Product adulteration.

22/3/2020 -- 03:23 AM


Assalamualaikum semuaaaaaa. Hari ni dah masuk hari ke-6 #StayAtHome. Actually benda ni takde masalah pun untuk aku duduk rumah, pada hari kebiasaannya pun aku selalu dipaksa oleh ibu untuk keluar rumah, jalan-jalan menghirup udara segar serta merapatkan hubungan silaturahim dengan entah sesiapa. Jadi, sifat aku memang suka duduk rumah dan malas nak bersiap keluar jalan-jalan. Okayyyy enough dengan introduction, hari ni aku nak share pasal "Product adulteration" atau pun nama melayunya, pencemaran produk. Perkataan "pencemaran" tu pun korang dah dapat agak maksud sebenar product adulteration ni kan? Ye betul, product adulteration adalah product (dekat post ni aku nak emphasize pasal cosmetic juga) yang dicampur dengan ubat-ubat yang terkawal (controlled medicine). Maksudnya, ubat tersebut perlu diambil atas nasihat doktor sahaja ataupun prescription medicines. Biasanya company yang adulterate the product takkan tulis la dekat label. Itu yang bahayanya. Yes, dekat malaysia ni ada undang-undang, yang dikawal oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA). Sebelum sesuatu product/cosmetic itu dikeluarkan, mestilah melalui NPRA. Product, is something that you can easily recognized by their MAL number. Registered product sangat lah penting untuk memastikan keselamatan, kualiti dan keberkesanan product tersebut (Safety, quality and efficacy). Okay lah, lets say your nenek/mom makan satu ubat/supplement ni, tapi korang tak tahu pun ubat tu bagus ke tak, or registered ke tak under Minitry of Health (MOH). Senang je nak tahu;

REGISTERED PRODUCTS


1) Ada Meditag hologram label


See the hologram?

Buat pengetahuan anak-anak, hologram ni akan sentiasa diupdate dari semasa ke semasa untuk elakkan founder-founder yang tak bertamadun tipu atau copy hologram without register their product with MOH. Used to have Meditag hologram checker, tapi tadi aku nak download dekat play store, dah tak available.

2) Ada MAL number, diikuti dengan 8-digit nombor dan diakhiri dengan beberapa huruf untuk menentukan produk tu under category apa.

i) MAL number pula terbahagi kepada 5 categories, which are;

A - Controlled medicines (Ubat terkawal seperti hampa punya ubat kolesterol, darah tinggi, ubat anxiety dan sebagainya)

X - Over the counter medicines (OTC) (Ubat yang boleh didapati di farmasi tanpa prescription doktor seperti paracetamol, ubat gastrik, ubat sembelit macam lactose, senna dan sebagainya)

T - Natural Products/Traditional Medicines 

N - Health Supplements (Seperti Vitamin C, Multivitamin dan sebagainya)

H - Veterinary Products (Ubat untuk haiwan)

ii) After huruf dari 5 categories di atas, diikuti pula dengan administrative codes (kod pentadbiran?? aku google translate je hahah). Administrative code ada 6 categories, which are; 

C - Contract Manufactured (Product tu dibuat mengikut spesifikasi ditetapkan oleh Good Manufacturing Practices, GMP)

E - For Export Only (FEO) (Product tersebut bertujuan untuk di export ke luar negara dan TIDAK dijual dekat local market)

R - Packed and/or repacked (Means product tersebut adalah product yang repacked dan dapat approval from GMP certified packer/repacker)

S - Second source 

Y - Orphan products (So korang ingat manusia je ke ada anak yatim, product pun ada haaa kerlasss hahaha. Okay Orphan product, according to NPRA, is a medicine, vaccine or in vivo diagnostic agent that is intended to treat, prevent or diagnose a rare disease. Also, the orphan product is NOT COMMERCIALLY viable to supply to treat, prevent or diagnose another disease or condition. Kiranya Y ni untuk product-product penyakit yang rare. Vaccine pun considered as Orphan products)

Z - Products gazzeted as zero-rated under the Goods and Services Tax Act 2014 (Gazetted by definition is something that has been announced or published in newspaper. Tapi untuk product, must be gazetted with the Ministry of Health) 

Okay meh sini aku ajar cara macam mana nak baca product. So lepasni kita as a consumer lebih berhati-hati dalam memilih product. Tak benefit untuk kita, at least benefit untuk orang tua dan orang sekeliling kita kan? Kita lebih aware dengan product yang registered with MOH ataupun tidak. 


Can you see the MAL number? MAL 07081510XC - betul tak macam aku cakap, MAL then followed by 8-digit numbers. X bermaksud Over The Counter medicine, C bermaksud contract manufacturer. 


Okay kita try yang lain pula, MAL 20002251AZ. Bermaksud, product ini mengandungi controlled medicine (A category, remember?) dan dibuat oleh contract manufacturer. Actually ni Kenhancer plaster, contain Ketoprofen as the active ingredient. Ketoprofen adalah pain relief medication. Untuk sakit-sakit badan, swelling, gout atau pun arthritis pun boleh pakai.

