Third year (SEM 1) [Zombie year]

28/1/2019 -- 11:45 PM


Assalamualaikum semua. Saya disini ingin mengisytiharkan bahawasanya saya sudah settle dengan third year sem 1, a.k.a Zombie year. Hahaha ni Dr Amira yang bagi nama. Anywayssss, aku habis final 15/1/2019 hari tu, macam biasalah, sambut tahun baru dengan finals. Tahun ni first day raya finals........... sedihnyaaaaaaaa. Post aku yang sebelum ni pasal 20 lessons learned in 2018, actually aku nak luahkan banyak benda, tak kira lah dari segi pelajaran or perasaan. emm. Tapi tu lah, kalau cerita nanti macam "over" pulak, so to make it simple, yet bermakna, aku buat je lah pengajaran yang aku dapat masa 2018 ni. Sekarang tengah cuti sem sebulan, so memang takde makna nak kerja. Iteee nak rehat puas puasssssssss sebelum sem 2. Heheeeeee so aktiviti aku kat rumah ni 24 jam korean drama, movies. Indah betul hidup. Nahh sambil-sambil baca cerita panjang aku ni, korang play lah lagu ni banyak kali sampai bosan. Hehe


"But nothing heals the past like time
And they can't steal
The love you're born to find"
Dean Lewis - Be alright

1) SCHEDULE
Alhamdulillah, aku dan kawan kawan, dah habis sem 5. Macam aku cakap, antara banyak-banyak sem sepanjang 4 tahun ni, this sem probably one of the toughest sem for us. Sebab kena ambik 9 subjects untuk sem ni. Ada senang ada susah. Untuk sem ni, kelas memang penat, tak kasi chance langsung nak rehat. Cehh ada je rehat. Kelas hari isnin - khamis, pukul 8 pagi sampai 5 petang, hari jumaat pulak, 8 pagi sampai 12 tengah hari. Test pulak hampir setiap minggu ada. So awal awal sem tu aku dengan fira dah keluar jalan jalan sampai puas dulu sebelum menempuhi sem 5 ni. Sem ni banyak kerja, plus kena prepare untuk pharmnight. So, sepanjang sem ni, kitorang ada:

a) 14 tests (Each carry 10%)
b) 2 lab extemporaneous drug preparation test (Each carry 5%)
c) 1 lab extemporaneous drug preparation final (30%)
d) 5 lab extemporaneous drug preparation
e) 1 lab solid dosage form (kena buat tablet) + 1 PBL (kena discuss depan lecturer macam mana nak buat tablet)
f) 1 lab demo PPD untuk dissolution apparatus
g) 4 presentations
h) More than 2 online quizzes
i) 1 video regarding obesity
j) Oral glucose tolerance test (OGTT) (diabetes)
k) 1 poster anaesthesia & neurological disorders
l) 5 reports (individual/group)
m) 4 assignments

