Zaman kanak-kanak.

~Assalamualaikum.

Sekarang pukul 2:30 pagi, 30/6/16. Aku suka update blog pepagi macam ni, sbb time ni lah aku ada banyak idea, tenang tanpa sebarang gangguan. Haha so kali ni aku share pasal cerita dulu-dulu.
Duluuuuuuuuuuu masa kita kecik2, mesti ada perangai pelik kita buat kan, cuma kita ingat, or ada orang cerita balik kat kita. Aku pun tak terlepas dari buat benda benda pelik (but funny) masa kekecik dulu. Haha! Setelah beberapa hari aku try ingat balik, benda apa yg aku buat dulu yg bila teringat balik, rasa nak gelak je. Walaupun tak semua ingat. Kalau aku ada ingat lagi nanti aku update lah ye. Jadi, aku senaraikan #top30 benda merepek (dan comel lagi innocent) yg aku pernah buat sepanjang zaman kekanak.





AKU PERNAH :

1. Digelar "bayi ajaib" oleh kawan ayah aku sbb boleh habiskan satu botol susu tapi dalam keadaan tidur. Hahah ni bukan luar biasa pun, tapi bila ingat balik, comel jugak aku dulu. Ahaks
2. Ambik pasir kat laman rumah, letak kat kepala biar berkudis, lepastu kopek kudis tu. Haha
3. Calitkan (aku tak tau nak guna word apa) nasi kat tepi kaki, bila dah kering, kopek.
4. Fikir yg hanya wanita ISLAM DAN MELAYU sahaja yg period (haid)
5. Keliru antara perkataan "adat" dan "adab"
6. Takut pergi pasar malam, sbb takut terserempak dgn orang istimewa kat situ.
7. Takut dgn sorang pakcik kerdil ni, time dia nak hantar roti kat tempat ibu kerja. 
8. Menangis bila terserempak dgn orang yg lain dari aku (badan gempal, kerdil, kurus sgt)
9. Minat WWE, suka main bola dgn sedara, dan pernah keliru dgn jantina sendiri hahaha
10. Menangis bila kakak aku dah tidur dulu.


11. Pergi memana, mesti akan ikut belakang ayah, pegang baju dia.
12. Menangis bila ustaz kat tempat mengaji tu nak ajar (aku biasa mengaji dgn wife ustaz)
13. Jadi sangat pendiam, takut orang, dengan sedara memang tak rapat (tapi umur bawah 5 tahun, lepas tu rapat je)
14. Naik motor bertiga (ayah aku along) pastu selipar aku tercampak masa lalu kat bonggol
15. Paksa ayah tunggu kat sekolah (sek. rendah) selama 3 bulan secara berperingkat. haha, 1) luar kelas. 2) dekat dewan bawah kelas. 3) kat pintu pagar sekolah.
16. Keliru antara kiri ke kanan (aku kidal)
17. Masa bagi salam time solat (kecik lagi time tu) aku selak sikit telekung nak tengok tangan kiri ke kanan (tapak tangan kiri aku ada tahi lalat) pastu baru bagi salam.
18. Menangis sebab sebutir (or pape jelah) kaca kecik masuk kaki sampai tertidur.
19. Suka bawak balik tanah liat balik rumah (tadika), pastu main ngan adik aku. Tahu tak baju lelaki yg ada lubang kecik2 tu, ibu selalu amik tanah liat tu, pastu guna baju ayah nak buat cam bintik2 tu. Ok pape jelah tp ni antara benda aku takleh lupa haha.
20. Kuku kaki ibu jari tu, tercabut semua sbb tersepit kat pintu selepas ingin mencuba tarian egypt tu. Ye yang tu lah



