone menghalang proses pigmentasi atau pun kita panggil depigmentation, seterusnya kurangkan keupayaan kulit untuk lindung dari cahaya matahari (harmful UV rays).

Korang boleh check dekat sini antara product yang guna hydroquinone: https://www.npra.gov.my/index.php/en/consumers/safety-information/cancellation-of-notified-cosmetic-products.html . Search "hydroquinone". Macam biasa, Tati Deeja Dnars. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okay lah, aku rasa cukup sampai sini aku share knowledge ni. Kalau ada apa-apa point yang terlepas, aku update balik. Dari pukul 3 pagi sampai 9 pagi........... Tak pernah selama ini. Maklumlah otak dah berkarat so kena banyak buat reference before tulis. Nanti tersalah bagi information pula. Semoga ilmu ni bermanfaat untuk kita semua. Jadi lah pengguna yang bijak lagi lagi ketika membeli product kesihatan. Check ubat/supplement/cream yang family korang pakai. Kalau termasuk dalam adulteration products/cosmetics, cepat cepat lah korang singkirkan ya. I know it's quite difficult to educate people, lagi lagi orang tua kan? But, try your best okay? We love them, that's why we do not want them to take any products that can be harmful to their health. 

Ok sekarang aku lapar gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, nak masak. Bye

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


References : 

5) https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/apps/banned-product (CHECK PRODUCT/SUPPLEMENT YANG DITARIK)
7) https://www.npra.gov.my/index.php/en/consumers/safety-information/cancellation-of-registered-complementary-alternative-product.html (CHECK COMPLEMENTARY AND ALTERNATIVE PRODUCT YANG DICAMPUR DENGAN UBAT TERKAWAL) 



23/3/2020 -- 09:13 AM

Coronavirus Disease 2019 (COVID-19)

21/3/2020 -- 2:53 AM


Assalamualaikum semua. Apa khabar? Semua sihat ke tu? Musim-musim COVID-19 ni mohon semua orang duduk diam diam dirumah ye. Yang kena bekerja tu, semoga urusan awak dipermudahkan. Anywayyyy, hari ni dah masuk hari ke-4 restriction of movement di Malaysia, dan aku decide nak update post pasal coronavirus disease. Tapi before tuuuuuuu, aku nak mengadu sikit. Banyak benda jadi sejak penularan coronavirus ni :( Banyak event cancel sebab virus ni termasuklah pharmnight dan wedding along. Wedding along paling aku tak boleh terima. Kesian along, ibu dengan ayah :(( Haritu aku dekat UM video call dorang, ibu tengah nangis :(( Then malam tu keluar perintah kawalan pergerakan by prime minister, terus esoknya aku balik rumah. Actually kenot do like that laaa tapi since aku balik pun naik dengan kawan, so memang tak lalu tempat orang ramai macam LRT. Makin hari makin teruk lah wabak ni. Dan aku sangat geram dengan segelintir masyarakat yang ambil endah tak endah dengan benda ni. Okay aku nak emphasize kan beberapa point kenapa kita kena rasa sedikit "panic" dan "takut" dengan COVID-19 ni.

1) COVID-19 is human-to-human transmission.
Boleh berjangkit antara manusia by respiratory droplets or by touching any surfaces yang ada virus ni. Erti kata lainnya, kalau si pembawa virus tu batuk/bersin dekat dengan muka kau, boleh terkena jangkitan. Tu sebab KKM suruh amalkan #socialdistancing at least 1 meter dari semua orang.

2) Remain viable for a longer period of time.
Maksudnya, virus tu boleh hidup aktif pada udara (if pesakit tu batuk) up to 3 hours. Kalau permukaan (specifically stainless steel), virus boleh hidup sampai 3 hari. According to studies, half life virus tu bila dalam form aerosols adalah 66 minit, manakala surfaces adalah 5 jam 38 minit. Erti kata lainnya, even up to 3 hours, 12.5% of the virus remain viable. Scary dokkk :( Sumber: https://www.thestar.com.my/news/world/2020/03/18/new-coronavirus-can-persist-in-air-for-hours-and-on-surfaces-for-days---study

3) Longer incubation period.
Incubation period atau tempoh pengeraman untuk COVID-19 adalah antara 2 hingga 14 hari. Incubation period maksudnya tempoh dimana kita first time expose to the virus (infected) to first time kita ada simptom COVID-19. Dalam tempoh itu, pesakit biasanya akan tunjuk simptom2 COVID-19 seperti demam tinggi, batuk kering, sakit tekak, sesak nafas. Tu sebab current cases ni, mostly from those yang pergi tabligh haritu. Lagi dua minggu, kemungkinan besar akan ada "third wave" punca dari orang balik kampung :((( Ya Allah minta dijauhkan.... Stay put, just stay wherever you are okay unless ada emergency cases. Oh lupa, within incubation period, you are highly contagious, means even if kita rasa kita sihat, tapi sebenarnya kita pembawa virus tu dan spread dekat orang lain. Ni yang bahayanyaaa, buatnya spread to elderly ataupun those people yg immune badannya lemah macam mana :(

