Paprik Ayam.

17/1/2018 -- 11:36 PM


Assalamualaikum~~

Disebabkan harini macam rajin nak update blog, aku nak share sikit pasal resepi paprik ayam. Since paprik ayam lauk favorite aku, like seriously setiap kali makan kat luar, mesti paprik ayam punya. So aku pun decide nak study camne nak masak paprik ayam. Senang je. Senang gileeeerrr hari hari aku masak kat rumah sewa.



PAPRIK AYAM


Bahan-bahan (untuk 2-3 kali makan) :

1) Ayam (tak kisah potong atau tak) << lain : daging, sotong atau udang pun boleh >>
2) Sayur-sayur (carrot, kacang panjang, broccoli dan sebagainya....)
3) 2 serai dihiris halus.
4) 6 daun limau purut.
5) 2-3 cili api dihiris.
6) 1 bawang merah dihiris.
7) Sedikit halia dihiris.
8) 2-3 sudu cili dan bawang blend.
9) Sos cili, sos tiram dan garam.

Cara-cara memasak :  

1) Rebus ayam dulu. Air rebusan ayam tu jangan buanggg.. simpan dulu. 



2) Panaskan minyak, dalam satu senduk camtuu. Pastu masukkan 2-3 sudu cili blend. Kacauuu sampai masak dulu. Baru masukkan 2-3 sudu bawang blend. Then kacau sampai betul-betul masak, ada minyak kat tepi-tepi tu. 



3) Lepastu masukkan dalam sesudu sos tiram. Dan 3 sudu sos cili.... Kacau sampai masak. Then masukkan secubit garam.


Ekceli tiga cubit. 



4) Masukkan halia, cili api, serai dan bawang yang telah dihiris. Dan sekali dengan daun limau purut.



5) Masukkan ayam yang telah direbus sebentar tadi.... dan sekali dengan air rebusan ayam. Agak-agak lah nak kuah banyak mana. 



6) Tunggu kering sikit pastu baru masukkan segala jenis sayur. Dan tunggu sampai layu sikit.



7) Dah boleh hidanggggg~!

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Aku memang suka tengok video orang masak. Lagi nice kalau ada bunyi masakan tu sekali. Biasa tengok kat insta @masakwithpassion @raffieyusoff @eina_azman @icookweeat @ina_6758. Bagi aku bila masakan aku dapat pujian, tu macam semangat untuk aku cuba masak benda lain. I mean yang lagi berat. Setakat ni aku tahu lauk yang macam ni jelah. Rendang, masak lemak cili api tak pernah try lagi. Omaiiii favorite gegila tu. Kurma ayam, Sup ayam, Sambal ayam ✔✔✔ Ibu aku cakap sama je cara masak, benda basic macam bawang semua tu wajib ada. Cuma kena ubah sikit je. Aku tak pandai baking semua tu. Sebab kurang minat cake dan benda manis ni. Kadang-kadang kalau takde idea or bahan nak masak... main campak je. Asalkan terasa garam pun dah cukup. Senang je nak masak, cuma kena selalu masuk dapur je.... untuk memasak okay bukan minum air 😆

Okay lah lepas ni kalau rajin, aku update lagi resepi campak-campak tu. Byeeeeeee 🌺

18/1/2018 --
12:27 AM.

Second year (SEM 1) [Young, Dumb, and Broke.]

12/1/2018 -- 11:05 AM



Assalamualaikum~


 ðŸŽ‡ðŸŽ‡ðŸŽ‡ HAPPY NEW YEAR ! 🎇🎇🎇

Dah 2018.... sekaligus mengisytiharkan bahawa aku sudah 21 tahun. Okayyyy macam biasa, untuk update kalini nak cerita pasal apa benda yang berlaku sepanjang second year sem 1 ni. So....... terimalah ~ Btw lagu kat bawah ni boleh jadi peneman korang untuk baca blog ni. Bersesuaian dengan tajuk post kali ni haha


Khalid - Young, Dumb and Broke.

1) NEW HOMEEEEEE

Aku tak dapat kolej, even dah buat rayuan... takde rezeki.. So my dear housemates (semua pharmacy batchmates) carikan rumah yang dekat dengan PPUM. And Alhamdulillah dapat dekat... 15 minit jalan kaki sampai ke fakulti perubatan. Pepagi exercise je. Tapi berat tak turun pun. Hahahaaa to be honest aku lagi suka duduk luar ni. Macam mana nak explain eh, bila kalau nak balik kolej tu, aku rasa macam malas, tapi bila ada rumah sewa ni, aku lagi sukaa balik. Sebab rasa tu lain. Faham kannn?? Apa yang bestnyaa bagi aku, kalau kitorang nak buat "mini" party after Tests or Assignments, malam tu kitorang ber karaoke, mandi swimming pool, tengok movie sama sama... Bestttttttttt gilaaa okayyyy. Kadang-kadang kalau free masak sama-sama. Ilmu memasak aku pun dipupuk disini lah. Rumah kitorang dekat dengan speedmart, klinik, kedai makan, kedai fotostet dan bus stop. Macam bonus lah.