21. Pegang sudu/garfu guna tangan kiri (sampai skrg) 
22. Jatuh dari tiang (ape eh nama tu, yg mcm pagar kat balkoni rumah tp dibuat dari batu dan org boleh duduk atas tu ok watever fvdgbkvmsf) pastu esok muka aku lebam, bibir pecah, pipi bengkak je. 
23. Paku karat masuk dalam tapak kaki masa main lari2 ngn kawan, tak nangis tak rasa pape sampai lah nampak paku tu dah ada dalam kaki, baru nak nangis.
24. Menangis beriya2 sbb jari telunjuk masuk selumbar, hampir sejam nak keluarkan (sbb takut aku nangis hahah, mak sedara yg tolong keluarkan)
25. Menangis (lagiiiii) sbb kaki masuk duri kecik2 tu, pastu lepas ibu dah keluarkan, tergelak. Dan siap cakap "tak sakit pun"
26. Suka pergi pejabat (sek. rendah) semata2 nak cilok kapur! Bonus: kalau time tu ada yg warna warni hahaha, pastu balik rumah conteng belakang pintu main cikgu2
27. Gunting uniform sekolah, yg baju kurung putih tu, kat bahagian tengah (mcm white coat) and acah jadi doctor. 
28. Mengamuk pastu menangis time tadika sebab stokin kat kedua belah kaki tak sama level.
29. Menangis beriya2 sbb pepagi pakai tudung, tapi tudung tu leper je kat dahi hahah (tadika)
30. Kakak aku tergunting (ter lah sangat) rambut aku sebelah panjang sebelah pendek, dan juga pernah digelar rambut bawang oleh adik aku.

Tips untuk berjaya di matrikulasi.

Assalamualaikum. Haiiii kepada pembaca misteri yg wujud ke tak ni. Okay kali ni aku nak cerita macam mana aku boleh skor dalam PSPM. Keputusan keluar 3 Jun 2016.

Sebelum pergi ke tips, aku nak cerita sikit pasal susah senang sepanjang aku belajar matriks. Sebelum masuk sini, aku banyak was2 sbb ramai kata matriks dan asasi susah. Ok first sekali, kau kena percaya dgn diri sendiri. Pedulikan apa orang cakap. Memang betul matriks susah, aku dah rasa stress, tension, jadual padat nak mampussss. Tapi kan, ada ke senang nak tuntut ilmu? Diploma pun susah okay. So terpulang pada diri memasing. Tapi satu jeee, kau masuk matriks untuk belajar, bukan enjoy. Takde masa tuk tu. Balik rumah cuti pun kena bawak buku tau. Lainlahh jenis genius. Aku tak. haha okay aku cerita sem 1 dan sem 2 punya dulu ye. Kalau taknak baca, boleh skip terus ke tips, hehe ;)

SEM 1--
Sem 1 aku jalan dengan lancar dan jayanya tanpa ada masalah kesihatan. Aku tak pernah MC time sem 1 ni, banyak balik rumah, setiap kali balik mesti bawak buku tapi tak study pun. haha selak2 je. Contoh cuti  seminggu, hari ke 5 - 6 cuti tu baru sebok nak rajin. haha! sifat aku pemalas, jgn lah ikut. Pastu menyesal sbb tak guna dgn baik cuti tu. Pastu untuk subject pulak, Biology okay, menarik sgt time sem 1, sbb most of the syllabus related to human body systems. Physics paling hambar hahaha, eh tak, paling mencabar. Masa UPS, aku failed, C- Masa tu stress kot. Sbb aku expect tinggi sgt kot. Syllabus mencabar tapi menarik, sure tak bosan punya. Mathematics, sentiasa dihati lah citeeer dia haha, basic addmaths je, tapi nnt lecturer akan ajar dari awal. Aku rasa untung sgt dapat Madam Rosma, bagusss sgt Madam ajar. Last sekali, chemistry. Chemistry sem 1 pun best jugak. Senang je dan tak bosan. Banyak kira2. Start chapter 4 kot, dah mencabar, sbb benda baru. So, goodluck! Tahap stress sem 1 -- 5/10 >.<

