Paprik Ayam.

17/1/2018 -- 11:36 PM


Assalamualaikum~~

Disebabkan harini macam rajin nak update blog, aku nak share sikit pasal resepi paprik ayam. Since paprik ayam lauk favorite aku, like seriously setiap kali makan kat luar, mesti paprik ayam punya. So aku pun decide nak study camne nak masak paprik ayam. Senang je. Senang gileeeerrr hari hari aku masak kat rumah sewa.



PAPRIK AYAM


Bahan-bahan (untuk 2-3 kali makan) :

1) Ayam (tak kisah potong atau tak) << lain : daging, sotong atau udang pun boleh >>
2) Sayur-sayur (carrot, kacang panjang, broccoli dan sebagainya....)
3) 2 serai dihiris halus.
4) 6 daun limau purut.
5) 2-3 cili api dihiris.
6) 1 bawang merah dihiris.
7) Sedikit halia dihiris.
8) 2-3 sudu cili dan bawang blend.
9) Sos cili, sos tiram dan garam.

Cara-cara memasak :  

1) Rebus ayam dulu. Air rebusan ayam tu jangan buanggg.. simpan dulu. 



2) Panaskan minyak, dalam satu senduk camtuu. Pastu masukkan 2-3 sudu cili blend. Kacauuu sampai masak dulu. Baru masukkan 2-3 sudu bawang blend. Then kacau sampai betul-betul masak, ada minyak kat tepi-tepi tu. 



3) Lepastu masukkan dalam sesudu sos tiram. Dan 3 sudu sos cili.... Kacau sampai masak. Then masukkan secubit garam.


Ekceli tiga cubit. 



4) Masukkan halia, cili api, serai dan bawang yang telah dihiris. Dan sekali dengan daun limau purut.



5) Masukkan ayam yang telah direbus sebentar tadi.... dan sekali dengan air rebusan ayam. Agak-agak lah nak kuah banyak mana. 



6) Tunggu kering sikit pastu baru masukkan segala jenis sayur. Dan tunggu sampai layu sikit.



7) Dah boleh hidanggggg~!

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Aku memang suka tengok video orang masak. Lagi nice kalau ada bunyi masakan tu sekali. Biasa tengok kat insta @masakwithpassion @raffieyusoff @eina_azman @icookweeat @ina_6758. Bagi aku bila masakan aku dapat pujian, tu macam semangat untuk aku cuba masak benda lain. I mean yang lagi berat. Setakat ni aku tahu lauk yang macam ni jelah. Rendang, masak lemak cili api tak pernah try lagi. Omaiiii favorite gegila tu. Kurma ayam, Sup ayam, Sambal ayam ✔✔✔ Ibu aku cakap sama je cara masak, benda basic macam bawang semua tu wajib ada. Cuma kena ubah sikit je. Aku tak pandai baking semua tu. Sebab kurang minat cake dan benda manis ni. Kadang-kadang kalau takde idea or bahan nak masak... main campak je. Asalkan terasa garam pun dah cukup. Senang je nak masak, cuma kena selalu masuk dapur je.... untuk memasak okay bukan minum air 😆

Okay lah lepas ni kalau rajin, aku update lagi resepi campak-campak tu. Byeeeeeee 🌺

18/1/2018 --
12:27 AM.

No comments:

Post a Comment

BLOGGER COPYRIGHT © 2019. ALL RIGHTS RESERVED BY BLOG YANAAZLAN