Hasil tangan II.

Assalamualaikum~
11/2/2017 -- 10:50 P.M

Haiiii memandangkan harini bosan takde buat apa-apa, aku nak share hasil tangan aku. Sebelum ni ada update pasal ni, *KLIK* .

1. Guest Book
Okay ni first and last (maybe) aku buat guest book. Masa ni tak silap aku time cuti lepas SPM kot. Mula-mula takda idea langsung nak buat macam mana. Siap beli teddy bear yang kecik tu untuk muka depan. Tapi nampak serabut. So nak make it simple, lagi lawa. Dan bagi aku colour hitam ni nampak mewah, plus hot pink tu. Btw ni wedding sepupu aku, punya sepupu. Heheeee before this memang takde pengalaman. Aku nak cas pun takut-takut. Ambik masa less than a week tapi berjaga malam la. Tak cantik macam orang lain buat lah tapi aku puas hati sebab ni 100% guna tangan. Muka depan ni guna cardboard, sticker huruf, bunga hitam dan rama-rama. Kalau sesiapa berminat, cehhh macam ada je. Boleh je kalau nak tempah kalau tak busy lah. Nampakk? tadi kata last buat. Biasalah hati kita ni Allah yang pegang. Senang berbolak balik *salam usrah gais*

Ni muka dalam. Ada 35 pages. Pada asalnya, kat atas ni hanyalah A4 colour hitam sahaja. Tapi aku gunting guna gunting corak-corak tu, pastu tebuk kat tepi kertas tu, yang bunga-bunga oren tu. Belakang tu aku tampal kertas warna oren pulak. Then gunting la hiasan kat dalam tu. Dengan ribbon. Tulisan pulak guna marker pen gold. Setiap page macam ni, so memula susah la jugak nak kekal kan tulisan tu. Dan tetamu akan tulis guna marker pen silver yang aku provide.

Bahagian belakang. Kosong je. Dan attach semua menggunakan single ring binder.

Maafkan saya kalau mahal

Done :)

2. Deco
Aku rasa aku memang peminat rama-rama lah. Gambar atas ni origami rama-rama yang pelbagai saiz. Penat dan bosan jugak lah buat banyak-banyak ni. Kalau nak tutorial, *KLIK* di sini yaa. Sepatutnya jadi macam kat atas ni. Tetibaaaaa..

Bentuk berudu :( 
Aku lekat guna double tape je, dan ni dekat ruang tamu. 

Ni baru jeee aku buat, 2017. Masa cuti sem 1. Yang bentuk love tu, hampir menjadi dari apa yang aku gambarkan. Tapi takpelah. Tu rama-rama yang berwarna warni. Hahaa colour dia macam tak masuk sangat, tapi aku guna kertas yang ada je malas nak beli kertas lain. Rama-rama tu gunting je, bukan origami. Mampuihh nak buat banyak-banyak macam tu. Semua sama saiz.

Ok ni pulak aku lukis sendiri kat cardboard hitam, lepastu gunting/potong. Aku suka yang burung tu. Omg nampak real sangat *sedang memuji diri sendiri* Lengkap dengan nama aku sekali xD

3. Graduation card
Graduation card untuk buddy Kak Auni :) Haha dia lawa sangat. Aku guna manila card pink. Lepastu yang scroll guna A4 putih dan gulung, pastu gamkan ribbon sikit. Cap pulak lukis je tapi macam timbul sikit, sebab lipat.

Bahagian dalam. Gambar kak Auni dan buddies, quotes, wishes from buddies, stay beautiful (of course :)) and ada surprise dalam kotak tu. Senang je buat kotak tu, *KLIK*

    Tadaaaaaaa 

Untuk kak Alin :) Tulisan tu guna sticker je. Dan lukis gambar orang tengah pegang scroll. Bahagian bawah tu pulak guna puncher untuk decorations.

Bahagian dalam. Kak Alin pun dapat bearrrr!! hahaa. Ada tulisan Well done, nama buddy, wishes from buddies, gambar buddies, card open me, dalam tu ada surprise... 

Tadaaaaaaaaa 

Bahagian dalam card sebelah well done tu ada ni pulak. Haha aku takde idea ni buat apa. Yang love tu warna-warna, kertas bertindih. Tapi dalam gambar tak nampak pulak. Pastu ada macam pocket untuk letak card.

