About me.

9 June 2018 -- 11:05 PM


Assalamualaikum semuaaaaaaaaaaaaa

Alhamdulillah aku baru je semalam, dengan rasminya boleh say good bye dekat second year. Next sem third year, bak kata Dr Amira, third year paling stress, paling banyak kerja dan susah. So, doakan aku okay! Oh yeee, post kali ni aku macam nak share lah lagi detail pasal aku, not too detail tapi benda yang aku rasa macam nak share haa faham kan. Okay first of all, aku baru je 21 tahun, kata orang tak banyak makan garam lah, walaupun aku suka garam haha ok sorry. Kiranya tak banyak lagi lah pengalaman hidup. Apa yang akan aku share ni MUNGKIN akan berubah pada masa yang akan datang, sekarang benci, akan datang sukaaa haa camtulahh. Aku ni complicated ke tak? nanti jajjjj lah sendiri. 

1) MASA.

Aku ni kira punctual lah jugak (BUT not a VERY punctual person) kalau bab-bab kerja atau jumpa orang ni. Jarang (tapi pernah je) aku lambat. [Tapi dalam hati : kenapa aku selalu lambat study :(( ] First, aku sangat punctual bab datang kerja atau kelas or even time exam. Kerja patutnya start pukul 10 pagi, aku pukul 9 pagi dah datang. Exam sejam setengah awal datang. Kelas sejam awal datang. Tu sebab one of the things yang aku paling benci adalah menunggu. Kalau janji dengan aku pukul 11 pagi, means you have to be there pukul 11 pagi. Jangan awal jangan lambat. Tapi still ok lah kalau lambat atas sebab-sebab tertentu but kena inform lah. Untuk mengelakkan dari aku bad mood (tapi senang je nak sejuk jangan risau heheh) Hahaha payah kan? Aku percaya sikap ni aku follow ayah. Ayah sangat sangat on time. Tanya nak balik um pukul 4 petang, pukul 3:30 petang dah panaskan kereta. Lepastu aku paling tak senang duduk kalau ayah tunggu aku. Hahaha tahu dah mesti membebel dekat dalam kereta betul betul tepi telinga ibu. Tapi bila aku dah masuk kereta, tak cakap pape, mula lah ibu pulak mengamuk hahaha.

2) HATI TISU. 

Okay for this one, bukan semua benda lah. Mesti kena dengan tempat, bukan sikit-sikit nak sentap or apa. Aku....... malas nak share tapi takpelah. Masa sem 4 ni aku pernah je menangis depan lecturer, sebab tak sempat nak completekan satu experiment ni (carry 20%) Bukan apa, aku macam dah prepare, tapi gagal. Kecewa dengan diri sendiri masa tu, sampai lecturer tu pun rasa bersalah hahaha (dasar cengengg sejak azali!) Lepastu aku pergi Amcorp mall makan family mart sorang-sorang sebab taknak lah balik rumah sewa mata bengkak (spill the tea here) Kalau benda-benda macam ni jadi, aku prefer untuk bersendirian dulu, kalau nampak tetibe aku keluar sorang-sorang malam nak pergi speedmart depan rumah, means something is wrong with me. Lepastu pernah sekali tu, aku taknak datang kelas hari Isnin, sebab fon rosak. Aku ws ibu suruh ambik kat LRT pukul 10 pagi, tapi aku tersampai awal pukul 9 pagi. Bayangkan masa tu takde fon nak call, public fon takde, kedai semua tutup lagi, nak jalan kaki banyak anjing. Apa lagi, melukut di tepi gantang lah masa tu. Aku menangis sorang-sorang merasakan diri ni tak berguna sebab asyik susahkan ibu dengan ayah sebab tak pandai jaga fon elok-elok. Tengok, dah kena keluar duit lagi. Tu lah apa yang aku rasa, sampai ada acik cleaner ni pandang, lepastu dia tegur lah. Tetibe ajak borak haha. Sweet. Masa ibu ambik pun nangis lagi, aku selalu serabutkan diri dengan masalah duit. Tak suka susahkan ibu dengan ayah kena keluar duit untuk aku. Sampai rumah nangis (lagi) aku cakap nak stop study nak kerja terus je. Aku rasa macam hilang harapan, haha. Drama sangat. Sampai ibu marah, cakap ibu ada je duit, jangan lah risau, jangan pernah lagi cakap nak stop study ke apa. Hahaha emosinya masa tu. Sebenarnya banyak je lagi aku menangis sepanjang sem ni, and before before tu pun. Aku ni dari kecik lagi kuat menangis wehh. Jumpa orang kurang upaya nangis, besar sikit dari aku nangis, kena mengaji dengan paklang (biasa dengan wife dia) pun nangis gak. Benci. I hate myself sebab terlalu sensitif bab-bab macam ni. Tak tabah langsung. Macam mana lah nanti untuk masa masa akan datang........

