First year (SEM 2)

25/7/2017 -- 05:05 PM



Assalamualaikum.... Hai semuaaaaaaaaaaaa hello hello, lama okay tak update blog. Sekarang ni tengah cuti sem, 3 bulan. Untuk mengelakkan daripada mereput, aku kerja sekarang ni. Lagipun kena cari duit jugak untuk masuk study balik. Makin syok pulak kerja kat tempat kerja sekarang ni (EH? :p) SO, kali ni aku nak update pasal life aku sepanjang sem 2 sekali gus penutup as a first year student (!!!) Yeayyyyyyy 3 years to go. Alhamdulillah sem 2 ni makin okay, dah bertenang sikit dari sem 1. Sem 2 ni macam macam program aku join, banyak life experience aku dapat. Banyak benda aku belajar selain dari segi academic. Well, pengalaman mematangkan orang kan (macam takde kena mengena je??) Hahaaa okay lah, ayuh lah kita menyelam bersama sama dengan post kali ni. Lagu Perfect ni bagi aku memang tak ditelan zaman betul. Dengar banyak kali pun still tak bosan. Kat bawah ni aku dah letak video, korang dengar lah, nak berangan pun dibenarkan.


Ed Sheeran - Perfect.

1) PHARMNIGHT

Kitorang first year student pharmacy memang kena buat performances untuk Dinner pharmacy, atau Pharmnight. Practice sebulan lebih (kottt). Kitorang kena pergi sesi uji bakat dengan senior. Semua category including menyanyi, menari, cat walk dan main alat muzik. Paling takleh lupa, aku kena menyanyi, suara aku kan macam Ramli Sarip. Baru nyanyi dua line, seniors dah gelak. Guyss?? dorang gelak wehhhh. Merah do muka. Hahaha. So bila keputusan keluar, aku kena menari broadway. AKU REPEAT, AKU KENA MENARI (???) Serius lah, hahaha gelap terus dunia ku selepas itu....... but WAIT!! Tak pun. In fact, I enjoyed it. And I miss those moments to be honest. Kitorang punya persembahan banyak kali kena banned xD Katanya kitorang tak enjoy. HAHAHA. Tapi last-last dapat jugak perform. Aku kurus ok sbb bersenam (menari) tu. Jangan main main. So kat bawah ni antara gambar sepanjang Pharmnight. Sumpah cantik ballroom hotel ni.


"STRATOSPHERE"


Ballroom


CANTIK


Batchmates


Buddies


Broadway girls gaissss


Roommates, berminat boleh pm tepi


saya mahu terbang ke hati awak


dah sampai


Fira & Nana


:)


Notebook


2) REHLAH FARMASI

Next, Rehlah Farmasi. Ni untuk first dengan second year malay students. Untuk mengeratkan silaturahim. Gitteww. Boleh katakan, aku paling enjoy masa rehlah ni. Dorang buat macam macam permainan, dan lepastu kalau terserempak senior mesti senyum or tegur. So, kita berjaya lah kan program tu. Kitorang buat kat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur. Cantikk wehh tempat tu. Tahu kan maksudnya? Selfie!! hahahaa pantang nampak tempat lawa. 


Otw ke destinasi. Cehhh


 ❤


G52 & G53


Fira teeper


Cantik! Pemandangan ok....


3) MPIS

MPIS stands for Majlis Penganugerahan Ibnu Sina. Dinner kolej. Dinner ni dekat Marriott Putrajaya. Involve semua students yang stay dekat Kolej Kediaman Keenam, or Avicenna Residential College. Disebabkan tempat duduk nun jauh disana, aku tak dapat nak enjoy sangat performances malam tu. Pastu tak pakai spek mata pulak. Emmmm tapi takpe. Bergambar lagi penting ya anak anak.


Ok gambar ni penting ya sebab ada makanan. So macam indah gituu


Cantik


Ternyata lantai lebih menarik dari muka awak


Muka tunggu makanan 🍴




On fleek


Thank you 


 ❤


Invitation card & Notebook


4) JALINAN KASIH 

Jalinan kasih diadakan bagi memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang penyakit mental yang seringkali kita dengar. Cewahh. Aku ingat hari jumaat je, pergi sekolah menengah kat rawang, selangor. Aku antara AJK jalinan kasih, kena buat macam aktiviti-aktiviti untuk dilakukan pada hari tersebut. Program ni gabung dengan Medic students. Dari sini baru aku dapat tahu macam macam jenis penyakit mental. Boleh bayangkan tak macam mana orang yang kena ni...... emmm. Paling best sekali, tengok muka excited dorang nak tahu pasal penyakit ni semua. Ada yang berhasrat nak jadi doktor pulak tu. Alhamdulillah. 