Gambar buddies, kak Alin, quotes :)

[UPDATED 17/1/2018] 
Untuk Kak Ara!! Fav buddy gituuu. Hahaha. Yang ni semua handmade. Nama tu guna kertas glitter warna gold, and aku guna tali yang size kecik, warna pink dan gam dekat sekeliling nama tu. Memang ambik masa, sebab nak puas hati punya pasal 😃 Gambar cartoon tu pun buat sendiri jugak. Lukis kat kertas warna, then gunting. Pastu ada 3 card "special" untuk Kak Ara bukak....

First, yang OPEN ME tu, bila bukak akan ada wishes from buddies third year & final year.

Second, WANT MORE?? Wishes from second year buddies 😀

Third, this one. Aku ikat guna tali pink tu. Dan letak rama-rama atas tu....

Tadaaaaaaaaaaaa, keluarlah gambar kami ~

So inilah rupa bila card tu dibuka.

Aishhh takleh move on bila ada sorang aunty ni cakap, "is this your uni project? so beautiful~~"
Eh malu kite.


Tahniah seniors yang dah grad! Ketahuilah bahawa anda sumber inspirasi saya

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
mengenang kembali saat itu

Aku rindu sangaaaaat nak buat deco-deco ni lagi. Penat, kekadang tak tidur semata-mata nak sampai puaskan hati. Tapi hasilnyaaa, berbaloi sangat. Lagi-lagi kalau ada orang puji, kembang semangkuk terus. Aku tak sabar nak ada rumah sendiri, nak decor sendiri. Macam-macam dalam otak aku nak decorate cemmana. Yang pasti, aku suka black-white-grey colour untuk decoration rumah. Dan tambahkan sikit warna warni, sikit je. Doakan aku berjaya ok! 

First year (SEM 1)

Assalamualaikum ~~

10/1/2017 -- 02:00 A.M

Haaaaaaaaai ok lama gila tak update blog. Kan aku ada post sebelum ni pasal aku masuk UM kannn. Alhamdulillah 28 August 2016, pendaftaran diri. Dorang bagi lah borang semua yang patut diisi. Pastu dah settle, angkat barang ke bilik. Dari dewan kolej aku tu, sampai blok bilik jauh sangat rasa. Pastu bilik tingkat 4 -_- Aku dapat KK6. Cantik sangat kolej tu. Blok kitorang selang seli dengan lelaki. Kira kalau berdiri kat koridor tu boleh sangat nampak blok lelaki. Tapi aku tingkat 4 kan (btw GF aku panggil tingkat 1) soooo tertutup sikit. Sebab cam ada penghadang. Ok sambung.. masa nak angkat barang tu ayah adik aku tolong. Aku pulak pack barang macam nak duduk 4 tahun terus. Tak sangka pulak tingkat 4. Aku ter nangis sbb nampak ayah aku bawak barang, pastu jatuh. Hahaaaaa tambah pulak adik aku cam lighter tak habis habis buat aku rasa bersalah. Pastu tiba lahh masa kena berpisah. Ya Allah bersyukur dapat tempat belajar yang dekat dengan family.

 Hai tengah nangis ke kak

1. MHS

Bermulalah Minggu Haluansiswa UM dan kitorang ni "freshies" Masa memula je dah kena menari. HAHA! kena buat cheers. Lepas dah settle segala hal dokumen, jadual kitorang dah fix. Setiap hari kitorang kena berkumpul pukul lebih kurang 5:30 pagi untuk solat subuh berjemaah. Alaa lupa pulak jadual tapi lebih kurang macam ni, pukul 6:30 kot latihan games yang bakal bertanding. Btw aku masuk futsal. Sampai 7 pagi, start gerak DTC, kat situ lah freshies dari course lain berkumpul. Masa memulaa masuk, memang semangat gilaaaaaa nak buat cheers, nak lawan Kolej mana paling kuat, paling gempak. Kat DTC ada lah program-program, persediaan sebagai pelajar degree.
Sepanjang minggu tu berubah perangai, dari malu malu kucing, sejak masuk DTC aku tak tau nak define camne dah. Last sekali habis MHS suara Ramli Sarip. Pastu kitorang balik kolej, mesti macam macam aktiviti buat. First sekali berlatih cheers, eh kitorang dibahagikan ikut sel. Aku sel 3 :D Kekadang ada games lawan antara sel. Yang aku ingat, ada satu game ni, kena cipta nama company, slogan company based on gambar yang diberi. Nama company kitorang, Inhale in hell, pscyber (psycho + cyber) Company ni macam jadi pembunuh upahan. Haha kreatif betul mereka. Banyak sangat nak cerita secara detail. Tapi yang aku tahu aku happy lah masa MHS ni. Seminggu berlalu rasa lamaaa gilaa. Pm semua baik-baik. Kira tak stress lah. Aku paling takut orientasi Universiti ni. Tapi end up jadi pengalaman paling indah untuk aku :) Wehhhhh aku ingat lagi, time tu dekat depan hepa, KK6 tengah berkumpul, tetiba ada kolej lain lalu, kolej 6 buat cheers "Ciku ciku chaaaaaaak ciku ciku cak cakk mmuah mmuah". Emm ok. Pastu dorang balas "kutip kutip kutip simpan.. kutip kutip kutip simpan.. Opss dah penuh, thank you" Yang kutip simpan tu sambil buat love korean tu hahaha.