Banyaaaaaaaaaakkkkkkkkkkk kan? Alhamdulillah semua dah lepas. Untuk next sem ni, kalau tak silap ada 7 subjects kot kena ambik. Emm semoga semua dipermudahkan. Aku dah start study, bukan untuk exam, tapi sebab aku kena tahu knowledge pasal ubat-ubatan yang aku study ni. Kalau tak nanti camneee nak berlari ke korang untuk bagi ubat nanti kannnn. Haha. Sebab aku tahu, masa kerja nanti, 3 kali ganda (ke lebih?) penat, mencabar dari zaman belajar ni. Semua orang cakap macam tu. Aku fikir gaji je lah nanti............ Tapi tu lah, somehow aku rasa tak sabar nak habiskan belajar, cari kerja dan start kumpul duit sendiri. Dari situ, baru boleh start pasang impian kan. Tak sabar, tapi tu lah, boleh ke aku nak hadap zaman kerja nanti pulak? Arghhh stressssssssss lak aiii pikir pasal masa depan ni. Sem ni setiap kali hari khamis ada lab extemp. Kitorang kena buat ubat (cream, emulsion, oinment, capsules, suppositories, etc) dengan berpandukan buku BNF dan british pharmaceutical codex (BPC). Pagi tu ada kelas endocrine, pukul 8-10 pagi, lab extemp pulak start pukul 10 pagi sampai 1 petang. Lepastu boleh balik. Penattttt sangat sebab setiap minggu kena prepare 3 jenis ubat based on prescriptions doctor. But somehow I enjoyed it. Hohooo mampus kalau kawan kelas tahu ni. Masa lab tu, kitorang kena approach Dr if ada salah dekat prescription tu, contohnya macam dose regimen ke, diagnosis ke, atau takde tanda tangan ke. Haaa lebih kurang gitu lah pastu baru boleh start buat ubat tu. Nanti masa kerja as pharmacist pun kena buat macam ni jugak. Setiap kali balik dari lab, wajib tidur after solat zohor. Setiap kali tu lah aku asyik mimpi je pasal lab extemp tu. Ada 7 kali lab, 7 kali tu lah aku mimpi. Nasib baik dah lepas semua tu. Hahaaa. Good things untuk sem ni, aku macam kurang stress untuk pelajaran, susah tu memang susah, tapi entah lah. Maybe dah terbiasa dari sem 1 stress, so macam dah boleh adapt (future me be like: ooo ko tunggu la nanti final year dengan fyp lagi, clinical clerkship lagi haa hadap la kooo) plus maybe environment aku healthy. Aku ada kawan yang supportive, macam fira. Agak agak macam lifeless nak mampus sebab asyik terperap dalam rumah sebab study je, kitorang keluar gi makan kejap, or jalan jalan kejap. Find yourself kawan macam fira (ok fira aku dah mention nama kau ni) Haaa lagi satu, lecturers pharmacy ni, ya Allah baik sungguh. Dah lah ajar faham, lepastu takde nak pressure sangat kitorang (assignments semua tu banyak sebab subjects banyak so......) I mean, tak garang pun. They always want to help us, tak kira lah dari segi belajar ke, or manage stress. Ada sekali tuu, masa tu semorang nampak stress, kira macam that particular time was the peak where everyone has to deal with their own stress, lecturer pun concern sampai bagi poster pasal depression, kat siapa kena contact semua tu lah. Aku sukaaaa sangat belajar kat UM ni, bersyukur masuk sini. Tak sangka sebab layak belajar kat sini.

So, how did I manage my stress during this sem? Keluar je lah dari kepompong yang buat kau stress tu, contohnya macam 24 jam dalam bilik je study, take your time untuk berehat kejap, keluar lah pergi makan ke, beli make up ke. Asalkan keluar. Bak kata Dr Amira, dont forget to be a human. Sebab Dr cakap kitorang dah macam robot dah hahah. Next, keep your environment with positive vibes. Kau dapat markah rendah, takpe lah maybe bukan rezeki, dah usaha kan? So tanam dalam diri yang untuk next test, kau nak improve markah tu jadi better. Jangan biarkan benda macam tu buat kau down dalam masa yang panjang, move on je. Effort won't betray you. Third, setiap kali belajar, faham tu lagi penting dari hafal, of course certain things memang kena hafal, tapi cuba fahamkan dulu. Baru boleh nampak the whole picture. Tapi kadang-kadang aku tak faham pun, cuba cari alternatif lain untuk bagi faham, contoh macam tengok youtube ke, or tanya kawan/lecturer. Jangan lupa berdoa, mintak ikhlaskan hati yang kau belajar kerana Allah, dan semoga ilmu yang kau belajar harini, bermanfaat untuk masa hadapan. Manage your time properly, ok lah jujur aku sendiri pun tak pandai manage masa pun. Tapi bila dapat assignment, kalau boleh jangan tangguh buat. Lagi-lagi kalau assignment tu datang sekali banyak. Macam aku, time cuti midsem hari tu, aku macam tak cuti sebab settlekan semua assignments. Haha tapi percaya cakap aku, benda tu akan menyenangkan kau. Susah-susah dahulu, senang tu kemudian okay? Ni follow tips dari kawan serumah, dia setiap hari akan revise balik apa yang lecturer dah ajar, secara konsisten (tapi aku tak buat pun xD). To add more, selain bab belajar, mesti pernah jugak stress sebab cinta kan? Bagi aku, kalau Allah dah takdirkan orang tu jodoh kau, pergi lah jauh mana, bergaduh lah besar mana pun, akhirnya tetap bersama. Kalau takde, mungkin kau deserve better. Jangan ambik masa lama sangat biarkan hati kau menangis pasal cinta ni. Move on, lupakan dia dan tengok lah korean drama banyak banyak. Sesungguhkan ramai oppa yang handsome buat terapi mata kau. Lastlyyyyyy, masa finals haritu, kalau lupa certain perkataan, letak tangan belakang tengkuk, dan guna zikir ni, (dapat dari twitter)

ياذاالجلال والإکرام
 Ya Dzal Jalali Wal Ikram - Wahai Yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan.