Setiap pagi aku, fira dan beberapa kawan yang lain akan datang fakulti sejam or setengah jam awal. Every pagi kalau "nasib baik" , kitorang akan terserempak dengan dua perkara ni. First, ANJING. Dibahagi kepada 2 kategori. Anjing dalam pagar (tapi takut sebab selalu menyalak setiap kali kitorang lalu) dan anjing luar pagar (tapi baik sebab setakat ni tak pernah kena kejar anjing lagi) Aku rasa anjing anjing ni dah kenal dah kitorang sebab dorang pun dah tak menyalak, dan tak pergi dekat dengan kitorang. Btw selain ular, harimau dan singa, aku paling takut anjing. Next, MAYAT. Kitorang memang kena ikut depan bilik mayat ni sebab ni je jalan paling dekat. Kiranya atas bilik mayat ni adalah dewan kuliah aku. Setakat ni aku tak pernah kena lagi. Tapi kawan aku pernah. Biasanya akan diselimutkan dengan kain hijau.... atas troli. Hehehehe



Ayuh berenang


Kolam ikan


Paprik ayam


Sebab nak jimat


2) SCHEDULE

Assalamualaikum dulu... semoga aku tak ter carut.....

Okay untuk Third sem ni, aku nak settlekan semua elektif luar dan KO-K. Dan aku berjaya. Hari Isnin kelas pukul 10AM - 5PM. Selasa (10 AM - 8 PM). Rabu (8AM - 8PM). Khamis (9 AM - 4PM). Jumaat (8AM - 12PM) Tapi dalam seminggu tu ada dua kali kitorang akan balik pukul 8 malam, or sometimes lebih dari 8 malam. Hari selasa & rabu. Penat letih semua tu ada. Selasa sebab English, dari pukul 5 PM - 7:40 PM. Kat bangunan lama fakulti engineering. Ada tangga menuju fakulti medic. That's why pilih situ sebab jimat duit takyah bayorrr GRAB. After English, akan pergi surau faculty medic, selalunya akan terus Isya' kat sana sebab biasanya pukul 7 lebih high peak, so GRAB boleh mencecah sampai RM 12 which MEMANG TAKLAHHH aku nak bayar. Dan setiap hari selasa aku dengan fira akan barai... Hahaha bayangkan lah kalau esoknya ada test.. or presentation. Next, hari rabu. Hari rabu balik lambat pun takpe sebab aku macam enjoy kelas ni. Kelas KO-K. Aku, fira, ain dengan cik ummi athirah ambik Caklempong, dan kitorang kena buat performance masa hari festival ko-k. Oh yeeee sebab aku broke, biasanya aku dengan fira masak dulu kat rumah dan bawak bekal. Hahaha nak jimat punya pasal. Hari khamis pulak, ada elektif. Aku dan fira amik Chemistry in daily life.... Tests pulak taknak kalah. Almost every week ada test. Kadang kadang sehari ada 2 tests. Mental breakdown. Tapi aku tahu, ni baru sikit je. Nanti masuk third year, lagi stress & pressure. So aku sangat kagum tengok seniors aku dah berjaya habiskan masa diorang kat sini.

Tapi aku macam kurang stress sebab ada orang tu, kalau aku stress mesti dia datang. Hahahaaa thank you 💘


tangga menuju kejayaan ke 


time ni sumpah barai sebab kelas malam 3 hari berturut pastu ada test


3) UCE

UCE ni program yang wajib kitorang join, untuk lengkapkan 8 jam program luar. UCE under Ko-k. Kitorang jadi volunteers untuk tolong orang susah. Hantar barang keperluan macam beras, minyak, susu dan sebagainya. Program start pukul 4 petang after each team dah dapat alamat rumah mana kena pergi. So setiap kereta kena ada seorang lelaki. First rumah kena pergi, sepatutnya dekat sungai buluh. Tapi waze tunjuk dekat hulu langat. Dah banyak buang masa kat situ. So kitorang proceed pergi rumah terdekat dekat PJ. Baru pergi sungai buluh tu. Banyak sangat benda jadi dalam satu hari. Part yang aku takleh lupa dalam "cerita" ni

i) Aku dengan muka sangat innocent : Tumpang tanya, ni rumah Encik H**** ke?
Makcik tengah susun sayur : Eh takkk, kat bawah tu rumah Encik razip, dia duduk dengan mak mertua dia.

