My night routine.

28/1/2020 -- 01:11 AM


Assalamualaikum ~~ since FYP postponed last minute, aku ada masa free selama 2 minggu. Sekarang aku kat rumah, baru lepas balik dari beli barang kahwin along. Alaa lagi dua bulan lebih je dia nak kahwin :((( Anywayyy, post kali ni aku nak share pasal night routine aku. Aku sejenis yang pemalas nak buat night routine, tambah-tambah lagi bila masa musim exam, atau pun busy atau pun takde mood atau pun penat. Time musim-musim macam tu, biasanya muka akan berjerawat. Lagi-lagi masa exam, takpun masa period. Geraaaaammmm aqqqqq. Most of the time aku malasssss sangat nak buat. Tak pernah consistent pun sampai sebulan. Biasa bertahan paling lama pun dua minggu. Setiap kali pergi kelas, aku wajibbbb pakai sunblock. Since dah pakai sunblock, bahagian cleansing sangat-sangat penting. So, kali ni aku rasa aku kena betul-betul since banyaaakkkk upcoming events yang penting. Kenduri kahwin along, dinner pharmnight, raya, graduation day (insyaAllah), PRP dan sebagainya. Aku actually sangat excited untuk tahun 2020. Oleh itu, aku sertakan lagu Solo by Jennie kat bawah ni (tiba-tiba je kan).


Solo - Jennie

Ini step yang aku follow untuk night routine:

Oil cleanser - Foam cleanser - Scrub - Toner - Essence/serum - Moisturizer/night mask - Vaseline


Alalala happy nye dia

1) Oil cleanser
Untuk oil cleanser, aku pakai yang paling murah je hahaha, tapi Alhamdulillah takde sensitive to any of the ingredients. Nanti dah kerja, aku nak tukar simple cleansing oil, harga RM30 something tapi kecik je. Aku dah pakai since sem 4 kot (2018), sebab baru aku tahu oil cleansing sangat-sangat penting kalau pakai sunblock. Ohhh tapi oil cleanser ni aku pakai sekali je dalam sehari. Biasanya nak cuci makeup untuk solat, aku guna wipes from guardian (again, murah dan berbaloi dan tak cause any irritation pun). Anyway, korang pun kena pakai oil cleanser juga. Boleh nampak effectnya dalam masa sebulan. Muka memang confirm bersih sebab some of the products we put on our face, cannot be easily removed by foam/normal cleanser.  



Product: Biore cleansing oil 150 mL
Price: RM 20.90

2) Normal cleanser
Cleanser yang aku pernah pakai setakat ni ada tiga jenis je, nano white cleanser, mary kay cleanser (hijau) dan sekarang aku pakai simple foam cleanser. Aku tukar simple pun sebab mary kay dah habis. Tapi tak menyesaaaaal, aqqq sukeeeee sebab aku boleh cuci muka sambil buka mata hahaha. Tak pedih, very gentle to my skin. Maybe takkan tukar dah kot cleanser lepas ni. Urmm and affordable for student like me.


Product: Simple foaming cleanser 150 mL
Price: RM 23.10

3) Face scrub
Untuk scrub pula, aku akan pakai selang hari. Or 2 kali seminggu sebab kalau pakai selalu sangat, boleh disturb skin barrier, so agak bahaya. Dan aku takkan pakai masa ada active acne, since akan cause more irritation, inflammation and so on. Scrub ni one of the functions dia as exfoliator. Tak silap aku, physical exfoliator sebab dia acts only on the surface of our skin je. Tak macam AHA/BHA and salicylic acid, chemical exfoliator yang akan penetrate through your epidermis layer. So apa function exfoliator? basically untuk remove your dead skin cells from the surface of your skin. Some of my friends cakap scar dia pun pudar sebab guna scrub. It works on me too. Aku pakai dua jenis scrub, st ives green tea dan coffee. Green tea more "gentle" to your skin laa sebab biji-biji tu tak kasar sangat. Ohhhh dan lagi satu, aku guna innisfree jeju blackhead out balm, tapi guna dengan penggosok dia sebab lagi menjadi.



Product: St Ives Green tea scrub 170 g
Price: RM 23.00 


Product: St Ives energizing coconut and coffee scrub 170 g
Price: RM 23.00



Product: Innisfree jeju blackhead out balm 
Price: RM 19.00

4) Toner
Fungsi toner dalam skincare routine untuk betul-betul make sure yg kulit kita bersih, pores tak tersumbat from dirt, ataupun maybe cleansing step kita tak betul. Some cakap untuk balancekan pH muka kita juga. Aku pun tak berapa nak pakar dalam benda ni, tapi yang aku nampak, toner ni enhancekan lagi the effectiveness of your next product, which is either moisturizer or essence or serum. Yelah, pores kau dah bersih, so lagi senang lah moisturizer nak absorb properly to your skin.


Product: Mary kay botanical effect toner 147 mL
Price: RM 68.00 (a bit pricey tapi tahan dekat setahun)

5) Essence/serum
Aku pakai essence ni baru-baru je, baru seminggu kot. Tapi dapat la rasa muka aku hydrated, better than before. Tak tahu lah sebab essence ni ke apa. Essence ni function dia untuk brightening. Sama macam serum, tapi essence ni kurang sikit concentration dia. Serum pekat kan? Essence ni macam air. Aku letak 2- 3 drops pastu tampar-tampar muka aku dengan lemah lembut. Hehe. Aku guna L'oreal essence centella asiatica (known for it's brightening properties). Dalam essence ni ada salicylic acid juga, as mild exfoliator, and it's in micro-essence. Which lagi senang absorb dalam kulit (but within the stratum corneum of epidermis layer).


