Final year (SEM 1)

13/1/2020 -- 12:08 PM

Assalamualaikum and good morning everyone!! (in Dr Syireen's tone). Tak pernah pernah lagi kan aku update blog tengah hari ni, biasanya malam takpun pagi pagi buta baru otak fresh sikit. Alhamdulillah 7 January 2020 haritu baru settle semester 7 aku kat UM ni. Banyaaakkkk benda nak cerita especially pasal schedule aku sepanjang sem ni. Kali ni kitorang more to apply our knowledge yang belajar sepanjang 3 tahun dekat UM. Aku dah tak duduk ehsan ria dah, aku duduk kolej. Rinduuuuuuuuuu nak duduk rumah sewa. Duduk kolej rasa terkurung, tak keluar pun tengok environment kat luar. Kalau duduk ehsan ria, asal stress je mesti gi amcorp mall walaupun mall tu takde pape haha, pastu pergi family mart, takpun lepak dekat TAPAK. Bestnyaaaa rinduuuu laaaaa. Anywayyyyy, macam biasa, aku akan letak satu video lagu yang aku selalu dengar setakat ni, boleh lah play kalau nak sambil baca blog. Kalau ada yang baca lah hahaha.


10, 000 hours by Dan + Shay, Justin Bieber.

1) SCHEDULE SEMESTER 7
Macam aku cakap, sem ni more to application. Dan ada sedikit theory je sebab final pun kitorang kena jawab 3 papers. Before masuk sem, aku pun punggah balik lah nota-nota sem before ni sebagai reference. Sem ni ada 7 subjects. Sem ni je kitorang kena buat 3 videos. 

Let me start first with clerkship. So basically clerkship ni kitorang kena clerk case patient dekat PPUM, summarize the case, cari pharmaceutical care issue (PCI), which means kena proposed an action macam mana nak prevent dari issue tu terjadi. Contohhh, masa aku dapat case untuk renal patient, ada satu PCI doctor prescribed patient with enoxaparin, then patient started to develop thrombocytopenia-induced heparin. So our proposed action, kena stop inject enoxaparin and treat thrombocytopenia tu dulu before continue balik enoxaparin. Dari case tu kena pandai2 lah cari reference yang sebetulnya untuk dapat info yang sepatutnya, haa gituuu. Kalau dapat end-stage renal patient or Chronic kidney disease patient, kena refer dekat macam-macam reference juga, contoh patient is CKD patient with hypertension. So kena refer KDIGO of hypertension, Hypertension for CKD management, Hypertension management dan PPUM guidelines. Hehe banyakkkkkk, and honestly aku ada mental breakdown juga untuk first case clerkship, which is renal ward patient. Yelah mula-mula memang tak tahu macam mana nak extract information, end up aku pergi ward PPUM tu lepas isyak sampai pukul 11 malam. Then salin semua progress note yang berlambak gila tu (since untuk first case tak boleh guna id kitorang lagi so terpaksa tulis tangan, dah lah tak boleh snap). So clerkship ni pairing, ada 3 cases untuk sem ni, 2 cases hantar report, last case kena present. Untuk sem ni, aku dapat case for renal patient, cardiac patient (paling susah) dan paediatric patient (paling senang). Aku teringat ada satu hari tu, untuk discussion for cardiac clerkship, kitorang discuss dengan lecturer sampai pukul 12 malam lebih. Hahaha it was tiring tapi best lah. Memang sangat-sangat apply kan apa kitorang belajar. Dah final year ni memang kena ingat ubat tu under class/group apa, indications, side effect, concern of giving the medications to elderly or paeds patient, drug-drug interaction, semua tu kena tahu dan ingat dan take into consideration bila nak proposed sesuatu action tu. Dan kena tahu juga macam mana nak interpret laboratory results and why is it low/high. Contohhh lah, haemoglobin (Hb) patient rendah, this is because of anemia secondary to CKD. Ataupun white blood cell (WBC) tinggi, which indicates the patient has infection. Untuk antibiotics pula kena tahu antibiotics tu target which organism. Aku tak hafal semua pun tapi yang common macam penicillin group, cephalosporin, macrolides tu kena tahu lah target organism apa. Clerkship ni memang ambil masa juga, kadang-kadang sampai tak cukup tidur, kadang-kadang sampai masuk mimpi hahaha, tapi banyak input aku dapat, nampak laaaaa setakat mana ingatan aku sepanjang 3 tahun belajar pharmacology subjects kat sini. Next sem kalau tak silap, faculty nak turunkan kepada 2 cases je. 

