Zaman kanak-kanak.

~Assalamualaikum.

Sekarang pukul 2:30 pagi, 30/6/16. Aku suka update blog pepagi macam ni, sbb time ni lah aku ada banyak idea, tenang tanpa sebarang gangguan. Haha so kali ni aku share pasal cerita dulu-dulu.
Duluuuuuuuuuuu masa kita kecik2, mesti ada perangai pelik kita buat kan, cuma kita ingat, or ada orang cerita balik kat kita. Aku pun tak terlepas dari buat benda benda pelik (but funny) masa kekecik dulu. Haha! Setelah beberapa hari aku try ingat balik, benda apa yg aku buat dulu yg bila teringat balik, rasa nak gelak je. Walaupun tak semua ingat. Kalau aku ada ingat lagi nanti aku update lah ye. Jadi, aku senaraikan #top30 benda merepek (dan comel lagi innocent) yg aku pernah buat sepanjang zaman kekanak.





AKU PERNAH :

1. Digelar "bayi ajaib" oleh kawan ayah aku sbb boleh habiskan satu botol susu tapi dalam keadaan tidur. Hahah ni bukan luar biasa pun, tapi bila ingat balik, comel jugak aku dulu. Ahaks
2. Ambik pasir kat laman rumah, letak kat kepala biar berkudis, lepastu kopek kudis tu. Haha
3. Calitkan (aku tak tau nak guna word apa) nasi kat tepi kaki, bila dah kering, kopek.
4. Fikir yg hanya wanita ISLAM DAN MELAYU sahaja yg period (haid)
5. Keliru antara perkataan "adat" dan "adab"
6. Takut pergi pasar malam, sbb takut terserempak dgn orang istimewa kat situ.
7. Takut dgn sorang pakcik kerdil ni, time dia nak hantar roti kat tempat ibu kerja. 
8. Menangis bila terserempak dgn orang yg lain dari aku (badan gempal, kerdil, kurus sgt)
9. Minat WWE, suka main bola dgn sedara, dan pernah keliru dgn jantina sendiri hahaha
10. Menangis bila kakak aku dah tidur dulu.


11. Pergi memana, mesti akan ikut belakang ayah, pegang baju dia.
12. Menangis bila ustaz kat tempat mengaji tu nak ajar (aku biasa mengaji dgn wife ustaz)
13. Jadi sangat pendiam, takut orang, dengan sedara memang tak rapat (tapi umur bawah 5 tahun, lepas tu rapat je)
14. Naik motor bertiga (ayah aku along) pastu selipar aku tercampak masa lalu kat bonggol
15. Paksa ayah tunggu kat sekolah (sek. rendah) selama 3 bulan secara berperingkat. haha, 1) luar kelas. 2) dekat dewan bawah kelas. 3) kat pintu pagar sekolah.
16. Keliru antara kiri ke kanan (aku kidal)
17. Masa bagi salam time solat (kecik lagi time tu) aku selak sikit telekung nak tengok tangan kiri ke kanan (tapak tangan kiri aku ada tahi lalat) pastu baru bagi salam.
18. Menangis sebab sebutir (or pape jelah) kaca kecik masuk kaki sampai tertidur.
19. Suka bawak balik tanah liat balik rumah (tadika), pastu main ngan adik aku. Tahu tak baju lelaki yg ada lubang kecik2 tu, ibu selalu amik tanah liat tu, pastu guna baju ayah nak buat cam bintik2 tu. Ok pape jelah tp ni antara benda aku takleh lupa haha.
20. Kuku kaki ibu jari tu, tercabut semua sbb tersepit kat pintu selepas ingin mencuba tarian egypt tu. Ye yang tu lah



21. Pegang sudu/garfu guna tangan kiri (sampai skrg) 
22. Jatuh dari tiang (ape eh nama tu, yg mcm pagar kat balkoni rumah tp dibuat dari batu dan org boleh duduk atas tu ok watever fvdgbkvmsf) pastu esok muka aku lebam, bibir pecah, pipi bengkak je. 
23. Paku karat masuk dalam tapak kaki masa main lari2 ngn kawan, tak nangis tak rasa pape sampai lah nampak paku tu dah ada dalam kaki, baru nak nangis.
24. Menangis beriya2 sbb jari telunjuk masuk selumbar, hampir sejam nak keluarkan (sbb takut aku nangis hahah, mak sedara yg tolong keluarkan)
25. Menangis (lagiiiii) sbb kaki masuk duri kecik2 tu, pastu lepas ibu dah keluarkan, tergelak. Dan siap cakap "tak sakit pun"
26. Suka pergi pejabat (sek. rendah) semata2 nak cilok kapur! Bonus: kalau time tu ada yg warna warni hahaha, pastu balik rumah conteng belakang pintu main cikgu2
27. Gunting uniform sekolah, yg baju kurung putih tu, kat bahagian tengah (mcm white coat) and acah jadi doctor. 
28. Mengamuk pastu menangis time tadika sebab stokin kat kedua belah kaki tak sama level.
29. Menangis beriya2 sbb pepagi pakai tudung, tapi tudung tu leper je kat dahi hahah (tadika)
30. Kakak aku tergunting (ter lah sangat) rambut aku sebelah panjang sebelah pendek, dan juga pernah digelar rambut bawang oleh adik aku.

No comments:

Post a Comment

BLOGGER COPYRIGHT © 2019. ALL RIGHTS RESERVED BY BLOG YANAAZLAN