Product: L'Oreal micro-essence centella asiatica 65 mL
Price: RM 41.90

6) Moisturizer
Beforeeeeeee ni, aku guna aloe vera je sebagai moisturizer sebab best, sejuk. Then tukar mary kay. Pastu sebab bosan, aku try neutrogena hydro-boost water gel. Sumpah best! Senang absorb, tak melekit. Masa apply tu kau urut la sekali muka. Cuma satu je aku tak suka, packaging dia. Senang contaminated sebab yelah, sometimes kena celup jari dalam bekas tu kalau lid dia tak sampai nak sentuh gel tu. Aku dah guna almost 1 month. Tapi aku guna masa malam je lah, sebab sayangggggg haha. Pagi-pagi before gi kelas, aku guna mary kay botanical effects moisturizer. Semorang tahu kan function moisturizer tu apa? Ok skip


Product: Neutrogena Hydro-boost water gel 50 g
Price: RM 54.00

7) Night mask
Night mask aku guna bila rajin je. Kalau guna ni, aku tak pakai moisturizer. Sebab macam lebih kurang sama je bila apply kat muka. Duluuuuuuu aku pernah pakai himalaya punya cucumber mask, tapi dah stop beli sebab malas nak pakai. Nanti aku nak beli balik sebab mask tu bagus juga, licin je muka lepas pakai.


Product: Mary kay timewise gel mask
Price: RM 75.00 (macam biasa, pricey tapi tahan lamaaaa, half year pun tak habis-habis lagi. Oh yela sebab aku pun jarang pakai)

8) Vaseline
Last but not least, aku akan pakai vaseline sebab bibir aku cepat kering. Benda ni macam dah wajib, kalau tak esok bangun mesti bibir kering je. Tapi nanti aku nak try vaseline lip scrub tu. Macam best jeeee.


Product: Vaseline
Price: RM 4.40

9) Acne gel
Muka aku biasanya akan naik jerawat kalau time finals, takpun period. Duluu aku akan pakai dalacin-T (solution form), sekarang aku pakai Tidact (gel form). Ingredient sama je, clindamycin phosphate 1%. It works, tapi kalau lama-lama letak, macam tak berkesan sangat, mungkin antibiotic resistance. Lagi satuu, dulu aku pakai oxy-5. Tapi kulit aku jadi kering. Sekarang ni pun kalau ada jerawat, kadang-kadang aku buat bodo je, pastu nanti pergi lah dia hahaha


Product: Tidact pimple gel 20 g
Price: RM 26.00
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Here are some #wishlist products yang aku nak pakai, tapi tunggu lah dah kerja nanti. Kalau beli sekarang, nanti muka cantik tapi kebulur. Haha


Product: PIXI Glow tonic (nasib baik tak tonic clonic kan)
Price: RM 145 (250 mL)


Product: The ordinary Alpha arbutin 2% + HA
Price: RM 40 +++


Product: Missha essence 150 mL
Price: RM 90 +++


Product: The ordinary AHA 30% + BHA 2%
Price: RM 68.00


Product: Dr. Jart+ Ceramidin cream
Price: RM 205.00

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okay ni extra je ok, saje je nak bagitahu. Untuk rambut, aku pakai shampoo tresemme hair fall control, beli kat watson. Then, pakai hair serum sebab rambut aku macam dry sikit. Both combination sangat bagus. Memang rambut aku kurang gugur, tak kering sangat, dan takde dandruff. Hair serum tu takkan tinggalkan kesan dekat bantal pun bila tidur. Make sure masa apply tu, kena kulit kepala juga la.
Product: Tresemme hair fall control shampoo 340 mL
Price: RM 18.90



Product: Hair system watsons ultimate hair oil
Price: RM 25.90 kot

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Then, last sekali sebagai penutup, aku selalu minum air green tea before tidur, usually tambah lemon sekali, tapi lemon dah habis hehehe ok bye




28/1/2020 -- 03:11 AM

Family planning

17/1/2020 -- 08:12 PM


Assalamualaikum semuaaaaa. Post kali ni aku nak share apa yang aku belajar pasal "Contraception", or pernah dengar orang cakap pasal family planning? Actually contraception ni for those yang taknak/tak ready nak ada anak. Banyak faktor yang mendorong pasangan taknak anak. Antaranya, mungkin baru kahwin, muda lagi dan tak stabil dari segi kewangan. Tak ready untuk membesarkan anak. Korang tahu tak, nak besarkan seorang anak ni umpama korang beli kereta. Of course, kena keluar duit isi minyak, or kena service dan sebagainya. Begitu juga lah untuk anak, kena keluar duit beli susu, pakaian, barang mandian (which might be different from adult's).... Okay obviously semua orang tahu faktor ni. Faktor seterusnya mungkin sebab anak dah ramai, jadi dah taknak beranak dah, yang sekarang pun dah cukup. Next, mungkin faktor kesihatan wanita itu. Pernah dengar ectopic pregnancy? Ectopic pregnancy ni embryo attaches outside the uterus wall. Boleh jadi embryo melekat dekat fallopian tube (most common). Jadi, sangat bahaya bagi ibu yang mengandung. Atau pun orang go for contraception sebab certain condition yang tak boleh buat orang tu pregnant, or else boleh bahayakan nyawa ibu mengandung atau baby tu atau menyebabkan abortion. Okay lah ni antara faktor yang jelas kenapa knowledge about contraception is very important topic to know. Post aku ni cuma nak introducekan beberapa cara yang available untuk contraception. Macam overview, so boleh bagi better idea about family planning.

