Best Korean Dramas~

~Assalamualaikum

  
Sebenarnya dah lama nak update pasal ni, Best Korean Dramas~! Tapi tunggu masa rajin je. Dan harini terpaksa jugak update sebab otak ni dah banyak sgt bagi idea drama apa yg best yg patut di share. Haha ni pendapat, comment aku secara peribadi tentang kdramas. Semua drama dibawah ni layak mendapat 10/10 dari aku sebab jalan cerita yg mantap, lakonan yg real dan bagus, tak bosan dan cukup buat aku teruja untuk setiap episode~ Siap letak "Trailer" lagi, bukan trailer betul sbb susah nak jumpa. Ni soundtrack setiap kdrama. Btw, laman web yang aku selalu tengok kdrama : myasiantv and credit : google & youtube.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Romance, Action, Comedy.
 BOYS OVER FLOWER 

 Trailer :

Ni Kdrama yg first sekali aku tengok sebelum terjebak drama2 yg lain. Cerita ni mula-mula best, lelama sedih gilaaaa. Banyak nangis tengok Boys Over Flower ni. Banyak halangan couple dalam drama ni kena hadapi sbb mak hero tu tak restu hubungan dorang. Cerita ni cinta tiga segi lah jugak sbb ada sorang dalam group F4 tu suka heroine tu. 

 DESCENDANTS OF THE SUN

 Trailer :

Cerita ni paling hot sepanjang 2016. Cinta pandang pertama antara seorang askar dgn doctor. Sweeet sangat. Aku suka sbb Yoo Si-jin (hero) tu protective, sanggup buat apa untuk selamatkan Kang Mo-Yeon (heroine) tu. Setiap episode ada je benda baru, musibah baru haha. Suka tengok cara dorang selamatkan mangsa earthquake. Pastu penuh dengan strategy. Lain dari yg lain drama romantic comedy. Dan paling best sebab ada nama panggilan. Big boss, Beauty, Wolf, Snoopy, Harry Potter and Piccolo xD

Antara scene yg banyak kali tengok : 




 OH MY VENUS

 Trailer :

Oh My Venus ni romantic comedy, tak banyak action. Main cast, lelaki tu smart, pandai dan handsome :D Dia trainer untuk sesiapa nak kurus, Yg heroine tu dia pernah cantik, tp sbb masalah hidup dia, dia jadi gemuk. Pastu bf dia curang. So datanglahh hero ni jadi trainer dia untuk kurus. Romantikkkk sangat. Drama ni tak complicated langsung. Ending pun dah boleh agak masa episode awal-awal lagi. Btw Shin Min Ah cantikkkkkk!!

Comeeeeel gilaaa haha

Ada Dimpleeeeee >.<


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Mystery,  Thriller, Comedy.
 KILL ME HEAL ME

 Trailer :

Ok cerita ni highly recommended! Cha Do Hyun (hero) ni ada 7 personalities dalam diri dia. Kalau suka cerita psiko2 ni, tengok lah cerita ni. Setiap personaliti yg wujud dalam diri dia tu sebab dia takleh deal dengan stress, pain, memories silam dia. Cerita ni semua ada. Romance, Psycho, Comedy, Mysteryy.

The Seven Personalities.

 YONG PAL

 Trailer :

Yong Pal ni mula mula aku ingat macam cerita zaman dulu-dulu tu yg siap pakai pakaian tradisional tu hahaaaa. So, Yong Pal ni seorang Surgeon kat hospital, tapi dia ambik upah rawat gangster, kira part time untuk bayar hutang dia. Heroine tu pulak heir sebuah syarikat besar, dia di"koma"kan selama 3 tahun oleh abang dia sendiri. Yong Pal ni selamatkan dia, dan dorang kahwinnn. Biasa last-last episode baru main cast menang kan? Tapi cerita ni lain, ada lagi 6 episode kot, heroine tu dah dapat balik jadi waris. Pastu dia balas dendam balik kat sesiapa yg pernah kurung dia selama 3 tahun tu. Kejam jugak lah tp puas hati. Yg sweetnyaa dorang dah kahwinn, laki tu tetap setia tunggu perempuan tu walaupun dia berubah. Perempuan tu pun layan husband dia sweet, beza dia time jadi chairwoman. Ok next