Next, hospital and community pharmacy practice. Untuk community pharmacy, kitorang kena buat role play. Role play ni macam kena berlakon, aku kena jadi pharmacist, dan evaluator as the patient. Untuk role play, aku dapat case skin condition, contact dermatitis. Patient tu allergic to detergent. Then macam biasa lah, mesti kena tahu sejak bila, ada ambil apa-apa ubat ke, medication history, any trigger?, then kena tahu ubat apa yg perlu diberi, what type of dosage form, tablet ke, topical application ke. Kalau topical, cream, gel or lotion. Dose pula? Precautions? Macam mana nak sapu, bila kena sapu dan berapa lama kena sapu ubat ituuuu. Biasanya kalau moderate to severe dermatitis, steroid lah. Depending age patient, condition, affected areas. Kalau dah sampai ada pus, maybe kena refer to doctor, or bagi steroid with topical antibiotics juga. In a group of 3, kitorang kena discuss macam mana nak set question, camne nak treat, ubat apa perlu bagi. Untuk hospital pharmacy, kitorang practice for OSCE (Objective Structured Clinical Examination). OSCE ni ada 4 stations, every stations diberi masa 5 minutes untuk siapkan task yang diberi. Untuk community part, macam biasa, macam role play dengan devices. Haritu aku kena tunjuk macam mana nak guna blood sugar device step by step. Untuk hospital pharmacy, ada prescription, labeling, calculation, counseling. Prescription ni kena refer MIMS dan BNF. Contoh, akan ada satu prescription, dan 2 - 3 jenis ubat. So kitorang kena refer to MIMS/BNF untuk counter check ubat tu betul tak indications, strength, dosage form, signature doktor ada ke tak, expiry date, semua yg relevant la before dispensed to patient. Then kena "call" doktor, in this case, our lecturer. Bagi la greetings, then introduce myself, and clarify those prescription with doctor. Buat semua ni dalam masa 5 minutes. Then device counseling, ada dapat inhaler (accuhaler, MDI, respimat etc), insulin injection (types of insulin injection, dose, how to use, when to use, etc) ataupun untuk ubat untuk bowel procedure preparations.