3) BOROS.

Aku boleh habiskan duit RM200 dalam masa sehari, dan boleh survive RM20 dalam masa seminggu. Tu macam bonus point lah hahah. Aku paling tak pandai urus duit. Aku selalu dengan sesuka hatinya bawak duit next month, guna untuk this month. Dalam purse aku tak boleh ada duit lebih dari RM20. Kalau tak mula lah rasa macam semua benda tak cukup, nak tukar skincare lah, nak shopping baju lah, mula lah nak makan tu lah ni lah, tiberrr je mengidam. Time tu lah nak tengok wayang lah, karaoke lah. Tu sebab kalau keluar duit, tak suka keluar banyak. Tu sebab kalau top up touch n go LRT, tak suka top up banyak. Sebab nanti jalan-jalan pulak. Tapi aku spend duit dekat benda yang aku mampu lah, bukan menyondong buta nak beli semua benda hahah. Lepastu mula lah menyesal.. ye wehhh selalu kecewa dengan diri sendiri sebab boros ya ampunnnn level 99. Haa bagus sangat tu area rumah takde bank. Paling dekat pun kat fakulti. Pastu ibu selalu marah sebab duit cepat sangat habis ☹️ Tapi tu lah, apa yang aku bangga, I can survive with only RM10 or less (kalau tak guna grab/tak kena fotostet lecture notes) dalam seminggu or more. Makanan biasa masak sendiri. Dear future husband....... tolong ajar dia ni supaya jangan boros 😏😀

4) TAK BOLEH CONTROL KALAU MARAH.

Well you can ask my mom macam mana muka aku kalau aku tengah bad mood, marah atau tak puas hati. Aku jenis tak boleh kawal riak muka aku kalau tengah marah atau tak puas hati. Aku boleh terlepas marah dekat orang bila bila masa je cuma jangan cabar aku lah. Tapi tu dulu kot. Sekarang aku lebih berdiam, avoid dari tweet atau bercakap masa tengah marah, tak pun akan delete balik lepastu. Tapi still, riak wajah tu tak boleh tukar lah haha. Kalau aku rasa marah, jantung aku berdegup laju gilaaaaaa, palpitation. Muka aku tetiba rasa panas. Sepanas hati aku hahah. Lepastu kalau aku rasa macam tak adil orang nak tuduh aku tanpa bukti, aku... macam.... memberontak..... contohnya tetibe je aku tinggikan suara berborak dengan kawan just to let that person dengar. Perangai sangat. Ayah cakap sebab aku anak kedua yang lahir pukul 12 tengah hari.

5) BLUETICK.


Apa yang paling aku benci? BluEtIcKk. Tapi bluetick dari orang yang penting lah. Kalau kawan biasa tak kisah lah lantak koo lah. Tu sebab sekarang kat ws aku off bluetick sebab dari sakit hati, baik off je. Last seen pun kadang kadang off. Mengada kan benda macam ni pun jadi isu? Hehehe. Lagi satu, aku paling pantang aku panggil orang buat derrkkkkk je. Kena abai, the hell. Kalau bersebab, macam tengah merajuk ke marah dengan aku, tak kisah lah memang patut pun ignore. Tapi kalau takde apa apa problem, or aku ada buat salah, then tell me. Bukan berdiam macam aku boleh baca isi hati orang. Pastu aku tak suka kalau aku tanya orang tak jawab. Kalau aku tanya 5 soalan, then I should have 5 anwers lahhhh. Tu sebab dekat some people aku malas nak jawab soalan, sebab diorang buat aku macam tu jugak :( 

Hmm soree lah ter emo.

6) RELEASE STRESS.