Hormonal methods of birth control

1) Oral contraceptive pills


Hormonal methods involves synthetic hormones macam estrogen dan progesterone. Basically pills ini untuk menghalang dari persenyawaan antara egg dan sperm (ya Allah layman term sangatttt hahah) by various mechanisms. Macam estrogen, akan inhibit follicle stimulating hormone secretion, dan prevent development of dominant follicle, so ovulation takkan terjadi. Progestin pula akan suppress leutinizing hormone, so ovulation takkan jadi. Progestin pun akan "tebalkan" cervical mucus along the pathway of sperm to women's egg, so fertilization takkan jadi. Aku tak tahu nak simplifykan dengan ringkas dalam bentuk yang senang difahami oleh public. Or else, panjang menjela. Hurmm maybe another post for that? 😆😆 Anyway, pernah dengar pil yasmin, postinor, rigevidon, etc? Actually ni semua kita panggil oral contraceptive pills (OC). OC ada dua jenis, satu combination oral contraceptive pills, ada estrogen dan progestin. Lagi satu "mini-pills" yang ada progestin only as the ingredient. Apa beza dua ni? Efficacy dan juga dari segi side effects. Efficacy, of course combination oral contraceptive is better. Tapi side effects, mini-pills lagi less side effects. Antara side effects? breakthrough bleeding, means akan nampak tompokan darah dekat panties (tapi bukan darah period), breast tenderness, amenorrhea (tak datang period), mual-mual, pening kepala, weight gain (most women takut yang ni), acne dan banyak kali. However, side effects varies among individuals okay. Tapi the drawback of COC ni, certain women adalah diharamkan/contraindicated untuk ambil. Contohnya, perempuan berumur 35 tahun keatas dan merokok lebih 15 batang rokok, women with diabetes (vascular involvement), uncontrolled hypertension, thromboembolic/thrombophlebitis disorders, breasfeeding women kurang dari 6 minggu after melahirkan, dan sebagainya. Korang boleh refer link ni: https://emedicine.medscape.com/article/258507-overview#a5 . Antara contoh combination oral contraceptive pills including meliane®, mercilon®, novynette®, marvelon®, Tri-regol®.

Mini-pills biasanya doctor/pharmacist akan bagi untuk lactating women (ibu menyusu) atau pun those yang tak boleh ambil combination oral contraceptive pill. Contoh mini-pills termasuk Noriday®, dan postinor®.

So, how to take oral contraception pills ni? Untuk combination oral contraceptive pills, ada dua formulation; untuk 21 days and 28 days. Untuk 21 hari, korang ambil first pil pada hari ke-lima (5) datang period, which later akan habis 21 pil tu pada hari ke-dua puluh enam (26). So, sepanjang korang ambil pil tu, korang takkan period. Next 7 days, korang jangan ambil pil tu sebab masa tu korang akan period. So, sambung balik the cycle, ambil pada hari ke-lima period as your first pil. Untuk formulation 28 pills/days, your very first pill ambil masa hari ke-lima (5) datang period. Then continue macam biasa sampai pil habis. Kiranya takde hari yang korang kena stop ambil pil. Sebab 21 pills from 28 pills tu contain synthetic hormones, another 7 pills is placebo je (takde ubat).

Boleh refer link ni: https://www.nhs.uk/conditions/contraception/combined-contraceptive-pill/  . Reallyyyyy helpful dan senang difahami.

Extra information:
OC ni takkan protect dari dapat HIV or any sexually transmitted disease. Kalau missed satu pil, or start lambat sehari, ambil satu pil as soon as possible (kiranya 2 pil dalam masa satu hari), then continue macam biasa. TAPI kalau 2 atau lebih pil terlupa ambil, kena guna protection macam condom untuk sexual intercourse selama 7 hari.


2) Vaginal ring


Vaginal ring adalah salah satu hormonal methods sebab ada synthetic hormones such as etonogestrel and ethinyl estradiol. Silicone rubber vaginal ring ni formulated in sustained-release, means slow-slow releasekan synthetic hormone over time. Bertahan selama 3 minggu. Then remove from your vagina, then lagi seminggu tu akan period. Effectiveness? kalau guna/pakai betul-betul, boleh prevent 99.7% from getting pregnant, according to studies. Brand yang biasa guna is NuvaRing. Cara pakai senang je, tengok gambar kat atas tu, pinch the ring sampai jadi bentuk hourglass, masukkan dalam vagina. Tak kisah position ring tu macam mana, as long as masuk kedalam. The deeper the better.........

Extra information:
Kalau dalam tempoh 3 minggu pakai vaginal ring, then tetiba remove kejap, if more than 3 hours, kena pakai protection like condom untuk 7 hari.


3) Transdermal patch


Skin patch birth control, macam biasa, ada synthetic hormones. Common brand macam Ortho Evra. Biasanya patch ni boleh pakai dekat bahagian bahu, buttocks, upper outer arm ataupun perut. Tapi, patch ni tak suitable untuk those yang contraindicated to synthetic hormones like I mentioned above, dan those yang berat more than 90 kg, or obese sebab takut ubat tu tak meresap masuk dalam darah. Satu patch bertahan selama seminggu. So kena pakai for 3 weeks, then 1 week free patch. Nak pakai masa bila? Masa first day period (straight away you'll be protected from getting pregnant), then continue for 1 week. Pastu tukar next patch. Then next cycle of your period, jangan pakai patch ni. Kalau patch tertanggal/terjatuh, if still melekat to your skin, pakai je. Kalau tak, beli yang baru. 

Extra information:
If off patch more than 24 hours, korang kena pakai backup method macam condom for 7 days, untuk avoid mengandung.

4) Implant contraceptive


Implant is one of the hormonal birth control methods, ada 6 flexible silastic rubber capsules (macam gambar kat atas), inserted surgically under the skin. Dalam tu ada synthetic hormones like levonogestrel. So, implant method ni akan provide protection up to three to five years. Tapi, ada certain ubat yang boleh buatkan implant method ni tak berjaya, means you'll get pregnant. So, biasanya before nak prescribe ubat, doctor akan tanya whether you ada ambil contraceptive pill/implant or any other hormonal methods. Method ni almost reliable as sterilization (means 100% takkan pregnant), but unlike sterilization, implant is totally reversible when being removed surgically.