PBL discussion 📓

Solid dosage form lab 💊

Group 1 ✔️

Leaflet by me

Anjir yang stress

Masa ni baru lepas habis semua test sem 5 ni, kalau tak silap. Dengan ributnya, namun tetap tidak mematahkan semangat fira dan yana untuk pergi makan family mart

Cantikkan? Dah lama tak mandi kat sini

Masa nak pergi kelas pukul 6.50 pagi, awan cantik sangat


2) FINAL EXAMINATION
Study week sem ni, makin banyak subject makin kuat pulak aku buang masa main twitter, insta semua tu. Nasib baik tak buat gila tengok kdrama, tu pun ada cuba cuba. Trust me this was the most unproductive study week everrrrrrr. Antara faktornya mungkin sebab lama sangat (2 minggu) atau masa tu mood swing memang takde mood langsung nak study. Dengan muka break out lagi, aku memang takde hati langsung nak jaga muka elok elok, so padan muka sekarang ada kesan jerawat. Kali ni Jasmine (Jerawat) aku pindah dekat pipi belah kanan pulak, dagu memang ada. Lepastu baru perasan masuk sem 5 ni jarang aku pakai aloe vera malam malam. Memang malaszzzz sangat nak jaga muka. Kusam kulit, plus jerawat, dark circle. Untuk finals sem ni, 2 minggu, dari 4 januari sampai 15 januari. Hectic nak mampuuzzz, ada gap sehari, lepastu 3 paper berterusan, gap sehari, 4 paper berterusan. Semua paper 8:30 pagi - 10:30 pagi. Alhamdulillah aku takde demam final kali ni. Sihat, cuma pening sikit sebab tak cukup tidur. Lepas balik jawab satu paper, balik tu wajib tidur kejap sebelum study untuk next paper. Satu je lah aku suka jadual macam ni, rasa cepat je berlalu. Ada hari aku tidur pukul 3 pagi, ada pukul 1 pagi, 2 pagi, pernah sekali tidur sejam je. Hari hari wajib minum nescafe. Penattttt sumpahhhhh. Kalau tak boleh tahan, aku call ibu dengan ayah. Hahah lepas call, baru boleh study balik. Tapi kadang kadang aku risau jugak kalau selalu macam ni time final, risau pengsan je time jawab. Ada satu paper tu, aku blank gila nak jawab, sampai nak nangis dah sebab blur sangat tak tau nak jawab apa. Lepastu, sikit..... sikit....... apa yang aku study tu datang. Takut lahhhh kalau lepasni jadi macam tu lagi. Otak penat sangat. Last day final, ada perjumpaan dengan lecturer kejap, lepastu dapat nasi ayam free. Haha aku macam dah happy gila sebab time tu memang lapar. Setiap kali exam memang tak breakfast sebab takut sakit perut masa jawab. Lepastu..... nasi....... tu..... jatuh.......... aku menangis...... tepi tembok PPUM...... hahahahaaha bayangkan sambil jalan nak balik rumah, boleh aku stop kejap nak duduk sebab menangis. Tersedu sedu menangis sambil jalan kaki. Bengkak mata hahaha. Aku malu sebenarnya dengan fira hahaha, puas dia pujuk. Baik doh, last sekali share sama sama nasi ayam dia. Sebenarnya lapar tu bukan punca utama aku nangis pun, sebab penat je sebenarnya. Tak cukup tidur, fizikal, mental, dua dua penat. Tambah pulak tengah lapar. Aku memang macam ni lah, jangan lah tak cukup tidur, kalau tak memang menangis hahahaha. Wehhh tahun 2018 ni dah dua kali dah ni aku nangis time tengah jalan kaki. Cengeng lah liyana ni. Lepas balik rumah sewa tu, kitorang siap-siap, keluar jalan jalan nak release segala tension sem 5 ni. Ahhhhhhhhhhh lifes gooooooooooood. Rasa macam beban yang aku pikul sepanjang sem 5, ringan terus. Tak sangka sebab dah habis! Haha

Fira yang stress

Fira tengah revise before exam anaesthesia & neurological disorder

Fira dan liyana nak pergi cafe untuk makan sebab tak breakfast. Masa ni lagi dua paper tinggal hehehe

7 pagi -- Exam dekat perdana siswa.