Aku memang cepat stress (tapi cepat tak stress faham tak??) Tak kira lah stress sebab study ke, takde duit ke, cinta ke...... erm. Ohh sebab tak cukup tidur pun boleh bad mood. Pastukan, kalau bad mood macam tu mulalah emosi, pastu tweet. Tu sebab kalau nampak aku tweet berunsur emosi, means time tu aku tengah penat dan mengantuk. So, setiap kali tu jugak lah aku akan keluar sorang-sorang, tak kisah lah pergi speedmart depan rumah ke, duduk kedai makan sorang ke. Bagi aku, paling best release tension, naik LRT. Aku paling suka naik LRT. Aku tak kisah pun kalau naik LRT sampai 2 jam..... atau lebih. Tapi tu sekarang lah, akan datang mesti bosan dah kot. Next, haa dah macam essay. Aku akan memasak. Masak lah pape je, biasa nasi goreng lah. Bagi aku, makanan ni macam "happy pills". Aku stress aku makan, aku happy aku makan, aku sedih aku makan. Tu sebab gemok. Lepastu, kalau stress yang tak tahan sangat, baru aku cerita dengan ibu. Kadang kadang sampai nangis hahah. Last sekaliiiiii, aku akan tengok youtube orang makan. Mukbang eh? Haaa memang macam satu kepuasan lah. Sedapppp tengok orang makan. Muka feeling. Siot.  

7) MUDAH TERHIBUR.


Paling mudah terhibur kalau aku boleh "masuk air" dengan orang tu. Biasa dengan Fira lah. Susah weh kalau nak tergelak time lecture, lecturer tengah ajar. Dapat pulak lecturer yang senyum pun tak boleh dalam lecture. Kitorang suka cipta sign sendiri. Contoh, kalau nampak kitorang berdua tetibe masuk gear, maksudnya something dah settle, macam lecture ke, test or final. Pastu kalau solat jemaah ramai-ramai, aku tak boleh kalau ada something kelakar ni. Mesti hampir batal solat tu. Nak tahan sampai keluar bunyi tahan gelak tu. Aku kalau benda lawak, susah sikit nak lupa. Kalau ada video dekat insta yang kelakar, banyak kali replay. Sampai aku rasa bosan hahaha. Tu sebab bagi aku, lelaki yang pandai melawak ni attractive.

tarik gear sikit

8) TAK PANDAI KEEP IN TOUCH DENGAN ORANG.


This one memang kena mengaku lah yang aku tak pandai keep in touch dengan orang. Kadang kadang macam eh tak sedar dah 5 bulan aku tak contact dengan kawan dulu. Aku bukan jenis yang start ws orang, sebab selalu terlupa nak tanya khabar. Tapi guyss, korang sentiasa dalam doa aku tau. Lama mana pun kita tak contact, aku sentiasa ingat korang, mana pernah lupa. Cuma tu lah, aku tak pandai nak selalu contact korang. Aku tahu ada yang terasa hati sebab perangai aku macam ni. Sorry 😑😑😑

9) SIMPAN BARANG.

Kalau beli tiket wayang, aku mesti simpan, tak tau sebab apa. Haha lepastu kalau ada orang bagi something, even pemadam buruk pun, aku simpan. Sebab benda macam tu akan datang jadi kenangan. Hahaha aku sukaaaaaaaaaaa kalau tengok balik barang-barang tu. Imagine, 50 years later. "Nenek nenek ni barang siapa? kenapa benda buruk ni pun nak simpan?" "Cu, ni lah kenangan nenek masa zaman dulu, dulu je wujud, sekarang cu ada nampak kat kedai jual??? haaaa so ko diam!!!" Lalu cucu aku pun menangis sampai bila bila.

10) CEPAT MOVE ON.


TAPI susah nak lupakan. Aku percaya adanya pelangi selepas hujan. Kalau hari ni aku kecewa, esok lusa aku okay dah. Sekejap je nak okay. Asal kan aku ada ibu ayah, dorang je selalu bagi kata kata semangat ni. Aku tak pernah lagi rasa bercinta more than a year. So, kalau bab move on cinta cinta ni, sekejap je nak hilang rasa cinta tu. Sebab kenapa nak suka dekat orang yang tak sudi...... Tapi macam aku cakap lah, aku tak rasa lagi sakitnya putus cinta after 6-7 or more years in a relationship. Hahaha pahal penulisan macam budak sekolah ni. Takpe kan? aku pun bukan selalu buka topik macam ni dekat post before before ni. Okay lah the point is, aku akan pergi dari hidup orang kalau orang dah taknak. Tu je. Aku takkan merayu untuk stay, if I do so, KOE MEMANG SPECIAL DI HATIW AKUEWH!




Dear readers, I'm sorry, if I have caused you any pain, 
from the bottom of my heart, I'm truly sorry for my words and my actions.
BLOGGER COPYRIGHT © 2019. ALL RIGHTS RESERVED BY BLOG YANAAZLAN