Next, final year project (FYP). Aku sukaaaaaa dengan tajuk FYP aku ni, sebab faham satu, lagi satu sebab menarik. Tajuk aku catechin-based hydrogel to treat exuding wound, which is more prominent in foot ulcer in type II diabetes patient. Esok (14 January 2020) aku dah kena start masuk lab untuk project ni. So sem ni kitorang kena prepare protocol fyp dan kena present within 5 minutes, then Q&A for 10 minutes. Then last sekali kena buat preliminary report. Dalam preliminary report ada literature review, methods, materials, aim and objectives. Okay nak cerita sikit jeeeee pasal project aku ni. So catechin ni natural compounds (polyphenolic group) can be extracted fom camellia sinensis. Many researches had found that catechin ni possessed some kind of wound healing properties disebabkan anti-ulcer, anti-haemorrhagic, anti-inflammatory, anti-microbial properties. Ada scientist pernah guna catechin as wound healing dressing (with correct concentration), and it worked. Since wound healing process ada 4 stages, hemostasis, inflammatory, proliferative and remodeling. Catechin acts its action during inflammatory, proliferative and remodeling process by several mechanisms depending on its properties. And for hydrogel formation, aku guna sodium alginate dan pectin. Both polymers pun ada properties juga untuk wound healing tapi most of the time they provide best condition for wound healing process. Contohnya, keep environment of affected areas moist, tapi dalam masa yang sama akan absorb exudate from the wound. Okay tu jeeee nanti aku buat satu post untuk FYP lepas semua ni dah settle. Next subject is quality assurance pharmaceutical. Yang ni kitorang kena buat site master dan ada presentation at the end of the sem. Site master ni macam document kitorang kena buat untuk kilang kitorang, in this case, our product is diclofenac sodium suppository (12.5 mg). Nanti aku tunjuk packaging yang aku design. Hehe mana tahu akan datang tetiba masuk market. And QA ni ada final, kena buat plant layout manufacturing. Then, drug literacy, takde final, 100% continuous assessment, kena buat video on how to use easyhaler, dan ada 2 reports kena submit. Then ada pharmaeconomics, ada report kena buat and final. Pharmaeco ni best sebab lain dari yang lain. Lets sayyy ada ubat nak masuk dalam market malaysia, then pharmeco expert akan buat cost-effectiveness studies sebagai reference for decision maker, should or should not they take the medication into malaysia's market, if yes, untung tak? effective tak? if not, why? So cost-effectiveness studies ni consists of several items yang kena consider, boleh refer CHEERS checklist kalau berminat. Hahaha lebih kurang critical appraisal je. Last but not least, special population pharmacotherapy (SPOP). Belajar more in detail untuk special population macam paediatrics, elderly, pregnant women etc. Belajar juga pasal contraceptions, infertility, benign prostate hyperplasia, erectile dysfunction. Before ni aku macam samar-samar je tahu pastu contraception ni, rupa-rupanya banyak sangat cara kita boleh buat for family planning. Kalau aku rajin aku update lah blog pasal contraception ni. Good knowledge, something new for me. So lepasni kalau dah kahwin dan nak family planning, boleh lah pilih nak guna method yang mana. Hehehe. Okay i guess that's it. Macam banyak sangat je aku membebel.

Submitted for grading! 😍

Final year project.

Kena present masa birthday, it hurts....

But its OK, 5 minutes je hehee. Untuk FYP protocol.

Suppository packaging designed by me!! Banggaaaa

Tengah belajar buat plant layout untuk QA.


2) FINAL and NEW YEAR 2020

🎇🎆🎇🎆 HAPPY NEW YEAR! 🎇🎆🎇🎆


Walaupun final (setiap kali final) masa new year, takpe lahhhhh semoga ni last aku exam masa new year. Tak keluar dari UM punnn tapiiii aku, fira dan hawa pergi tingkat 8 bangunan fakulti alam bina untuk tengok bunga api dari jauh. Tak nampak pape pun!! hahaha nampak bayang2 bunga api dari jauh je :(( Macam yang aku mention kat atas, final ada 3 papers je. Bayangkan dari 9 papers jadi 7 papers ke 3 papers, so agak-agak study week aku yang 2 minggu tu macam mana? Hahaha seminggu memang aku betul2 cuti, takde belajar langsung, lagi seminggu baru study. Tu pun banyak tidur je. Tapi yang tak best nya, untuk tiga tiga paper ni aku tak tidur masa pergi exam. Wehh sumpahhh susah gilaaaaa nak lelap mata even sekejap je. First paper aku dah risau sebab takut blank masa jawab, sebab before ni aku pernah sekali tak tidur pergi jawab exam, tengah jawab tetiba blank. Alhamdulillah tiga2 takde rasa macam tu. So after balik tu tidur sampai zohor. Then baru study balik untuk next paper. Aku akan minum nescaffe setiap petang atau lepas maghrib, plussss aku sakit gigi start study week tu, sakit dia sampai headache sebelah kepala, dan telinga. Kadang2 nak tutup mata pun sakit. Bahagian belah kanan. Aku banyak dah makan panadol time study week, tu sebab kot tak boleh tidur. Dengar cerita next sem ada satu paper je. Untuk celebrate lepas final, aku dengan fira esoknya pergi dataran merdeka untuk bergambar. Hahahaha tengah2 panas tu demi gambar. Tapi puas hatiiiiii. Kat bawah ni hasil tangkapan gambar (??) masa dekat dataran merdeka.