Dah ada cctv dalam exam hall, every row pulak tu

❤️ Batch 2016/2020 ❤️

Ibu ganti balik nasi ayam yang dah jatuh tu 😭

masa tengok soalan final be like

3) BIRTHDAY
My birthday, 18 November 2018. Hari ahad, keluar dengan kawan. Tengok wayang, jalan jalan. Ohh ada orang belanja semua time haritu. Thank you, you know who you are :D Macam biasa lah, tak pernah sambut birthday. Hahah ciannnnnnn. Tapiiiii fira ada bagi hadiah cincin, tanda persahabatan kitorang hahahaha cehhh.

"Happy birthday liyana! Please know that you are surrounded by loving, supportive, positive people. Jaga kesihatan, jaga makan, jangan selalu sangat makan pedas, lagi lagi maggi pedas giler kau tu. Hahah, sentiasa appreciate orang sekeliling, jangan lupa jasa keluarga. Kalau rasa stress, baca balik blog kau ni. Buat yang terbaik untuk setiap benda yang kau buat. Jangan tinggal solat. Jangan cepat sangat bagi harapan dekat orang, jangan cepat jatuh cinta (you know how hard it was kan) Teruskan goal 2019 kau tu. Nak kurus dengan ada kulit cantik kan? Jangan berangan nak kumpul duit, ingat sikit kau tu pinjam ptptn je, so beringat lah jangan shopping selalu, jangan beli baju selalu, sedar lah diri tu....... Kalau nak makan, berpada-pada lah. Tahu kan struggle nak mampus masa nak turunkan berat haritu? Haa so kurangkan lah nafsu makan tu.... banyakkan berpuasa. Jangan menangis dah masa jalan kaki, malu oii orang lalu lalang tengok, masalahnya kau tu time nangis dah lah hodoh. Semoga suatu hari nanti, apa yang kau selalu impikan, tak kira lah dari segi hidup kat dunia atau akhirat, dari segi kerja, dari segi rumah idaman, kau nak grad dan ada license as a pharmacist, kau nak balas balik jasa ibu dengan ayah, sampai lah kau kahwin dengan pasangan seumur hidup kau, semuanya tercapai. You will always be loved, tak ramai pun, tapi still ada. Okay?" 
From liyana to liyana


Thank you fira per


Nak spam banyak banyak gambar aku

💛 18 November 2018 💛

Liyana

Najwa

Huhuuu

Emmm

Ececehh

Acacacahh


4) RANDOM PICTURES 2018

Gambar masa Along tunang - 22 December 2018

Along and her fiance. Ecehh

Fikri, Ayah, Along, Ibu

Fikri, Along dan perempuan cantik

 ❤️ Ibu dan Ayah ❤️

Ibu kiteeee


Sirih junjung by nenek

Sedap ni

Hantaran

Hehehe

Bila along yang tangkap gambar

"Ok ko tangkap gambar aku ni, aku tengah acah ni"

Aiman hakim 😀

Sebenarnya

Congrats Along & Fikri! May Allah bless ❤️


Gambar Syada (cousin) kawin - 29 September 2018

so memang takde siapa ye nak duduk tepi ai?

Arina Syazana

Malam berinai, tema baju kelawar

Gigih ok cari dekat kawanmu after balik naik lrt dari UM

Congratulations Syada & Faridzul!

Tasya, along dan perempuan cantik

Ok ni candid acah gelak

Tapi ni aku gelak betul betul

Ewahhh konon bidadari dari langit yg terdampar atas muka bumi lah ni

Hehehe

Hahaha

ni paling bangang hahahaha


Graduation day! - 23 October 2018

Congrats kak Aida & kak Ain

Buddies third year 💗

Nanti kita pulak okay?

❤️ Buddies ❤️


RANDOM PICTURES 2018

📷 Fira

Rumah rapunzel. Ingin ku panjat dedaun itu

Teeper

Fira per

💙 2018 💙

Angle je ok

Masa awal awal sem, keluar dengan fira before menempuhi sem 5

ok kejap nak buat buat ambik barang

Times square with per

❤️ Fira per ❤️

Lepas settle semua finaaaal

Liyana dan KFC berpisah tiada

Yang se jong hehehehehe


Thank you 2018! 🎇🎆


4:24 AM -- 29/1/2019
BLOGGER COPYRIGHT © 2019. ALL RIGHTS RESERVED BY BLOG YANAAZLAN