Try tengokkkkkkk, aku ngilu arrghgghghhhhh

5) Injectable progestin


Injectable contraception or nama lain, long acting contraceptive consists of medroxyprogesterone acetate suspension atau pun DMPA. Usually, 150 mg akan di-inject secara intramuscular, for every 3 months. Effectiveness? 99.7%. Side effects injection ni termasuk weight gain, hair loss, acne and irregular bleeding (tapi varies among individuals). So kalau guna cara ni, dalam masa setahun, 50% dari masa setahun akan amenorrhea (tak datang period). And kalau plan nak ada anak, after stop injection, mungkin ambil masa beberapa bulan (return to fertility).

6) Intrauterine device contraceptive




As you can see above, kecik je IUD ni, untuk place perfectly dekat dalam vagina. Second pic tu menunjukkan IUD ada dua jenis, first without hormones (copper IUD) brand name ParaGard, second with hormones (Levonogestrel), atau nama brand dia Mirena®. Boleh pakai up to 3 to 5 years. Highly effective method, tapi takde protection untuk sexually transmitted disease (yang ni kena pakai condom kalau nak prevent STD). Tapi ada risk for infection. Nampak tak strings yang terkeluar dari vagina tu? Bacteria boleh "climb up" the strings, and cause infection. Tu sebab hygiene kat bahagian bawah tu sangat-sangat penting kalau guna IUD. For more information, boleh refer sini: https://www.nhs.uk/conditions/contraception/iud-coil/ 

Barrier method

Barrier or mechanical method ada banyakkk juga. Tapi kena consistent lah guna kalau taknak pregnant. Aku letak gambar je ok, korang tahu nak guna macam mana kan haha

1) Male condom


2) Female condom


Apparently, aku baru tahu kewujudan female condom ni. So, condom ni antara method to prevent STD juga. So kalau pakai, sure tak pregnant, unless urmmm terkoyak ke or overflow (??). Kalau pergi pharmacy atau 7E dan sebagainya, mesti selalu jumpa male condom. Ada pelbagai perisa ok bye.

3) Diaphragm condom

It is reusable, so masuk dalam vagina, as shown in above picture. Biasanya kena ada prescription untuk tahu size mana yang sesuai supaya fit. Before insert, korang boleh nampak orang tu letak something macam gel kan, tu spermicides. Untuk bunuh sperm dan elak from fertilization terjadi. Kena masukkan 6 hours before intercourse, and jangan remove 6 hours after intercourse to avoid getting pregnant. Elakkan pakai lebih dari 24 jam, mungkin untuk prevent infection.


4) Cervical cap


Size kecil sikit dari diaphragm condom, and fits to your cervix. And spermicide kena isi juga dalam cap tu. Masa nak insert pun sama, 6 jam before sexual intercourse, and remain in place for the next 6 hours after sex. Jangan pakai lebih dari 48 jam.


5) Spemicides


Ada chemical surfactant (nonoxynol-9), which will destroy your sperms. Like I mentioned above, fill kan spermicide ni dalam diaphragm dan cervical cap. Tapi kena ingat, spermicide ni takde protection untuk STD. Kalau guna lebih dari 2 kali sehari, boleh naikkan risiko transmission of HIV. Dosage form? ada dalam foam, creams, jellies, suppositories and tablet.

Sterilization

Untuk sterilization, method ni irreversible, means sekali dah undergo procedure, memang sampai bila-bila takkan dapat anak. Ada dua common procedure. Untuk perempuan, tubal ligation. Means, the fallopian tubes (tempat fertilization occur) akan di potong, dan di "ikat". So, women's eggs and sperms tak boleh fertilize. Untuk lelaki pula, vasectomy. Procedure cut and seal your vas deferens (tubes that carry sperm). So kalau takde sperm/sperm count tak cukup, tak boleh pregnant. 

Tubal ligation

 Vasectomy

Emergency contraception



Emergency contraceptive pills (atau morning after pill) sangat sangat berguna untuk emergency case, macam kena rogol, atau pun ter... ok you know what i mean. Tapi kena ingat, kalau selalu sangat ambil, boleh kurang efficacy of the pill. These pills contain high doses of levonorgestrel or high doses of ethinyl estradiol plus levonorgestrel. Kena ambil as soon as possible after unprotected sex, ataupun dalam masa 72 jam. However, it varies according to the brand. Usually orang akan cari Postinor-2 tu, first pil ambil as soon as possible, next 12 jam, ambil lagi satu pil (ada dua pil). Kalau termuntah dalam masa 2 jam ambil pil tu, kena repeat new dose. Ella pula ada ulipristal, progesterone agonist/antagonist. Ella is quite expensive compared to postinor-2. Tapi ella lagi effective (sebab pharmacist dekat tempat aku attachment dulu bagitahu). Unlike postinor-2, ella boleh ambil dalam masa 5 hari after unprotected sex. Tapi better ambil cepat-cepat.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Okay tu je kot. Kalau aku tertinggal apa-apa info, aku update balik. Rasa macam study the whole lecture about contraception je. Anyway, semoga ilmu ni sedikit sebanyak memberi manfaat kepada sesiapa yang membaca. 

Nobody:
Literally nobody:

Yana: Anak adalah anugerah dan rezeki dari Allah. Dan kita perlu menjaga amanah dari Allah sebaik-baiknya. Seeloknya merancang lah supaya nanti kalau ada anak, kita boleh provide mereka dengan tempat tinggal yang selesa, makanan yang sedap, boleh berikan kasih sayang yang secukupnya. I will surely refer to this first kalau jodoh sampai awal. Hahaha ok bye esok nak kena kerja.