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Fantasy, Romance, Mystery.
  MY LOVE FROM ANOTHER STAR

 Trailer :

Drama ni menarikk sebab lelaki ni alien yg handsome. lol. Dia ada powerr, boleh dengar dari jarak jauh. Jalan cerita pun best, romantik. Btw, heroine tu dalam cerita ni dia pelakon. Kawan dia punya abang penjahat dlm cerita ni. Suka tengok cara hero ni selamatkan heroine. Last-last sedihh sebab lelaki ni kena balik kat tempat asal. Tapi efhkfvjsnvjsndgvdkflf dia dapat bersama jugak dengan perempuan tu. 

 SENSORY COUPLE

 Trailer :

a.k.a The girl who sees smells. Ok ni drama baru lah jugak. 2015 kot. Ni pun lain dari yg lain jugak. Cho-rim (heroine) ni dia saksi pembunuhan ibu bapa dia, sebab nak lari dari pembunuh tu, dia excident, koma lama lah jugak. Sedar je dia boleh nampak bau. Contoh bau mint kan, dia nampak daun mint tu terapung2. Masa awal-awal episode tak tau siapa pembunuh tu, sbb banyak suspek. Aku pun banyak kali salah teka, macam2 lah aku plot sendiri camne dia bunuh motif semua tu (menunjukkan betapa bagusnya drama ini~) 
Drama ni pasal serial killer yg handsome kejam. Yang menarik minat aku kat cerita ni, lepas je pembunuh tu bunuh orang, dia kelar tangan mangsa membentuk sebuah barcode. Mangsa diberi masa 6 hari untuk tulis kisah hidup, kenangan manis pahit semuaa dalam sebuah buku. Hari ketujuh mangsa-mangsa ni akan dibunuh. Motif? Tengokk sendiri di akhir-akhir episode. Of course, he is a psychopath....and a handsome man. 

LOVE YOU TOO!!

 SECRET GARDEN 

 Trailer :

Drama ni pun macam fantasyy sangat untuk dipercayai haha. Main cast ni tertukar soul diorang. Kiranya lelaki tu dalam badan pempuan tu dan sebaliknya. Diorang akan tertukar bila hujan. Drama ni pun ada tentangan dari mak hero tu. Cerita ni pun lawak jugak sbb tengok mcm mana dorang nak biasa kan diri dalam kehidupan masing2. Last2 jatuh cintaaaa. 

 W

 Trailer :

W ni drama baru, 2016. Ni fantasy punyaa ceritaa. Haaa yg ni storyline memang pelik dan menarik sangat. First time tengok drama macam ni.
Plot Twist level : Pro!! 
Kisahnyaaa, Kang Chul (hero) ni merupakan watak komik yg dicipta oleh ayah Yeon-joo (heroine) Tapi watak ni macam hidup. Yeon-joo ni selalu masuk dalam dunia Kang Chul tu. 

 GOBLIN

 Trailer

Updated 2017 : Goblin is one of the best K-drama!! Best sangaaaat ok. Kim Shin (Gong Yoo) is an immortal goblin. Tinggal bersama grim reaper (Lee Dong-wook). Kim Shin dah "hidup" almost 1000 years. Mission dia mencari Goblin's bride, Ji Eun-tak (Kim Go-eun), yang ada special ability melihat hantu. Setiap kali Ji Eun-tak tiup lilin, or api sampai padam, goblin ni akan muncul tiba-tiba. Bride ni kena tarik sword yang ada dekat chest dia, and return him to ashes. Then, Grim reaper ni pulak, sebab dia ni seorang pendosa di masa lalu, dan tak ingat pun apa yang dia buat. Ni kira macam balasan untuk dosa-dosa dia lah. Cerita ni banyak pasal penjelmaan semula (reincarnation) Andddd aku suka Grim reaper-Goblin punya bromance. Hahaha kelakar dan cuteee.