The view from faculty Alam Bina on 1st of january, 2020, 12:00 AM.


Hawa. Fira tak bagi letak gambar dia sebab dia cakap dia nampak gemuk (padahal tak pun)

And me. Hehe

Last paperrrrrr (7 January 2020)

❤️ Batchmates ❤️

❤️❤️ Ex-housemates ❤️❤️



3) PUBLIC HEALTH CAMPAIGN (PHC 2019)
Untuk PHC 2019, aku jadi ketua biro publisiti. Aku dan kawan2 kena design baju, logo, poster, banner etc yang berkenaan dengan PHC. So PHC kali ni tajuk mental health awareness. Dan kitorang emphasize on anxiety and depression. It was a great experience, tapi penat jugaaa. Sebab PHC ni aku kena masuk sem awal sikit sebab kitorang ada medical expo dekat kolej, untuk first year UM students masa dorang orientasi. Best sangat bila part nak explain dekat dorang pasal ubat-ubat, macam mana nak guna ubat dengan betul, explain poster pasal mental health, macam-macam adik2 ni tanya, termasuk adik aku 😆 dia pun sibukkk je nak masuk UM gakkk hahaha lopek. Penat mulut bercakap tapi puas hati. Puas hati sebab dapat sampaikan isi-isi penting yang supossedly general knowledge, lagi lagi part cara simpan ubat dengan betul. Medical expo ni ada dua hari. Next venue, kitorang buat dekat IPGKBM. Dan main program kali ni adalah forum -- it's okay not to be okay. Kitorang invite psychiatrist, counselor IPG dan seorang survivor (OCD, anxiety dan depression). Nice forum, banyak benda boleh belajar. Dan dekat luar dewan IPG, kitorang ada setup booth untuk "know your medicine", games dan posters.
PHC 2019 logo, designed by me.

Thanks to bureau activity! Cantik dorang design.

Here where you put your mind into an art.

Adulteration. Ubat yang mengandungi controlled medicine macam sildenafil, steroid, sibutramine etc.

Steroid cream, types of steroids, indications, side effects, misuse of steroids.

Batchmates tengah prepare untuk games.

By KKM and our PHC bunting.

Art therapy.