Tapi baby comel gaisssss

18/1/2020 -- 12:09 AM

Final year (SEM 1)

13/1/2020 -- 12:08 PM

Assalamualaikum and good morning everyone!! (in Dr Syireen's tone). Tak pernah pernah lagi kan aku update blog tengah hari ni, biasanya malam takpun pagi pagi buta baru otak fresh sikit. Alhamdulillah 7 January 2020 haritu baru settle semester 7 aku kat UM ni. Banyaaakkkk benda nak cerita especially pasal schedule aku sepanjang sem ni. Kali ni kitorang more to apply our knowledge yang belajar sepanjang 3 tahun dekat UM. Aku dah tak duduk ehsan ria dah, aku duduk kolej. Rinduuuuuuuuuu nak duduk rumah sewa. Duduk kolej rasa terkurung, tak keluar pun tengok environment kat luar. Kalau duduk ehsan ria, asal stress je mesti gi amcorp mall walaupun mall tu takde pape haha, pastu pergi family mart, takpun lepak dekat TAPAK. Bestnyaaaa rinduuuu laaaaa. Anywayyyyy, macam biasa, aku akan letak satu video lagu yang aku selalu dengar setakat ni, boleh lah play kalau nak sambil baca blog. Kalau ada yang baca lah hahaha.


10, 000 hours by Dan + Shay, Justin Bieber.

1) SCHEDULE SEMESTER 7
Macam aku cakap, sem ni more to application. Dan ada sedikit theory je sebab final pun kitorang kena jawab 3 papers. Before masuk sem, aku pun punggah balik lah nota-nota sem before ni sebagai reference. Sem ni ada 7 subjects. Sem ni je kitorang kena buat 3 videos. 

Let me start first with clerkship. So basically clerkship ni kitorang kena clerk case patient dekat PPUM, summarize the case, cari pharmaceutical care issue (PCI), which means kena proposed an action macam mana nak prevent dari issue tu terjadi. Contohhh, masa aku dapat case untuk renal patient, ada satu PCI doctor prescribed patient with enoxaparin, then patient started to develop thrombocytopenia-induced heparin. So our proposed action, kena stop inject enoxaparin and treat thrombocytopenia tu dulu before continue balik enoxaparin. Dari case tu kena pandai2 lah cari reference yang sebetulnya untuk dapat info yang sepatutnya, haa gituuu. Kalau dapat end-stage renal patient or Chronic kidney disease patient, kena refer dekat macam-macam reference juga, contoh patient is CKD patient with hypertension. So kena refer KDIGO of hypertension, Hypertension for CKD management, Hypertension management dan PPUM guidelines. Hehe banyakkkkkk, and honestly aku ada mental breakdown juga untuk first case clerkship, which is renal ward patient. Yelah mula-mula memang tak tahu macam mana nak extract information, end up aku pergi ward PPUM tu lepas isyak sampai pukul 11 malam. Then salin semua progress note yang berlambak gila tu (since untuk first case tak boleh guna id kitorang lagi so terpaksa tulis tangan, dah lah tak boleh snap). So clerkship ni pairing, ada 3 cases untuk sem ni, 2 cases hantar report, last case kena present. Untuk sem ni, aku dapat case for renal patient, cardiac patient (paling susah) dan paediatric patient (paling senang). Aku teringat ada satu hari tu, untuk discussion for cardiac clerkship, kitorang discuss dengan lecturer sampai pukul 12 malam lebih. Hahaha it was tiring tapi best lah. Memang sangat-sangat apply kan apa kitorang belajar. Dah final year ni memang kena ingat ubat tu under class/group apa, indications, side effect, concern of giving the medications to elderly or paeds patient, drug-drug interaction, semua tu kena tahu dan ingat dan take into consideration bila nak proposed sesuatu action tu. Dan kena tahu juga macam mana nak interpret laboratory results and why is it low/high. Contohhh lah, haemoglobin (Hb) patient rendah, this is because of anemia secondary to CKD. Ataupun white blood cell (WBC) tinggi, which indicates the patient has infection. Untuk antibiotics pula kena tahu antibiotics tu target which organism. Aku tak hafal semua pun tapi yang common macam penicillin group, cephalosporin, macrolides tu kena tahu lah target organism apa. Clerkship ni memang ambil masa juga, kadang-kadang sampai tak cukup tidur, kadang-kadang sampai masuk mimpi hahaha, tapi banyak input aku dapat, nampak laaaaa setakat mana ingatan aku sepanjang 3 tahun belajar pharmacology subjects kat sini. Next sem kalau tak silap, faculty nak turunkan kepada 2 cases je. 

Next, hospital and community pharmacy practice. Untuk community pharmacy, kitorang kena buat role play. Role play ni macam kena berlakon, aku kena jadi pharmacist, dan evaluator as the patient. Untuk role play, aku dapat case skin condition, contact dermatitis. Patient tu allergic to detergent. Then macam biasa lah, mesti kena tahu sejak bila, ada ambil apa-apa ubat ke, medication history, any trigger?, then kena tahu ubat apa yg perlu diberi, what type of dosage form, tablet ke, topical application ke. Kalau topical, cream, gel or lotion. Dose pula? Precautions? Macam mana nak sapu, bila kena sapu dan berapa lama kena sapu ubat ituuuu. Biasanya kalau moderate to severe dermatitis, steroid lah. Depending age patient, condition, affected areas. Kalau dah sampai ada pus, maybe kena refer to doctor, or bagi steroid with topical antibiotics juga. In a group of 3, kitorang kena discuss macam mana nak set question, camne nak treat, ubat apa perlu bagi. Untuk hospital pharmacy, kitorang practice for OSCE (Objective Structured Clinical Examination). OSCE ni ada 4 stations, every stations diberi masa 5 minutes untuk siapkan task yang diberi. Untuk community part, macam biasa, macam role play dengan devices. Haritu aku kena tunjuk macam mana nak guna blood sugar device step by step. Untuk hospital pharmacy, ada prescription, labeling, calculation, counseling. Prescription ni kena refer MIMS dan BNF. Contoh, akan ada satu prescription, dan 2 - 3 jenis ubat. So kitorang kena refer to MIMS/BNF untuk counter check ubat tu betul tak indications, strength, dosage form, signature doktor ada ke tak, expiry date, semua yg relevant la before dispensed to patient. Then kena "call" doktor, in this case, our lecturer. Bagi la greetings, then introduce myself, and clarify those prescription with doctor. Buat semua ni dalam masa 5 minutes. Then device counseling, ada dapat inhaler (accuhaler, MDI, respimat etc), insulin injection (types of insulin injection, dose, how to use, when to use, etc) ataupun untuk ubat untuk bowel procedure preparations.

