My night routine.

28/1/2020 -- 01:11 AM


Assalamualaikum ~~ since FYP postponed last minute, aku ada masa free selama 2 minggu. Sekarang aku kat rumah, baru lepas balik dari beli barang kahwin along. Alaa lagi dua bulan lebih je dia nak kahwin :((( Anywayyy, post kali ni aku nak share pasal night routine aku. Aku sejenis yang pemalas nak buat night routine, tambah-tambah lagi bila masa musim exam, atau pun busy atau pun takde mood atau pun penat. Time musim-musim macam tu, biasanya muka akan berjerawat. Lagi-lagi masa exam, takpun masa period. Geraaaaammmm aqqqqq. Most of the time aku malasssss sangat nak buat. Tak pernah consistent pun sampai sebulan. Biasa bertahan paling lama pun dua minggu. Setiap kali pergi kelas, aku wajibbbb pakai sunblock. Since dah pakai sunblock, bahagian cleansing sangat-sangat penting. So, kali ni aku rasa aku kena betul-betul since banyaaakkkk upcoming events yang penting. Kenduri kahwin along, dinner pharmnight, raya, graduation day (insyaAllah), PRP dan sebagainya. Aku actually sangat excited untuk tahun 2020. Oleh itu, aku sertakan lagu Solo by Jennie kat bawah ni (tiba-tiba je kan).


Solo - Jennie

Ini step yang aku follow untuk night routine:

Oil cleanser - Foam cleanser - Scrub - Toner - Essence/serum - Moisturizer/night mask - Vaseline


Alalala happy nye dia

1) Oil cleanser
Untuk oil cleanser, aku pakai yang paling murah je hahaha, tapi Alhamdulillah takde sensitive to any of the ingredients. Nanti dah kerja, aku nak tukar simple cleansing oil, harga RM30 something tapi kecik je. Aku dah pakai since sem 4 kot (2018), sebab baru aku tahu oil cleansing sangat-sangat penting kalau pakai sunblock. Ohhh tapi oil cleanser ni aku pakai sekali je dalam sehari. Biasanya nak cuci makeup untuk solat, aku guna wipes from guardian (again, murah dan berbaloi dan tak cause any irritation pun). Anyway, korang pun kena pakai oil cleanser juga. Boleh nampak effectnya dalam masa sebulan. Muka memang confirm bersih sebab some of the products we put on our face, cannot be easily removed by foam/normal cleanser.  



Product: Biore cleansing oil 150 mL
Price: RM 20.90

2) Normal cleanser
Cleanser yang aku pernah pakai setakat ni ada tiga jenis je, nano white cleanser, mary kay cleanser (hijau) dan sekarang aku pakai simple foam cleanser. Aku tukar simple pun sebab mary kay dah habis. Tapi tak menyesaaaaal, aqqq sukeeeee sebab aku boleh cuci muka sambil buka mata hahaha. Tak pedih, very gentle to my skin. Maybe takkan tukar dah kot cleanser lepas ni. Urmm and affordable for student like me.


Product: Simple foaming cleanser 150 mL
Price: RM 23.10

3) Face scrub
Untuk scrub pula, aku akan pakai selang hari. Or 2 kali seminggu sebab kalau pakai selalu sangat, boleh disturb skin barrier, so agak bahaya. Dan aku takkan pakai masa ada active acne, since akan cause more irritation, inflammation and so on. Scrub ni one of the functions dia as exfoliator. Tak silap aku, physical exfoliator sebab dia acts only on the surface of our skin je. Tak macam AHA/BHA and salicylic acid, chemical exfoliator yang akan penetrate through your epidermis layer. So apa function exfoliator? basically untuk remove your dead skin cells from the surface of your skin. Some of my friends cakap scar dia pun pudar sebab guna scrub. It works on me too. Aku pakai dua jenis scrub, st ives green tea dan coffee. Green tea more "gentle" to your skin laa sebab biji-biji tu tak kasar sangat. Ohhhh dan lagi satu, aku guna innisfree jeju blackhead out balm, tapi guna dengan penggosok dia sebab lagi menjadi.



Product: St Ives Green tea scrub 170 g
Price: RM 23.00 


Product: St Ives energizing coconut and coffee scrub 170 g
Price: RM 23.00



Product: Innisfree jeju blackhead out balm 
Price: RM 19.00

4) Toner
Fungsi toner dalam skincare routine untuk betul-betul make sure yg kulit kita bersih, pores tak tersumbat from dirt, ataupun maybe cleansing step kita tak betul. Some cakap untuk balancekan pH muka kita juga. Aku pun tak berapa nak pakar dalam benda ni, tapi yang aku nampak, toner ni enhancekan lagi the effectiveness of your next product, which is either moisturizer or essence or serum. Yelah, pores kau dah bersih, so lagi senang lah moisturizer nak absorb properly to your skin.