ii) ((Akak tu cakap nanti dia akan tunggu kat luar rumah))
KEBETULAN ada orang gaji rumah orang ni tengah sidai baju, kitorang expect tu akak tu lah. Tapi bukan jugak.

iii) Apa yang akak tu describe environment rumah dia kat sungai buluh, sebijik sama kat ulu langat ni. Sumpah! Akak tu cakap dekat dengan kedai perabot, ada sekolah rendah nama SK sekian sekian, ada rumah kat area bukit-bukit. Semua SAMA! sebijik! TAPI faham tak macam ada serpihan "puzzle" tu tak kena, bila dia cakap rumah dia dekat dengan kuil. TEETTTTTT! kat situ dah nampak dah sebenarnya kitorang salah location. Adehhhh barai semua orang masa tu.

iv) Otw nak pergi rumah dekat area PJ, ada budak baling batu atas kereta orang dan banyak anjing. Memang ni first time aku pergi rumah macam ni. Pastu nak naik lif, tingkat yang kitorang nak pergi tu pulak lif rosak. So proceed tingkat seterusnya. Lif bukak je, gelap gilaa tempat tu. Nak taknak kena jugak redah. Nasib baik aunty tu dah tunggu kitorang siap-siap. Heheeeeeeeee comel je anak-anak dia.

Aku happy tengok dorang happy lepas dapat bantuan tu. Aku rasa menyesal pulak sebab asyik merungut takde duit semua tu. Sebenarnya ramaaaaaiii yang lagi susah. Aku je tak nampak. Bila aku volunteer untuk berinteraksi dengan mereka, baru bersyukur sangat dengan kehidupan aku yang sekarang ni. Best experience ever! Walaupun penat. Last sekali untuk self reward, kitorang makan kat mamak before balik rumah.



ツ


ok gossip apa tu


4) CAKLEMPONG


Ko-k ✔


diva ke ni


5) FINALS

Tarikh finals untuk every paper kali ni sangat sangat lah rapat... rapat macam chopstick tesco yang belum dipisahkan. Aku start final 2/1/2018, lepas tu gap sehari, then khamis jumaat sabtu, ahad gap, isnin selasa rabu. Macam keretapi je laju dia. Hari hari pukul 8.30 pagi. Aku teringat lepas jawab paper GIT, aku jadi murung stress semua tu. Sebab susah hahaa. Malam tu aku bersendirian je. Keluar sorang-sorang (9:30 malam) pergi speedmart lah, jalan-jalan tepi pool. Pastu duduk kat depan sliding door dalam gelap-gelap tengok pool, sambil baca Chem in daily life (elektif, next paper) Sampai lah pukul 11 malam, aku dah tenang sikit baru masuk rumah. Aku nangis wehhh sebab kecewa sangat dengan paper git tu. Last 2 papers memang aku tak cukup tidur. Tidur 2-3 jam je pastu study. Sama macam housemates aku yang lain. Kadang-kadang kitorang akan bincang soalan-soalan mana tak dapat jawab semua tu. Tu sebab kat rumah sekarang ni lepas isya' dah tidur (balas dendam). Last paper tu, aku macam tak productive langsung siang tu. Baca pun masuk tak masuk. So aku tidur pukul 9:30 malam sampai 12 pagi. 12 pagi sampai habis paper aku tak tidur. Oh tidur jap pukul 5:30 - 6:00 pagi sebab dah lesu sangat. Haha padan muka study last minute lagi. Hmm tapi takdelah last minute... cuma tak yakin je. Students memang macam tu kan. Ada satu paper tu, before masuk aku nak muntah sebab nervous sangat. Hahaha siapa lagi kalau nervous rasa nak muntah?

Study week :



((credit : fb @studentproblem))



SEM 3 ✓


credit 📷 : fira per


kena stay kat lecture hall dari pukul 11 pagi sampai 5 ptg sebab english


BUDDIES ♡


Congrats Kak Ara ! 🎆


selamat hari tua (18/11/2017)


Thank you Teeper ❤


Syafira


Ummi Athirah


ツ

Thank you 2017 for the unforgettable sweet memories
Yang sedih-sedih tu kita lupakan, atau jadikan pengajaran okayyyy ? 


Selamat tahun baru semuaaa ~ 
Aku harap untuk tahun 2018 ni, semua azam atau impian kita semua tercapai...... dengan jayanya. 


nah bunga api 


🎇🎇🎇 HAPPY NEW YEAR 🎇🎇🎇



16/1/2018 -- 4:58 PM


BLOGGER COPYRIGHT © 2019. ALL RIGHTS RESERVED BY BLOG YANAAZLAN