Next, final year project (FYP). Aku sukaaaaaa dengan tajuk FYP aku ni, sebab faham satu, lagi satu sebab menarik. Tajuk aku catechin-based hydrogel to treat exuding wound, which is more prominent in foot ulcer in type II diabetes patient. Esok (14 January 2020) aku dah kena start masuk lab untuk project ni. So sem ni kitorang kena prepare protocol fyp dan kena present within 5 minutes, then Q&A for 10 minutes. Then last sekali kena buat preliminary report. Dalam preliminary report ada literature review, methods, materials, aim and objectives. Okay nak cerita sikit jeeeee pasal project aku ni. So catechin ni natural compounds (polyphenolic group) can be extracted fom camellia sinensis. Many researches had found that catechin ni possessed some kind of wound healing properties disebabkan anti-ulcer, anti-haemorrhagic, anti-inflammatory, anti-microbial properties. Ada scientist pernah guna catechin as wound healing dressing (with correct concentration), and it worked. Since wound healing process ada 4 stages, hemostasis, inflammatory, proliferative and remodeling. Catechin acts its action during inflammatory, proliferative and remodeling process by several mechanisms depending on its properties. And for hydrogel formation, aku guna sodium alginate dan pectin. Both polymers pun ada properties juga untuk wound healing tapi most of the time they provide best condition for wound healing process. Contohnya, keep environment of affected areas moist, tapi dalam masa yang sama akan absorb exudate from the wound. Okay tu jeeee nanti aku buat satu post untuk FYP lepas semua ni dah settle. Next subject is quality assurance pharmaceutical. Yang ni kitorang kena buat site master dan ada presentation at the end of the sem. Site master ni macam document kitorang kena buat untuk kilang kitorang, in this case, our product is diclofenac sodium suppository (12.5 mg). Nanti aku tunjuk packaging yang aku design. Hehe mana tahu akan datang tetiba masuk market. And QA ni ada final, kena buat plant layout manufacturing. Then, drug literacy, takde final, 100% continuous assessment, kena buat video on how to use easyhaler, dan ada 2 reports kena submit. Then ada pharmaeconomics, ada report kena buat and final. Pharmaeco ni best sebab lain dari yang lain. Lets sayyy ada ubat nak masuk dalam market malaysia, then pharmeco expert akan buat cost-effectiveness studies sebagai reference for decision maker, should or should not they take the medication into malaysia's market, if yes, untung tak? effective tak? if not, why? So cost-effectiveness studies ni consists of several items yang kena consider, boleh refer CHEERS checklist kalau berminat. Hahaha lebih kurang critical appraisal je. Last but not least, special population pharmacotherapy (SPOP). Belajar more in detail untuk special population macam paediatrics, elderly, pregnant women etc. Belajar juga pasal contraceptions, infertility, benign prostate hyperplasia, erectile dysfunction. Before ni aku macam samar-samar je tahu pastu contraception ni, rupa-rupanya banyak sangat cara kita boleh buat for family planning. Kalau aku rajin aku update lah blog pasal contraception ni. Good knowledge, something new for me. So lepasni kalau dah kahwin dan nak family planning, boleh lah pilih nak guna method yang mana. Hehehe. Okay i guess that's it. Macam banyak sangat je aku membebel.

Submitted for grading! 😍

Final year project.

Kena present masa birthday, it hurts....

But its OK, 5 minutes je hehee. Untuk FYP protocol.

Suppository packaging designed by me!! Banggaaaa

Tengah belajar buat plant layout untuk QA.


2) FINAL and NEW YEAR 2020

🎇🎆🎇🎆 HAPPY NEW YEAR! 🎇🎆🎇🎆


Walaupun final (setiap kali final) masa new year, takpe lahhhhh semoga ni last aku exam masa new year. Tak keluar dari UM punnn tapiiii aku, fira dan hawa pergi tingkat 8 bangunan fakulti alam bina untuk tengok bunga api dari jauh. Tak nampak pape pun!! hahaha nampak bayang2 bunga api dari jauh je :(( Macam yang aku mention kat atas, final ada 3 papers je. Bayangkan dari 9 papers jadi 7 papers ke 3 papers, so agak-agak study week aku yang 2 minggu tu macam mana? Hahaha seminggu memang aku betul2 cuti, takde belajar langsung, lagi seminggu baru study. Tu pun banyak tidur je. Tapi yang tak best nya, untuk tiga tiga paper ni aku tak tidur masa pergi exam. Wehh sumpahhh susah gilaaaaa nak lelap mata even sekejap je. First paper aku dah risau sebab takut blank masa jawab, sebab before ni aku pernah sekali tak tidur pergi jawab exam, tengah jawab tetiba blank. Alhamdulillah tiga2 takde rasa macam tu. So after balik tu tidur sampai zohor. Then baru study balik untuk next paper. Aku akan minum nescaffe setiap petang atau lepas maghrib, plussss aku sakit gigi start study week tu, sakit dia sampai headache sebelah kepala, dan telinga. Kadang2 nak tutup mata pun sakit. Bahagian belah kanan. Aku banyak dah makan panadol time study week, tu sebab kot tak boleh tidur. Dengar cerita next sem ada satu paper je. Untuk celebrate lepas final, aku dengan fira esoknya pergi dataran merdeka untuk bergambar. Hahahaha tengah2 panas tu demi gambar. Tapi puas hatiiiiii. Kat bawah ni hasil tangkapan gambar (??) masa dekat dataran merdeka.

The view from faculty Alam Bina on 1st of january, 2020, 12:00 AM.