SEM 2--
Sem 2 palinglah, perlukan kekuatan fizikal dan mental. Ok antara cabarannyakan, lebih kurang sebulan lebih sebelum exam, aku demam, MC 2 kali, batuk mmg bapak teruk punya, batuk darahh. Okay tu diuji dari segi kesihatan. Lepastu masuk sem 2 aku makin pemalas tahap 999999. Seriussss, paling kuat tidur, kejap2 tidur. Study sikit tidur. Tidur awal, bangun lambat. Haha teruk. Ada hari2 je aku sedar kejap, study beriya2, pastu lembik balik. Tah papeee. Masa final sem 2, disebabkan aku tak yakin dgn bio, aku baca balik, esoknya exam, time tu pukul 1 pagi dan lagi 3 chpter besar tak baca. Untuk pertama kali, aku nangis sbb apa yg aku study tak masuk haha. Pastu ada seorang hamba Allah ni nasihatkan aku suruh ambik wudhu', doa semoga permudahkan semua. Alhamdulillah senang je faham lepas tu. Thank you :) Pastu aku banyak enjoy, sbb last sem kannn konon gilaa. Compare dgn sem 1, aku banyak gi library memula. Tapi sem 2 jarang gila. Ohhh pastu, sem 1 ada rehat pukul 10-11. Sem 2 takde. Sbb tu lah kot. Ish tak setuju langsung! Kalau tak biasa gi jumpa lecturer. Untuk Biology sem 2, susahhhhhhhhhhh. Tapi nnt aku bagi tips camne nak atasi okaay! Chapter Biodiversity pun dah mcm satu buku teks. Banyak sgt specific names, new terms yg tak pernah jumpa kena hafal. Belum masuk chapter belakang2 yg sememangnya akan buat kau nak rebus buku tu makan terus! tipu je. Physics, okay tapi bosan gila haha sem 2 ni. Chapter depan2 best. Masuk chapter 4 - 5 - 6 - 7 mencabar. Chapter 8 sampai abes senang je, InsyaAllah kalau rasa senang, maka senang lah dia. Mathematics macam biasa, senang kalau dapat lecturer yg faham kalau dia ajar. Kena banyak latihan dan rajin usaha. Chemistry, haha! First 3 chapters best, senang. Masuk chapter 4, Organic chemistry, kena fokus betul2 kat lecture okay! Walaupun sem 2 ni mencabar bagi aku, tapi Alhamdulillah aku dapat lecturer kimia untuk lecture paling bagus. Miss Mai. Dia guna notes sendiri, kitorang kena isi tempat2 kosong, maksudnya, peluang untuk kau tidur dalam lecture sangat lah tipis! plus miss bapak garang, tapi comel gila ok. hahaha. Topik ni menarik, kalau faham. Kalau tak menarik nanti kau jadi macam ni

Haha! Tahap stress 7/10 xD

Okay mari. 
TIPS UNTUK BERJAYA DI MATRIKULASI. 
1. SENTIASA RENDAH DIRI
Okay maksudnya, jangan pernah sesekali rasa diri tu dah terlebih pandai dari semua orang. Aku jenis macam ni, aku selalu rasa aku tak pandai, nak dibandingkan dengan orang lain. SO, setiap kali aku rasa macamtu, automatik buat aku lagi rajin nak belajar. Serius, boleh cuba ye. Dan, tak salah kalau dalam diri kau ada sifat nak bersaing jadi paling bagus, dalam pelajaran. Weh, persaingan sihat nii. Tapi dalam masa yg sama, tolong kawan! tu paling penting. Jangan dekut ilmu. 

2. JADI PAL LEADER (AJAR KAWAN2)
Dekat matriks ada program PAL leader (Peer Assisted Learning). Ni salah satu cara aku nak revise and memorise apa2 yg aku study previous lecture. Sangat membantu cayeee cakap akak! tetibe. Sebab, sebelum nak ajar tu, mesti lah kita baca balik kan, untuk betul2 faham, sbb nanti nak ajar kawan2. Pastu plusss pulak kau ajar, dah banyak kali ulang, InsyaAllah melekat ilmu tu. Aku tak suka ajar orang kalau aku sendiri tak faham.

3. SELALU JUMPA LECTURERS
Cara ni sgt lah berhasil, sbb aku pakai time sem 1. Sem 2 kan aku pemalas sikit. Tanya benda yg tak faham, tapi sebelum tu, cuba dulu selesaikan, baru jumpa. 

4. BUAT JADUAL
Jadual kat sini maksudnya bukan yg pukul 4 pagi bangun study pukul 6 solat pukul 8 gi kelas tu tau. Jadual ni, senaraikan semua chapter, setiap subject, pastu tickkan mana yg dah study. Kalau leh, buat lah lebih dari 1 column, which means, repeat balik chapter tu sampai faham. Sampai betul2 yakin.

5. BUAT LEARNING OUTCOMES
Learning outcomes biasanya terdapat kat muka depan lecture notes/buku. Lepas je abes baca chapter tu, tengok balik LO, soal diri sendiri, boleh jawab tak LO tu. Kalau boleh, then bolehlah move on ke next chapter. Make sure boleh jawab ok!