Ambil kat ig, mana tah gambar ni dalam laptop. Hilanggggg ☹️☹️


4) PART TIME
I don't know why this sem duit aku asyik tak cukup je. Mungkin sebab aku tak kerja masa 3 bulan sem break, since ada kena buat community attachment tu. Aku macam desperate sangat nak duit, tapi taknak minta kat parents hahaha. Malu la. Dan aku start buat online business, tapi tak jadi pun. Takde pembeli pun, lagi satu aku stop sebab aku nak pakai duit cepat. Nak bahagi masa aku yang sememangnya penuh dengan assignments, clerkship dan fyp ni, memang aku takde mood nak update dekat ig/fb. So bertahan untuk seminggu je. Pernah ada satu malam tu aku tak boleh tidur sebab nak sangatttt cari cara nak dapatkan duit, macam join contest ke apa, tapi takde. Mostly aku missed tarikh penyertaan. Then hasil pencarian dekat google, aku jumpa laaaaa kerja-kerja part time yang biasa student buat. Paling best, sehari boleh dapat up to RM140. Kerja macam jadi promoter or event crew. Kerja mostly sabtu ahad je, tapi bukan long-term punya lah. Aku kena pandai adjust jadual aku. Nak cari duit poket, tapi kena tengok juga jadual sebab takut kena submit assignment or ada presentations. So rasa-rasa berapa hasil aku dapat sepanjang kerja part time sem ni? Total semua aku dapat dekat RM 1500. Aku nak kumpul duit untuk lesen kereta tapi tak sampai lagi sebab aku ada guna duit tu juga untuk survive sem ni, beli makanan, beli barang peribadi dan sebagainya. Duit ptptn memang tak cukup. Ramai je rupanya orang dah part time dari first year lagi, ishhh kalau aku tahu kerja macam ni wujud, dah lama aku buat dari dulu. Habis-habis belajar boleh terus kahwin hahaha jk. Dan aku masih teruskan part time ni, next week aku ada lagi 2 hari (sabtu ahad) kena part time jadi promoter, promote product Loreal. Sehari dapat RM100, aku buat untuk 4 hari so RM400. Hehe 400 untuk student macam aku banyakkkkk ok. Dan nak cari lagi. Kena rajin mencari, scroll group kat fb tu lah, takde lah terlepas nak dapat kerja tu. Selain dapat duit, aku dapat banyak sangat pengalaman, improve communication skills so takdelah malu-malu nak cakap dengan orang, berkenalan dengan orang, jadi untuk akan datang boleh recommend kerja part time lagi dan tengok macam-macam perangai orang. Aku suka promote makanan sebab kita bagi orang rasa, at least bagi something untuk orang cuba. Dan lidah orang lain2. Ada suka ada tak. Setakat ni aku ada dua kerja yg involve makanan, popcorn gourmet dan instant noodles. Leceh sikit kena buat sampling tapi its OKKK, aku suka je. Btw kannnn haritu aku ada buat part time promote instant noodles. Kena buat sampling semua tu, dekat hero supermarket. Aku kerja untuk 2 hari. Aku ada kena marah dengan customer ni, tapi aku tak nangissss (yeayyyy) aku ni kan cengeng sejak dulu. Kena marah je mesti nangis. Tapi kali ni tak!! Yeayyy, harap-harap masa jadi pharmacist nanti pun hati aku kental macam ni juga. Seeeeee, I learned from my experience. Alhamdulillah. Untuk first job as a part timer, aku jadi crew event, kena ambil survey orang for those yang berminat nak jadi agent insurance. Aku kerja untuk 3 hari, dapat RM 140/day. Second day kerja masa balik tu aku dah mental breakdown hahahaha, sebab kena tegur dengan sorang banker ni, cakap aku takde qualification/license (??) untuk minta survey orang macam tu je since dalam survey tu kena include email dan no. telefon. Dia cakap kalau ada pihak berkuasa tahu, aku kena penjara hahahaa wehhhh aku nangis teruk gilaaaaa masa otw balik UM. Ingat lagi, kat tepi LRT KL gateway tu aku meraung, sebab aku memang betul-betul ingat aku kena scam (first time kan) dan arghhhhhhhhhhhh banyak lah benda yang buat aku burnout masa tu. Dah lah tak grab mahal macam hanatttttt. Pastuuu next kerja aku pulaa dekat Asia food and beverages event, kena promote popcorn. Sedapppp popcorn tu. Aku buat untuk 5 hari (masa cuti midsem), sehari dapat RM100. Ayat aku "Hi Sir/Miss, you want to try popcorn?" hahaha aku pernah terlepas cakap "Hi you want to try part time?" 😆😆😆 kor0i. Ada satu hari tu, aku rehat sejam, makan sambil buat clerkship (nak interpret lab results) sebab aku rasa bersalah midsem break aku kerja. Hahaha tah pape. Hari ketiga kot, kaki aku sakit sangat sampai nak cecah lantai pun sakit ya amaatttt. Sebab berdiri lama sangat. Aku rendam kaki dalam ais plus garam. Sampai macam tuuuu sekali. Sebab muscle aku dah stiff sangat2. Aku nangisssssssss balik tu sebab sakit kaki, sakit badan (padan muka sape suruh nak kerja tapi tu lah takde duit), aku takde mood nak buat apa-apa. Haihhh tapi masa dapat gaji, semua sakit tu hilanggg hehehe. Then aku pernah kerja as event crew untuk fan meeting Sung hoon. Yang ni aku kerja dengan fira per. Mula-mula kitorang tak tahu pun ni event untuk Sung hoon, masa datang tu baru nampak poster semua tu, sebab masa minta kerja tu, dia inform event crew je. Event crew paling best antara semua sebab takyah promote apa-apa. Dan paling best masa aku tolong dekat stage, jarak aku dengan Sung hoon dekaaaaattt jeeeee hahahaha aaaa flawlessnya muka, tough nya badan hahaha. Tinggiiiii, aku tolong dia buka satu box tu, kena slide ke atas. Aku tak boleh stop senyum masa atas pentas tu hehehe. Ok enoughhhh, agaknya time tu kalau Park Seo Joon, mesti aku pengsan kan 😆😆 Then aku dengan fira kerja dekat mid valley MVEC event baby fair. Kena promote organic baby products. Yang ni memang promote gila-gila, sebab ramai oranggg. Jadi semangat. Plus gaji tinggi hahaha. Sehari dapat RM 130, dapat lunch and dinner. Aku suka kerja as a promoter kalau crowded, ramai orang boleh jadi potential customers so takde lah bosan je. Okay tu je kot. Aku suka je buat part time ni. Macam aku cakap, aku nak gain experience (and money) sebanyak yang boleh sebelum aku bawa diri aku kearah actual career pathway aku, which is as a pharmacist. Selain itu, aku pun boleh improve communication skills, dan kentalkan hati supaya suatu hari nanti, aku kena marah dekat senior pharmacist or patient or anyone, aku tak menangis. Doa kan aku okay.