Hawa. Fira tak bagi letak gambar dia sebab dia cakap dia nampak gemuk (padahal tak pun)

And me. Hehe

Last paperrrrrr (7 January 2020)

❤️ Batchmates ❤️

❤️❤️ Ex-housemates ❤️❤️



3) PUBLIC HEALTH CAMPAIGN (PHC 2019)
Untuk PHC 2019, aku jadi ketua biro publisiti. Aku dan kawan2 kena design baju, logo, poster, banner etc yang berkenaan dengan PHC. So PHC kali ni tajuk mental health awareness. Dan kitorang emphasize on anxiety and depression. It was a great experience, tapi penat jugaaa. Sebab PHC ni aku kena masuk sem awal sikit sebab kitorang ada medical expo dekat kolej, untuk first year UM students masa dorang orientasi. Best sangat bila part nak explain dekat dorang pasal ubat-ubat, macam mana nak guna ubat dengan betul, explain poster pasal mental health, macam-macam adik2 ni tanya, termasuk adik aku 😆 dia pun sibukkk je nak masuk UM gakkk hahaha lopek. Penat mulut bercakap tapi puas hati. Puas hati sebab dapat sampaikan isi-isi penting yang supossedly general knowledge, lagi lagi part cara simpan ubat dengan betul. Medical expo ni ada dua hari. Next venue, kitorang buat dekat IPGKBM. Dan main program kali ni adalah forum -- it's okay not to be okay. Kitorang invite psychiatrist, counselor IPG dan seorang survivor (OCD, anxiety dan depression). Nice forum, banyak benda boleh belajar. Dan dekat luar dewan IPG, kitorang ada setup booth untuk "know your medicine", games dan posters.
PHC 2019 logo, designed by me.

Thanks to bureau activity! Cantik dorang design.

Here where you put your mind into an art.

Adulteration. Ubat yang mengandungi controlled medicine macam sildenafil, steroid, sibutramine etc.

Steroid cream, types of steroids, indications, side effects, misuse of steroids.

Batchmates tengah prepare untuk games.

By KKM and our PHC bunting.

Art therapy.

Ambil kat ig, mana tah gambar ni dalam laptop. Hilanggggg ☹️☹️


4) PART TIME
I don't know why this sem duit aku asyik tak cukup je. Mungkin sebab aku tak kerja masa 3 bulan sem break, since ada kena buat community attachment tu. Aku macam desperate sangat nak duit, tapi taknak minta kat parents hahaha. Malu la. Dan aku start buat online business, tapi tak jadi pun. Takde pembeli pun, lagi satu aku stop sebab aku nak pakai duit cepat. Nak bahagi masa aku yang sememangnya penuh dengan assignments, clerkship dan fyp ni, memang aku takde mood nak update dekat ig/fb. So bertahan untuk seminggu je. Pernah ada satu malam tu aku tak boleh tidur sebab nak sangatttt cari cara nak dapatkan duit, macam join contest ke apa, tapi takde. Mostly aku missed tarikh penyertaan. Then hasil pencarian dekat google, aku jumpa laaaaa kerja-kerja part time yang biasa student buat. Paling best, sehari boleh dapat up to RM140. Kerja macam jadi promoter or event crew. Kerja mostly sabtu ahad je, tapi bukan long-term punya lah. Aku kena pandai adjust jadual aku. Nak cari duit poket, tapi kena tengok juga jadual sebab takut kena submit assignment or ada presentations. So rasa-rasa berapa hasil aku dapat sepanjang kerja part time sem ni? Total semua aku dapat dekat RM 1500. Aku nak kumpul duit untuk lesen kereta tapi tak sampai lagi sebab aku ada guna duit tu juga untuk survive sem ni, beli makanan, beli barang peribadi dan sebagainya. Duit ptptn memang tak cukup. Ramai je rupanya orang dah part time dari first year lagi, ishhh kalau aku tahu kerja macam ni wujud, dah lama aku buat dari dulu. Habis-habis belajar boleh terus kahwin hahaha jk. Dan aku masih teruskan part time ni, next week aku ada lagi 2 hari (sabtu ahad) kena part time jadi promoter, promote product Loreal. Sehari dapat RM100, aku buat untuk 4 hari so RM400. Hehe 400 untuk student macam aku banyakkkkk ok. Dan nak cari lagi. Kena rajin mencari, scroll group kat fb tu lah, takde lah terlepas nak dapat kerja tu. Selain dapat duit, aku dapat banyak sangat pengalaman, improve communication skills so takdelah malu-malu nak cakap dengan orang, berkenalan dengan orang, jadi untuk akan datang boleh recommend kerja part time lagi dan tengok macam-macam perangai orang. Aku suka promote makanan sebab kita bagi orang rasa, at least bagi something untuk orang cuba. Dan lidah orang lain2. Ada suka ada tak. Setakat ni aku ada dua kerja yg involve makanan, popcorn gourmet dan instant noodles. Leceh sikit kena buat sampling tapi its OKKK, aku suka je. Btw kannnn haritu aku ada buat part time promote instant noodles. Kena buat sampling semua tu, dekat hero supermarket. Aku kerja untuk 2 hari. Aku ada kena marah dengan customer ni, tapi aku tak nangissss (yeayyyy) aku ni kan cengeng sejak dulu. Kena marah je mesti nangis. Tapi kali ni tak!! Yeayyy, harap-harap masa jadi pharmacist nanti pun hati aku kental macam ni juga. Seeeeee, I learned from my experience. Alhamdulillah. Untuk first job as a part timer, aku jadi crew event, kena ambil survey orang for those yang berminat nak jadi agent insurance. Aku kerja untuk 3 hari, dapat RM 140/day. Second day kerja masa balik tu aku dah mental breakdown hahahaha, sebab kena tegur dengan sorang banker ni, cakap aku takde qualification/license (??) untuk minta survey orang macam tu je since dalam survey tu kena include email dan no. telefon. Dia cakap kalau ada pihak berkuasa tahu, aku kena penjara hahahaa wehhhh aku nangis teruk gilaaaaa masa otw balik UM. Ingat lagi, kat tepi LRT KL gateway tu aku meraung, sebab aku memang betul-betul ingat aku kena scam (first time kan) dan arghhhhhhhhhhhh banyak lah benda yang buat aku burnout masa tu. Dah lah tak grab mahal macam hanatttttt. Pastuuu next kerja aku pulaa dekat Asia food and beverages event, kena promote popcorn. Sedapppp popcorn tu. Aku buat untuk 5 hari (masa cuti midsem), sehari dapat RM100. Ayat aku "Hi Sir/Miss, you want to try popcorn?" hahaha aku pernah terlepas cakap "Hi you want to try part time?" 😆😆😆 kor0i. Ada satu hari tu, aku rehat sejam, makan sambil buat clerkship (nak interpret lab results) sebab aku rasa bersalah midsem break aku kerja. Hahaha tah pape. Hari ketiga kot, kaki aku sakit sangat sampai nak cecah lantai pun sakit ya amaatttt. Sebab berdiri lama sangat. Aku rendam kaki dalam ais plus garam. Sampai macam tuuuu sekali. Sebab muscle aku dah stiff sangat2. Aku nangisssssssss balik tu sebab sakit kaki, sakit badan (padan muka sape suruh nak kerja tapi tu lah takde duit), aku takde mood nak buat apa-apa. Haihhh tapi masa dapat gaji, semua sakit tu hilanggg hehehe. Then aku pernah kerja as event crew untuk fan meeting Sung hoon. Yang ni aku kerja dengan fira per. Mula-mula kitorang tak tahu pun ni event untuk Sung hoon, masa datang tu baru nampak poster semua tu, sebab masa minta kerja tu, dia inform event crew je. Event crew paling best antara semua sebab takyah promote apa-apa. Dan paling best masa aku tolong dekat stage, jarak aku dengan Sung hoon dekaaaaattt jeeeee hahahaha aaaa flawlessnya muka, tough nya badan hahaha. Tinggiiiii, aku tolong dia buka satu box tu, kena slide ke atas. Aku tak boleh stop senyum masa atas pentas tu hehehe. Ok enoughhhh, agaknya time tu kalau Park Seo Joon, mesti aku pengsan kan 😆😆 Then aku dengan fira kerja dekat mid valley MVEC event baby fair. Kena promote organic baby products. Yang ni memang promote gila-gila, sebab ramai oranggg. Jadi semangat. Plus gaji tinggi hahaha. Sehari dapat RM 130, dapat lunch and dinner. Aku suka kerja as a promoter kalau crowded, ramai orang boleh jadi potential customers so takde lah bosan je. Okay tu je kot. Aku suka je buat part time ni. Macam aku cakap, aku nak gain experience (and money) sebanyak yang boleh sebelum aku bawa diri aku kearah actual career pathway aku, which is as a pharmacist. Selain itu, aku pun boleh improve communication skills, dan kentalkan hati supaya suatu hari nanti, aku kena marah dekat senior pharmacist or patient or anyone, aku tak menangis. Doa kan aku okay.