Credit - fb @psipum


Batchmates


lol


5) JALINAN UKHWAH

Jalinan Ukhwah ni under PSIPUM. So lagi sekali program yang gabung dengan Medic, Nursing, Biomed & Pharmacy students. Program ni tiga hari dua malam dekat sungai congkak. Fyi, ni first time aku join camping. Mula mula aku taknak join sebab hari isnin after balik dari camp aku ada exam drug action. Namun begitu, atas pujukan rakan sebilik dan juga semangat berkobar-kobar, ku gagahkan jua. So study awal lah untuk test. Kitorang bertolak after maghrib hari jumaat naik bas. Tak ramai sangat join. Sampai je, lepas dengar taklimat, kena pasang khemah (first time gak aduhh) betul betul sebelah air terjun. Tengok? life experience aku sedih. Hahaha. So bermulalah first night aku kat sana. Teringat masa nak pergi toilet, nampak anjing besar, gelabah lari terus gi khemah. Pastu masa nak tidur, AJK semua macam tabur garam, baca ayat-ayat suci al-quran. Aku tidur sejam je sbb tak dapat tidur. Sebab time tu tengah emmmmmm (faham kann??) Pastu dalam hutan pulak tu. Taklah hutan mana, but still..... So esoknya bermulalah aktiviti menarik macam explorace, morning walk. Kitorang dibahagikan kepada beberapa team. Morning walk pukul 4 pagi. Tutup mata sambil pegang baju member depan, jalan-jalan. Best! Lepastu sarapan, dan explorace. Kena kumpul markah sbb nanti ada hadiah. Ok apa yang paling menarik dan paling kenangan dalam cerita ni adalah pada malam penutup. Aku gi tau korang laa annn ann, TAK MENYESAL JOIN CAMP ni. 
So kisah bermula start pukul 11 malam, third year medic students yang jalankan game ni. Before start, kitorang kena dengar rules untuk game ni. Perasaan lain gila, macam semangat lah. Aku ingat lagi ayat senior ni, "Aku tsutsugamushi, tsutsugamushi adalah mata mata....(lupa dah)....." maksud dia mendalam gak. Kena fahamkan baru boleh menang game ni. Every team ni macam ada tanah jajahan sendiri, eh aku tak tau la explain mcm mana. Before pergi tempat game tu, kitorang kena tutup mata dengan kain hitam, dan berikrar (kot??) Sampai je, each team akan ada unggun api sendiri, which kitorang kena jaga daripada serangan musuh. So basically kitorang kena kumpul serpihan serpihan monumen yang disorokkan, dengan bantuan clue yang kita dapat. Contohnya, mar mar putih, gambar rumah, atau pantun. Tahu tak perasaan kalau jumpa satu? Bangga hahah. Semangat team menebal nak mati malam tu. Bayangkan lah pukul 1 pagi pergi tempat gelap-gelap semata mata nak cari benda tu pun no hal, dekat dengan sungai lah. Perasaan takut? Takde. TAKDE OK. Lebih kepada nak menang. Habis game dekat pukul 3 pagi. Actually every monumen tu adalah cebisan maksud ayat al quran surah Ali 'Imran ayat 103.


وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آَيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan ni`mat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena ni`mat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.Qs.3:103"

Last sekali, baru faham maksud setiap apa yang disampaikan oleh AJK game ni. Objektif, kita semua ni kena bersatu, untuk membentuk satu pasukan yang kuat. Buang sikap ego dan selfish. Dalam Islam pun digalakkan untuk menjalinkan ukhwah. Tu sebab nama program ni jalinan ukhwah. Ooooohh......

 P/S : SEMUA GAMBAR CREDIT FB @PSIPUM

JUMP 4.0


Al Farabi


Campfire


F for Farabi


See? aku simpan lagi. Kain untuk tutup mata. Arghhh takleh move on helppp


Gelabah nampak anjing, ish anjing betul!


Busuk gila badan masa tu. Berpeluh, muka burn pulak tu. But best experience ever! 


6) FESENI

Niat aku join ni sebab nak merit kolej je. Aku masuk pertandingan kompang. Tak silap ni first time kolej 6 hantar kompang. Ada macam-macam lagi macam tarian tradisional, menyanyi, boria, tarian kreatif & nasyid. Kitorang akan berkompang setiap malam pukul 9. Kesian kat students yang kena dengar setiap malam hahahah maafkan kami. Dari sini lah aku tahu kompang ni ada tiga kumpulan paluan, melalu, meningkah dan menyilang. Aku? melalu je.... emm. Sambil kompang dipalu, kena buat formasi sambil berselawat. Tapak tangan pun tak rasa apa dah masa bertanding tu... Kitorang tak dapat nombor pun sebab baru lagi kan. Tapi tahun depan kalau ada rezeki, InsyaAllah join lagi. 





Belanja sikit


Rindu


7) FINALS

Masa finals, tengah bulan puasa. Seminggu study week bulan puasa, memang benda baru (well baru first year kannn) Aku macam biasa lah, burung hantu. So tak pernah terlepas sahur. Malam aku siang, siang aku malam. Faham kan? Dan apa yang bestnya? Aku masaaakkkk wuuuuuuu kk. Berbuka kalau malas gi bazaar or cafe, masak je. Hari first, masak spaghetti. Sahur kadang kadang nasi dengan tomyam. Paling sedap nasi dengan telur dadar. Masak secara haram tau.... haha selamba bapak je. So exam kali ni okay sikit lah. Aku lebih prepare dari awal. Buat semua nota awal-awal, so mostly tinggal baca balik je. Kawan kawan pun banyak tolong. Alhamdulillah result sem 2 ada lah peningkatan, for sure tak kecewa lah. 



Muka excited dah habis first year


Pharmacy society


Projek video TITAS. Royal Malaysian Police Museum, Kuala Lumpur.


And me.


Dah boleh kan? emmmmmm


8) RAYA

Untuk penutup, aku sertakan sekali gambar raya tahun 2017. Hehe enjoy! 


❤ First day RAYA 


Team kebaya


Thank you!


Ewahh comel gituu


"jemput mengata semua"


Sedang menghirup udara segar












Byeeeeee! 


25/7/2017 -- 10:29 PM

BLOGGER COPYRIGHT © 2019. ALL RIGHTS RESERVED BY BLOG YANAAZLAN