 THE LEGEND OF THE BLUE SEA

 Trailer

Updated 2017 : Kisah percintaan antara bangsawan, Kim Dam-Ryeong (Lee Min-ho) dan mermaid, Se-hwa (Jun Ji-hyun) pada zaman dulu. Nasib tak menyebelahi mereka, sebab nanti dua-dua terbunuh. Pastu, dorang jumpa balik pada zaman moden, cerita ni pun ada reincarnation jugak. Heo Joon-jae jumpa balik dengan Shim Cheong (mermaid). Mermaid ni ada ability untuk padamkan memori seseorang. Heo Joon-jae ni selalu nightmare, selalu mimpi balik pasal zaman dulu-dulu. Tu sebab dia tahu yang Shim Cheong ni mermaid dan boleh dengar luahan hati mermaid ni. Pada zaman moden, penjahat dia pun nak lahir semula gak. So satu-satu misteri diorang cari dan jumpa, dan nak ubah balik takdir dorang, means no one tak mati kali ni. Menarik sangat.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Romance, Crime, Action.
 SIGNAL

 Trailer :

Signal ni drama yg jenis high level punya. Sepanjang drama ni nak selesaikan kes-kes dulu yg tak selesai. Kes-kes puluh2 tahun dulu yg ditutup tanpa jumpa sebarang penyelesaian. Ada satu walkie talkie ni yg menghubungkan detektif muda ni dgn sorang detektif yg dah lama hilang, belas tahun tak silap.. Dua zaman yg berbeza-- 1989 dan 2015. Guna satu walkie talkie. Mula-mula macam seramm sangat. Tapi lelama oklah. Ni bukan cerita hantu, tapi misteri. Detektif 2015 ni mcm boleh tukar apa yg jadi dengan suruh detektif 1989 tu selesaikan kes. Aaaahhhh gempaaakzz ok. Bijak betul siapa yg buat ni. Ni pun highly recommended ok. 

 CITY HUNTER

 Trailer :

Drama ni merupakan misi untuk balas dendam. Orang jahat semua dari orang terpengaruh, orang politik. Motiff, sebab orang-orang jahat ni khianat dan bunuh askar2 dorang sendiri, salah sorangnya ayah Lee Yoon-sung (hero) ni. Dalam misi dia tu, jatuh cinta dengan Kim Na Na, seorang bodyguard ahli politik. Ok sweet. Cara dia jatuhkan setiap killer tu memang best dan puas hati. 

 HEALER

 Trailer :

Healer ni lebih kurang City hunter jugak. Pelakon perempuan yg sama. Misi dia pun cari pembunuh yg bunuh ayah dia dan kawan2. Killer dia pun salah sorang kawan ayah dia jugak. Aku suka tengok Park min young dalam ni, comeeeel sangat bila rambut pendek. Hero dia cekap, bijak, smart lagi handsome haha. Suka tengokk cara dia protect perempuan tu time bahaya. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Medical Drama, Comedy.
 GOOD DOCTOR

 Trailer :

Ni first medical drama yg aku tengok. Park Shi-on seorang autistic savant who becomes a genius pediatric surgeon. And of course, doktor2 yg hebart-hebart tu menentang. Sebab takut keselamatan pesakit. Cerita ni comel sbb pasal pediatrician kan, pesakit semua kanak-kanak. Setiap episode mesti akan ada pembedahan dijalankan. Tu sebab aku suka cerita ni. Penuh dgn isi, ilmu, menarik. 


