Hasil tangan II.

Assalamualaikum~
11/2/2017 -- 10:50 P.M

Haiiii memandangkan harini bosan takde buat apa-apa, aku nak share hasil tangan aku. Sebelum ni ada update pasal ni, *KLIK* .

1. Guest Book
Okay ni first and last (maybe) aku buat guest book. Masa ni tak silap aku time cuti lepas SPM kot. Mula-mula takda idea langsung nak buat macam mana. Siap beli teddy bear yang kecik tu untuk muka depan. Tapi nampak serabut. So nak make it simple, lagi lawa. Dan bagi aku colour hitam ni nampak mewah, plus hot pink tu. Btw ni wedding sepupu aku, punya sepupu. Heheeee before this memang takde pengalaman. Aku nak cas pun takut-takut. Ambik masa less than a week tapi berjaga malam la. Tak cantik macam orang lain buat lah tapi aku puas hati sebab ni 100% guna tangan. Muka depan ni guna cardboard, sticker huruf, bunga hitam dan rama-rama. Kalau sesiapa berminat, cehhh macam ada je. Boleh je kalau nak tempah kalau tak busy lah. Nampakk? tadi kata last buat. Biasalah hati kita ni Allah yang pegang. Senang berbolak balik *salam usrah gais*

Ni muka dalam. Ada 35 pages. Pada asalnya, kat atas ni hanyalah A4 colour hitam sahaja. Tapi aku gunting guna gunting corak-corak tu, pastu tebuk kat tepi kertas tu, yang bunga-bunga oren tu. Belakang tu aku tampal kertas warna oren pulak. Then gunting la hiasan kat dalam tu. Dengan ribbon. Tulisan pulak guna marker pen gold. Setiap page macam ni, so memula susah la jugak nak kekal kan tulisan tu. Dan tetamu akan tulis guna marker pen silver yang aku provide.

Bahagian belakang. Kosong je. Dan attach semua menggunakan single ring binder.

Maafkan saya kalau mahal

Done :)

2. Deco
Aku rasa aku memang peminat rama-rama lah. Gambar atas ni origami rama-rama yang pelbagai saiz. Penat dan bosan jugak lah buat banyak-banyak ni. Kalau nak tutorial, *KLIK* di sini yaa. Sepatutnya jadi macam kat atas ni. Tetibaaaaa..

Bentuk berudu :( 
Aku lekat guna double tape je, dan ni dekat ruang tamu. 

Ni baru jeee aku buat, 2017. Masa cuti sem 1. Yang bentuk love tu, hampir menjadi dari apa yang aku gambarkan. Tapi takpelah. Tu rama-rama yang berwarna warni. Hahaa colour dia macam tak masuk sangat, tapi aku guna kertas yang ada je malas nak beli kertas lain. Rama-rama tu gunting je, bukan origami. Mampuihh nak buat banyak-banyak macam tu. Semua sama saiz.

Ok ni pulak aku lukis sendiri kat cardboard hitam, lepastu gunting/potong. Aku suka yang burung tu. Omg nampak real sangat *sedang memuji diri sendiri* Lengkap dengan nama aku sekali xD

3. Graduation card
Graduation card untuk buddy Kak Auni :) Haha dia lawa sangat. Aku guna manila card pink. Lepastu yang scroll guna A4 putih dan gulung, pastu gamkan ribbon sikit. Cap pulak lukis je tapi macam timbul sikit, sebab lipat.

Bahagian dalam. Gambar kak Auni dan buddies, quotes, wishes from buddies, stay beautiful (of course :)) and ada surprise dalam kotak tu. Senang je buat kotak tu, *KLIK*

    Tadaaaaaaa 

Untuk kak Alin :) Tulisan tu guna sticker je. Dan lukis gambar orang tengah pegang scroll. Bahagian bawah tu pulak guna puncher untuk decorations.

Bahagian dalam. Kak Alin pun dapat bearrrr!! hahaa. Ada tulisan Well done, nama buddy, wishes from buddies, gambar buddies, card open me, dalam tu ada surprise... 

Tadaaaaaaaaa 

Bahagian dalam card sebelah well done tu ada ni pulak. Haha aku takde idea ni buat apa. Yang love tu warna-warna, kertas bertindih. Tapi dalam gambar tak nampak pulak. Pastu ada macam pocket untuk letak card.

Gambar buddies, kak Alin, quotes :)

[UPDATED 17/1/2018] 
Untuk Kak Ara!! Fav buddy gituuu. Hahaha. Yang ni semua handmade. Nama tu guna kertas glitter warna gold, and aku guna tali yang size kecik, warna pink dan gam dekat sekeliling nama tu. Memang ambik masa, sebab nak puas hati punya pasal 😃 Gambar cartoon tu pun buat sendiri jugak. Lukis kat kertas warna, then gunting. Pastu ada 3 card "special" untuk Kak Ara bukak....

First, yang OPEN ME tu, bila bukak akan ada wishes from buddies third year & final year.

Second, WANT MORE?? Wishes from second year buddies 😀

Third, this one. Aku ikat guna tali pink tu. Dan letak rama-rama atas tu....

Tadaaaaaaaaaaaa, keluarlah gambar kami ~

So inilah rupa bila card tu dibuka.

Aishhh takleh move on bila ada sorang aunty ni cakap, "is this your uni project? so beautiful~~"
Eh malu kite.


Tahniah seniors yang dah grad! Ketahuilah bahawa anda sumber inspirasi saya

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
mengenang kembali saat itu

Aku rindu sangaaaaat nak buat deco-deco ni lagi. Penat, kekadang tak tidur semata-mata nak sampai puaskan hati. Tapi hasilnyaaa, berbaloi sangat. Lagi-lagi kalau ada orang puji, kembang semangkuk terus. Aku tak sabar nak ada rumah sendiri, nak decor sendiri. Macam-macam dalam otak aku nak decorate cemmana. Yang pasti, aku suka black-white-grey colour untuk decoration rumah. Dan tambahkan sikit warna warni, sikit je. Doakan aku berjaya ok! 

No comments:

Post a Comment

BLOGGER COPYRIGHT © 2019. ALL RIGHTS RESERVED BY BLOG YANAAZLAN