4) Simptoms yang kadang-kadang confusing dengan common cold, allergies dan influenza. 
Dan kurang medical supplies untuk buat test COVID-19 ni. Tu sebab kalau pergi hospital, doktor akan tanya severity of your symptoms dan pernah berjumpa dengan mana-mana pesakit yang confirm positive COVID-19 tak. Things are getting out of hand and sooner or later, negara kita pun akan kekurang bekalan perubatan, tak kira lagi berapa ramai staff KKM yang dapat jangkitan. Semua ni tanggungjawab kita untuk tolong KKM. #StayAtHome so that we can #FlattenTheCurve okay? Kalau ikut update COVID-19, Italy paling banyak kematian, mengatasi China. Kita taknak jadi Italy 2.0. Tu lah aku geram juga cara kerajaan mengatasi isu pandemic ni pada peringkat awal. Ye lah masing-masing taknak panic kan. Sekarang semua dah makin teruk. Minta-minta lah semua dalam keadaan terkawal lagi untuk masa akan datang. Aku tak sanggup nak tengok orang tak dapat rawatan sebab terlalu ramai yang kena.

Boleh refer sini untuk simptoms COVID-19, tapi kadang2 ada beza sikit dengan pesakit lain.

Yang ni pula comparison between COVID-19, demam biasa, flu dan allergies. Just make sure get yourself checked ok?


5) Low mortality rate that's why it spreads faster. 
Nak dibandingkan dengan other infectious disease macam Ebola, MERS atau SARS, COVID-19 ni less deadly compared to those large-scale outbreak disease. So apa yang tak bestnya? Sebab low mortality rate lah, virus tu senang spread dekat orang lain. Kalau macam Ebola, virus belum spread dekat orang lain, pesakit dah mati. Jadi virus tu akan mati sekali dengan pesakit sebab tak dapat essential nutrients daripada host. So how does COVID-19 kill the patient? Bila immunity system kita lemah. Actually virus ni akan mati sendiri dalam badan manusia, cuma bergantung pada antibodies nak lawan virus ni. Tu sebab orang-orang tua dan orang yang lemah sistem imun badan dia akan ada bad prognosis dan susah nak sembuh. Remember COVID-19 infecting your lungs? Kebanyakkan yang meninggal adalah disebabkan radang paru-paru dan seterusnua kegagalan fungsi paru-paru. Boleh baca sini: https://www.nationalgeographic.com/science/2020/02/here-is-what-coronavirus-does-to-the-body/ . Aku rasa semua aware yang cara nak kebumikan pesakit COVID-19 adalah sama tatacara nak kebumikan pesakit Ebola. Ahli keluarga si mati tak boleh kebumikan dan cium buat kali terakhir. Semua procedure akan dilakukan oleh pihak hospital dari mandikan jenazah sehinggalah kebumikan. Semoga kita dan orang-orang yang kita sayang dijauhi dari wabak ini.

6) No vaccine/medications available to specifically kill the virus.
Tapi kalau ikut update terkini, ada satu vaccine dorang dah buat untuk COVID-19 tapi still undergo clinical trial. Semoga berkesan. Untuk ubat pula, doktor-doktor masih buat kajian atau try and error ubat anti-viral mana yang sesuai. Tapi masih belum dapat concrete evidence ubat untuk merawat COVID-19. Most of the time doktor rawat simptoms COVID-19 supaya patient tak jadi semakin tenat. To our unsung heroes, thank you so much. Stay strong and stay safe.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Remember, always always always wash your hand properly or pakai hand sanitizer. Avoid touching surfaces. Pakai mask kalau tak sihat. Jangan join mass gathering. Avoid crowded places. Practice social distancing at least satu meter. Jangan nak pegang-pegang muka tanpa pakai hand sanitizer. Jangan panic buying. Lepas keluar rumah, balik terus mandi. Senang cerita jangan keluar rumah, duduk je lahhhhh kat rumah tuuuuuuuuuuu. Semoga kita semua berada dibawah lindungan Allah S.W.T.


So, jangan degil! Kalau kau degil maksudnya kau sayang maknyah :(

STAY SAFE, FOLKS.


21/3/2020 -- 04:14 AM.
BLOGGER COPYRIGHT © 2019. ALL RIGHTS RESERVED BY BLOG YANAAZLAN