 DOCTORS

 Trailer :

Doctor Crush ni drama baru 2016. Hye jung (heroine) ni pandai berlawan, (aku suka character perempuan mcm ni) time sekolah dia mcm loser dalam pelajaran. Tapi hasil usaha dia, skrg dia jadi seorang neurosurgeon. 
Apa yg buat aku excited pasal drama ni, sebab percintaan antara anak murid dan cikgu dia. Bila dia dah jadi doktor, percintaan antara doktor dan prof dia. Salah satu yg aku cari dalam setiap drama. Sweeeet~

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Horror, Comedy, Mystery.
 MASTER'S SUN

 Trailer :

Master's sun ni first horror drama yang aku tengok. Mula-mula taknak tengok tapi kawan aku cakap tak seram pun sbb heroine dia kelakar. Hahah memangpun. Best drama ni. Pelakon lelaki tu pelakon fav aku. Tae Gong Shil (heroine) boleh nampak hantu. Satu hari tu dia terjumpa dgn joong-won (hero) ni, bila dia pegang joong-won ni, hantu yg dia nampak tu terus hilang. Tapi lelaki ni memula macam poyo sbb dia kaya. Dia pun tak caye kat hantu. Tapi lama-lama percaya, pastu jatuh cinta. 

 LET'S FIGHT GHOST

 Trailer :

Let's fight ghost ni drama baru 2016. Lelaki ni boleh nampak hantu, dan boleh belasah hantu tu. So dia part time "bunuh" hantu. Lepastu dia terjumpaa dengan Kim Hyun Ji (heroine) hantu perempuan yang cantikk. Dan diorang bekerjasama tuk halau hantu2.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

So, semua orang mesti ada benda yg dia tak suka bila tengok sesebuah Drama tu kan. 

Jenis-jenis KDrama yang aku tak suka
1) Episode 1 dah tahu penjahat dia, tapi episode 20 baru dapat tangkap. Sebab apa? orang atasan (polis, mahkamah, lawyer, paling teruk Hakim) main rasuah banyak sangat. Ade je halangan watak utama nak menang sbb orang jahat guna kuasa kekayaan. Sekali dua je takpe ni setiap episode ok.
2) Main cast yang tak hebat. Baik gila tanpa sebutir ego haha.
3) Heroine yang kuat curang.
4) Ending yg sampah. Maksudnya sad ending, last-last keadilan takde langsung tuk si hero. 
5) Jalan cerita yg bosan. Nak tahu camne? bila rasa tak excited langsung untuk next episode.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 BONUS~!

 OLIVIA

Olivia ni drama Indonesia. Best sinetron everrrrrrr. Romance, comedy, comedy, COMEEEEEDY. 
Sinopsis : Olivia (velove vexia) seorang pemain bola sepak, tapi dia tak dapat kelayakan untuk bertanding sbb dia perempuan. Abang olivia, Ruben kebetulan pergi ke luar negara untuk konsert dia tanpa pengetahuan parents dia. So, olivia ni kena menyamar jadi Ruben. Lagipun dia kena jadi lelaki untuk main bola sepak. Olivia kena tinggal kat hostel lelaki, dan satu bilik dengan Justin (raffi ahmad). Olivia jatuh cinta dgn Justin dan terus menyamar jadi Ruben. 
Aku rasa macam excited gilaa part dia jadi perempuan depan Justin, macam.. Alaaaaaa cantiknyaaa dia ni. Suka tengok Justin cair dgn kecantikkan Olivia ni. Cerita ni kelakar sbb banyak kali dah nak terkantoi dia menyamar. Tapi dari situ boleh nampak kesungguhan, keikhlasan Olivia ni mencintai Justin. Alaa asal teater sgt ayat haha. Ni highlyyyyyyyy recommended...... tapi tu pun kalau wujud lagi lah. Haha sbb aku tengok kat youtube, tempat lain semua dah takde. Sebab cerita ni dah lama dah. Ada 39 episode. Dah banyak kali dah ulang. Rinduuuuu nak tengok balikk. Velove vexia ni cantikkkk, with or without makeup. Kat bawah ni Ending~ 

Ending

Olivia

Ruben xD


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


BLOGGER COPYRIGHT © 2019. ALL RIGHTS RESERVED BY BLOG YANAAZLAN