Product: Mary kay botanical effect toner 147 mL
Price: RM 68.00 (a bit pricey tapi tahan dekat setahun)

5) Essence/serum
Aku pakai essence ni baru-baru je, baru seminggu kot. Tapi dapat la rasa muka aku hydrated, better than before. Tak tahu lah sebab essence ni ke apa. Essence ni function dia untuk brightening. Sama macam serum, tapi essence ni kurang sikit concentration dia. Serum pekat kan? Essence ni macam air. Aku letak 2- 3 drops pastu tampar-tampar muka aku dengan lemah lembut. Hehe. Aku guna L'oreal essence centella asiatica (known for it's brightening properties). Dalam essence ni ada salicylic acid juga, as mild exfoliator, and it's in micro-essence. Which lagi senang absorb dalam kulit (but within the stratum corneum of epidermis layer).


Product: L'Oreal micro-essence centella asiatica 65 mL
Price: RM 41.90

6) Moisturizer
Beforeeeeeee ni, aku guna aloe vera je sebagai moisturizer sebab best, sejuk. Then tukar mary kay. Pastu sebab bosan, aku try neutrogena hydro-boost water gel. Sumpah best! Senang absorb, tak melekit. Masa apply tu kau urut la sekali muka. Cuma satu je aku tak suka, packaging dia. Senang contaminated sebab yelah, sometimes kena celup jari dalam bekas tu kalau lid dia tak sampai nak sentuh gel tu. Aku dah guna almost 1 month. Tapi aku guna masa malam je lah, sebab sayangggggg haha. Pagi-pagi before gi kelas, aku guna mary kay botanical effects moisturizer. Semorang tahu kan function moisturizer tu apa? Ok skip


Product: Neutrogena Hydro-boost water gel 50 g
Price: RM 54.00

7) Night mask
Night mask aku guna bila rajin je. Kalau guna ni, aku tak pakai moisturizer. Sebab macam lebih kurang sama je bila apply kat muka. Duluuuuuuu aku pernah pakai himalaya punya cucumber mask, tapi dah stop beli sebab malas nak pakai. Nanti aku nak beli balik sebab mask tu bagus juga, licin je muka lepas pakai.


Product: Mary kay timewise gel mask
Price: RM 75.00 (macam biasa, pricey tapi tahan lamaaaa, half year pun tak habis-habis lagi. Oh yela sebab aku pun jarang pakai)

8) Vaseline
Last but not least, aku akan pakai vaseline sebab bibir aku cepat kering. Benda ni macam dah wajib, kalau tak esok bangun mesti bibir kering je. Tapi nanti aku nak try vaseline lip scrub tu. Macam best jeeee.


Product: Vaseline
Price: RM 4.40

9) Acne gel
Muka aku biasanya akan naik jerawat kalau time finals, takpun period. Duluu aku akan pakai dalacin-T (solution form), sekarang aku pakai Tidact (gel form). Ingredient sama je, clindamycin phosphate 1%. It works, tapi kalau lama-lama letak, macam tak berkesan sangat, mungkin antibiotic resistance. Lagi satuu, dulu aku pakai oxy-5. Tapi kulit aku jadi kering. Sekarang ni pun kalau ada jerawat, kadang-kadang aku buat bodo je, pastu nanti pergi lah dia hahaha


Product: Tidact pimple gel 20 g
Price: RM 26.00
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Here are some #wishlist products yang aku nak pakai, tapi tunggu lah dah kerja nanti. Kalau beli sekarang, nanti muka cantik tapi kebulur. Haha


Product: PIXI Glow tonic (nasib baik tak tonic clonic kan)
Price: RM 145 (250 mL)


Product: The ordinary Alpha arbutin 2% + HA
Price: RM 40 +++


Product: Missha essence 150 mL
Price: RM 90 +++


Product: The ordinary AHA 30% + BHA 2%
Price: RM 68.00


Product: Dr. Jart+ Ceramidin cream
Price: RM 205.00

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okay ni extra je ok, saje je nak bagitahu. Untuk rambut, aku pakai shampoo tresemme hair fall control, beli kat watson. Then, pakai hair serum sebab rambut aku macam dry sikit. Both combination sangat bagus. Memang rambut aku kurang gugur, tak kering sangat, dan takde dandruff. Hair serum tu takkan tinggalkan kesan dekat bantal pun bila tidur. Make sure masa apply tu, kena kulit kepala juga la.
Product: Tresemme hair fall control shampoo 340 mL
Price: RM 18.90



Product: Hair system watsons ultimate hair oil
Price: RM 25.90 kot

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Then, last sekali sebagai penutup, aku selalu minum air green tea before tidur, usually tambah lemon sekali, tapi lemon dah habis hehehe ok bye




28/1/2020 -- 03:11 AM

No comments:

Post a Comment

BLOGGER COPYRIGHT © 2019. ALL RIGHTS RESERVED BY BLOG YANAAZLAN