6. STUDY HARD
Masuk matriks ni, aku lagi study hard dari study smart. Maksudnya, walaupun aku pemalas, tp aku akan cuba study sampai aku penat. Sem 1, waktu biasa aku tidur pukul 3-4 pagi. Kalau cuti, biasa tak tidur, lepas subuh baru tidur. Sebab aku jenis study malam, tak suka bangun awal pagi. Tapi aku tidur petang, balik kelas biasa tidur, tu sbb malam takleh tidur. Lain orang lain cara. Kat matriks, ada dua pilihan je, sama ada ikut style aku (tapi aku sendiri tak recommend takut nnt lecture mengantuk) atau tidur awal, bangun awal pagi. Second choice lagi bagus. 

7. SENTIASA JAGA CARRY MARKS
Carry marks sangat membantu untuk result nanti. Tak silap aku, carry marks untuk semua subjek 30%, kecuali maths, 20%. Lebih kurang lah. Jaga kehadiran, assignments hantar, study untuk kuiz, jawab elok2 time UPS.

8. BUAT NOTA SENDIRI
Setiap kali nak final exam, wajib bagi aku dan korang untuk buat nota sendiri. Lagi bagus lepas lecture abes je, terus buat. Aku buat notes untuk subject yg kena hafal, macam biology. First sekali aku suka buat nota sbb tulisan aku cantik. tak tipu je. Sebab bagi aku kalau guna pen basah buat notes nampak cantik kemas lawa. Lagipun apa yg kita tulis, lagi senang faham. Cuba buat paling ringkas tapi padat. Extra tips: Buat cantik2, kemas2, supaya tiap kali selain senang hati, faham, kita juga akan selalu memuji diri sendiri :p

9. STUDY GROUP
Buat study group dengan kawan2, stay up dgn diorang, Kalau sesama study, insyaAllah rasa nak tidur tu kurang sikit lah. Tapi korang jangan lah bergossip pulak. Haha, tapi aku selalu je borak :p Nanti bila tak faham, boleh lah saling menanya. Bestnya, korang leh tukar2 ajar. Sangat sangatlah membantu. Hujung minggu kalau bosan duk bilik, gi study sesama kat kelas ngn kawan2. Settlekan kerja, assignments yg tak siap.

10. MASUK EXAM DENGAN YAKIN
Okay ni penting, sebelum masuk exam tolonglahh yakin dgn diri. Haram untuk masuk exam tanpa knowledge okay. Pastikan dah prepare habis-habisan. Macam aku (btw ni sgt tak sihat) aku sanggup tak tidur, sbb tak confident punya pasal, haha, aku nak baca balik chapter2 yg aku tak faham. Lepas exam tidur sepuasnya. Kena bagi yg paling terbaik, kalau takde rezeki result bagus, takpe. Aku pasti takkan menyesal sbb aku tahu aku dah cuba. Bak kata lect. biology aku, Madam Miranda, kalau masuk exam tapi knowledge zero, MACHIIIIILAAAAAH xD 






Last sekali, berdoa semoga dipermudahkan urusan, jaga hubungan dgn Allah, kalau boleh selalu buat solat tahajjud, hajat, dhuha. Jaga hubungan dgn ibu bapa dan kawan2. Paling penting, berkat guru-guru yg mengajar. Jangan ada rasa tak puas hati dgn lecturers yg mengajar (aku terkilan sbb aku pernah ada perasaan tu T_T) Tawakal saat kertas jawapan dah dikutip masa exam nnt. Percaya yg kita dah buat yg terbaik. Bila dah dapat result, ucapkan terima kasih kepada yg dah berjasa. 


Terima kasih, Madam Rosmawarni (maths sem 1 & sem 2) Madam Miranda (bio sem 1 & sem 2) 
Mr. C (lecture bio sem 1) Madam Nashimah & Miss Khadijah (lecture bio sem 2) Madam Azzyati (phy sem 1) Sir Adib (phy sem 2) Sir Megat (lecture phy sem 1) Madam Warda (chem sem 1 & 2) Sir Qamarul (lecture chem sem 1) Miss Mai (lecture chem sem 2) dan Madam Zarina (english sem 2)
BLOGGER COPYRIGHT © 2019. ALL RIGHTS RESERVED BY BLOG YANAAZLAN