Malam penutup paling ditunggu tunggu. Masa tu semua cheers, gaya menari untuk setiap lagu dah ada dalam kepala, kira dah ingat step. Hahahaa excited ok, semangat lain macam. Semua kolej aku suka cheers dorang. Semua gempakzdfd9fivjrfgdkvllllrgvsdf. Malam tu ada persembahan, penyampaian hadiah, last sekali perlawanan cheers antara kolej kolej. Kat bawah ni ada video yang aku sempat rakam, kat twitter @mhs_UM ada banyak cheers.










Sebab pernah terlambat masa orientasi

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Updated : 7/2/2017 -- 06:00 P.M

2. AG

Annual Gathering. Kitorang yang first year pharmacy, kena buat event sendiri, dengan pertolongan faci. Semua mesti buat persembahan. Macam aku, aku buat choral speaking. Dan aku ahli kumpulan deco. So, backdrop, signature board semua yang deco-deco tu, kitorang buat. Kitorang ada 3 minggu sebelum AG. Sepanjang tu lah memacam kitorang prepare, performances, practice dan semua tu lah. Kitorang kena kenal semua nama batchmates, dan nama seniors. Pengalaman menarik sepanjang 2016, sebab kitorang macam bersatu tak kira kaum, bangsa dan agama. Cehh. Masa ni lah sesi kenal-kenal dengan seniors, kawan-kawan. Aku rasa kalau takde AG, mungkin jarang bertegur kot dengan batchmates, selain tu, bakat. Sebenarnya baru aku tahu ada bakat sendiri. Last day, iaitu masa event tu, kitorang dapat buddy!!! (Seniors dari second, third and final year)


is it too late now to say sorry

/

"KRYPTONIANS RESURRECTION"


CHORAL SPEAKERS


BUDDIES


Blue cap run.



Geng jogging.


18/11/2016. Officially nineteen! :)


Exam.
[Credit - nana]


After final examination. Muka so barai 


Sem 1, tamat.


Byeeeeeeee 2016. You've been good to me.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Okay patutnya dari bulan satu nak update, tapi aku takde mood sebab risau dengan result sem 1. 12/2/2017 ni aku dah masuk sem 2. Alhamdulillah semua lulus, tapi pointer kecewa. Kecewa. Walaupun permulaan ni tak berapa cantik, InsyaAllah lepasni aku try buat lagi bagus untuk naikkan balik pointer. Hmm sedih. Ok move on, ada lagi banyak sem untuk perbaiki. Hikmahnya, aku boleh nampak tang mana yang salah dalam cara aku study ni. Study last minute memang tak boleh apply dah dekat U lagi-lagi course macam ni. Dengan aktiviti kolejnya, fakulti lagi sebab nak dapat merit. Nak stay kolej. Aku yang sememangnya tak aktif dari sekolah pun terkial-kial. Ruginyaa. Baru rasa ruginya aku tak aktif dalam semua benda. Serious kalau ada rezeki ada anak, aku nak dia ceburi bakat, pengalaman dari sekolah lagi. Semangat tak? Sebab susah lah kalau masuk U takde bakat macam aku ni. Tengok je lah, ada gitar tapi tak lah reti reti nak belajar main. Padahal dari dulu lagi ada masa.. Korang yang belum masuk U lagi, atau dah, aktif aktif lah ye dalam semua benda. Rebut peluang lagi-lagi masa sekolah.


Ikhlas, 
aku yang menyesal.


&


❤ Happy new year ❤
BLOGGER COPYRIGHT © 2019. ALL RIGHTS RESERVED BY BLOG YANAAZLAN