This was me getting rejected by the client untuk buat survey. Hahaha

Popcorn

Instant noodles

Semalam kitorang balik dari kerja, craving maggi campur telur

Umpppphh!! Haha

5) RANDOM
First day of the class with Fira per.

Pastu awal-awal sem kitorang pergi KL forest.

After final, pergi dataran merdeka.

Najwa

❤️ My family ❤️

Wajibbbbb ada gambar dekat sini okayyy. Last untuk tahun 2020.

Panas terik tapi kesungguhan dan kegigihan mengatasi segalanya.

❤️ My everything ❤️

See!!! Demi gambarrrr haha

Jogging sepetanggg with Syafira Arif sambil dicium matahari.

Congrats Along! You deserved it!

Hehe, tak boleh bayangkan hidup tanpa ibu ayah along adik.

By ibu. Tantikkkkkkk

Tadiiiii (13/1/2020) first time kayak dekat UM. Noob gila, banyak langgar tepi tasik tu, pastu langgar orang 😆😆 but we enjoyed it soooo much.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

My life throughout this sem was bearable, thanks to my family, fira and nana. Kalau takde dorang, aku tak tahu apa akan jadi dekat aku. Previous post aku pun korang boleh tahu aku ada mental breakdown. Dah lah jadual padat dengan assignments, tests lagi. Aku takkan lupakan ada satu masa tu aku nangis depan fira, sebab tak tahan sangat sampai sakit dada tak boleh bernafas. Susah aku nak cari nafas. Aku pernah insomnia (but not chronic), pukul 4 - 5 pagi baru tidur before pergi kelas. Ada masa memang aku takde mood langsung nak belajar, walaupun ada test atau assignment kena buat, sebab memang betul2 tak boleh focus. Susah sangat aku nak focus masa tengah takde mood tu. Used to tell myself that everything is going to be okay, everything will fall into place. And Alhamdulillah I'm doing better than I ever was. Kalau aku start stress, mesti video call ibu, ayah, along. Lepas dah cakap dengan diorang baru rasa okay. Oh ye, aku tak boleh kalau tak balik lebih dari 2 minggu, nanti mula lah meroyan, tak pun menangis sebab rindu family. Aaaaaa dari dulu lagi perangai aku macam ni...... Tengok lah aku study pun semua dekat-dekat dengan family. Okayyy aku rasa setakat ni je lahhh post aku kali ni. Kalau ada apa-apa yang aku tertinggal, aku update lah balik. Fira ajak pergi kayak kejap dekat tasik varsiti 😆😆😆

13/1/2020 -- 11:37 PM
BLOGGER COPYRIGHT © 2019. ALL RIGHTS RESERVED BY BLOG YANAAZLAN