This was me getting rejected by the client untuk buat survey. Hahaha

Popcorn

Instant noodles

Semalam kitorang balik dari kerja, craving maggi campur telur

Umpppphh!! Haha

5) RANDOM
First day of the class with Fira per.

Pastu awal-awal sem kitorang pergi KL forest.

After final, pergi dataran merdeka.

Najwa

❤️ My family ❤️

Wajibbbbb ada gambar dekat sini okayyy. Last untuk tahun 2020.

Panas terik tapi kesungguhan dan kegigihan mengatasi segalanya.

❤️ My everything ❤️

See!!! Demi gambarrrr haha

Jogging sepetanggg with Syafira Arif sambil dicium matahari.

Congrats Along! You deserved it!

Hehe, tak boleh bayangkan hidup tanpa ibu ayah along adik.

By ibu. Tantikkkkkkk

Tadiiiii (13/1/2020) first time kayak dekat UM. Noob gila, banyak langgar tepi tasik tu, pastu langgar orang 😆😆 but we enjoyed it soooo much.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

My life throughout this sem was bearable, thanks to my family, fira and nana. Kalau takde dorang, aku tak tahu apa akan jadi dekat aku. Previous post aku pun korang boleh tahu aku ada mental breakdown. Dah lah jadual padat dengan assignments, tests lagi. Aku takkan lupakan ada satu masa tu aku nangis depan fira, sebab tak tahan sangat sampai sakit dada tak boleh bernafas. Susah aku nak cari nafas. Aku pernah insomnia (but not chronic), pukul 4 - 5 pagi baru tidur before pergi kelas. Ada masa memang aku takde mood langsung nak belajar, walaupun ada test atau assignment kena buat, sebab memang betul2 tak boleh focus. Susah sangat aku nak focus masa tengah takde mood tu. Used to tell myself that everything is going to be okay, everything will fall into place. And Alhamdulillah I'm doing better than I ever was. Kalau aku start stress, mesti video call ibu, ayah, along. Lepas dah cakap dengan diorang baru rasa okay. Oh ye, aku tak boleh kalau tak balik lebih dari 2 minggu, nanti mula lah meroyan, tak pun menangis sebab rindu family. Aaaaaa dari dulu lagi perangai aku macam ni...... Tengok lah aku study pun semua dekat-dekat dengan family. Okayyy aku rasa setakat ni je lahhh post aku kali ni. Kalau ada apa-apa yang aku tertinggal, aku update lah balik. Fira ajak pergi kayak kejap dekat tasik varsiti 😆😆😆

13/1/2020 -- 11:37 PM

1 comment:

  1. sildenafil 100 mg is used to treat impotence or erectile dysfunction in men. fildena 100 mg works well for the treatment of serious problems of ED. This medication can be utilized according to the counsel of the specialist. Buy any medicine from the best online pharmacy in the USA.

    ReplyDelete

BLOGGER COPYRIGHT © 2019. ALL RIGHTS RESERVED BY BLOG YANAAZLAN