Try ni pulak! - Simvastatin

Korang juga boleh check status product dekat laman web NPRA dan pergi dekat "Product search" : https://www.npra.gov.my/index.php/en/

Atau pun boleh download apps NPRA Product Status dekat fon :



COSMETICS

Okay now for cosmetics, by definition is any product which do not have any indications for health benefits. Cosmetics are meant to be applied externally. Bukan untuk dimakan. Contohnya macam krim muka korang tu, cleanser dan sebagainya. Dekat cosmetics ni lah banyak kita jumpa adulteration product. Antara ubat yang famous adalah mercury, hydroquinone dan tretinoin. Sebelum nak release sesuatu cosmetics, founder/manufacturer kena notify Director of Pharmaceutical Services (DPS) melalui NPRA untuk dapatkan NOT (Notification number) sebelum dipasarkan. Depa ni bijak, lepas dah dapat NOT, dorang akan ubah next batch product dorang dengan letak ubat yang dikawal. NPRA akan check once in a while (aku tak sure kekerapan dorang check, lupa) to make sure takde cosmetics yang dicampur dengan bahan-bahan terlarang. Tu sebab kadang-kadang kita dengar krim sekian sekian ada mercury, then NPRA akan buat product recall from the market. Any changes of ingredients in the product, should inform NPRA. So, cara nak baca NOT number dekat product adalah: NOTyymmxxxxxK (y - year, m - month, x - serial number)


Can you see the NOT number? NOT 150700326K. Product ni dibuat pada July 2015 (1507) dengan siri number 00326. 

Korang boleh check product yang NOT ditarik sebab ada bahan-bahan terlarang dekat sini: https://www.npra.gov.my/index.php/en/consumers/safety-information/cancellation-of-notified-cosmetic-products.html 

Ok sekarang pergi check krim siang malam tengah hari petang mak korang pakai tuuu!! Haha

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nak senang, korang pergi laman web NPRA - Consumers - click product apa yang korang nak tahu (ditarik dari pasaran)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okay sekarang ni korang dah pakar pasal cara-cara nak kenal pasti #ProdukSampah atau pun #ProdukBagus. Kita masuk pula topic product adulteration. Eh macam lecture kan? Kalau nak belajar, teruskan membaca. Hehe

Macam aku terangkan dekat atassss sekali tu, adulterated product adalah product yang dicabuli sifat asalnya. Haha just kidding. Product yang dicampur dengan ubat terkawal (Controlled medicine). Antara kesan kalau kita consume adulterated product termasuklah;

1) Risiko kesan sampingan ubat terkawal tersebut (Undeclared side effects).
2) Certain ubat terkawal tidak patut dimakan oleh sesetengah individu.
3) Adulterated product mungkin ada ubat yang tinggi dosenya, exceed daily recommended dose, thus -- undesired side effects. 
4) Certain ubat terkawal bila dah ambil, tak boleh berhenti secara mendadak. Kena kurangkan dose sikit-sikit baru berhenti.
5) Ada campur ubat terkawal yang tak boleh dijual sebab ada undesired side effects. Contohnya, Mercury dan Sibutramine.

Cara nak detect sesuatu product tu ada bahan terlarang ke tak, antaranya korang boleh tengok kalau;

1) Overclaim product. 
Contohnya, product dia lah yang boleh menyembuhkan segala jenis penyakit mak nenek dia, boleh rawat itu rawat ini. Biasanya kita boleh nampak dekat product islamik. Contohnya ubat resdung ada bacaan al-quran. Amboi sedap ye kau menunggang agama. Padahal ada corticosteroid.

2) Ada include 20 penyakit yang haram diiklankan.



Haa ubat untuk mandul tu aku selalu jumpa. Anything related to sex, selalu sangat jumpa. Sat gi aku senaraikan kopi-kopi "beracun". Korang juga akan jumpa dorang iklankan ada tulis untuk "rawatan", "diagnosis" atau pun "mencegah". These words should not be there. Dan iklan dorang akan sangat over, lagi-lagi kalau berkaitan dengan ubat kuat. Ada gambar lucah dan sebagainya. Alaa senang je kan nak detect? Jangan beli tau.

3) Harga mahal. 
Contohnya macam kopi beracun, atau kopi yang dicampur ubat terkawal seperti sildenafil (erectile dysfunction) dan sibutramine (untuk turunkan berat badan). Contohnya, depa jual RM5/pack. Biasanya kopi dalam RM 1.20 macam tu kan. Kenapa mahal? ye lah nak campur ubat terkawal tu bukan murah. Sildenafil, kalau tak silap aku, 4 biji RM 100.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Next topic pula, aku nak listkan antara common controlled medicine yang seringkali dicampur dalam product oleh founder/manufacturer yang tak bertamadun. Haa alang-alang tu aku ajar sikit lah ye cara ubat tu bertindak dalam badan kita (mechanism of action), kesan sampingan (side effects) dan interaksi ubat (drug-drug interaction).

1) Sildenafil (Viagra) and Tadalafil 

Indication: Erectile dysfunction atau pun ubat mati pucuk.
Mechanism of action: Relax muscles of the blood vessels and increase blood flow to particular areas of the body. 
Side effects: Simptom serangan sakit jantung seperti sakit dada yang menjalar hingga ke siku serta tangan, bahagian belakang badan, leher dan rahang, rasa nak muntah. Selain itu, flushing, sakit kepala, pandangan kabur (blurred vision) dan muscle pain.
Interaction: Sildenafil tak boleh diconsume oleh individu yang ada penyakit darah rendah (hypotension) atau pun individu yang ada penyakit jantung, atau pun individu yang mengambil ubat jantung yang lain seperti glyceryl trinitrate (GTN) sebab akan menyebabkan severe hypotension, pastu boleh bawa mati ye anak-anak.

Dan sildenafil ni ada cara-caranya kena makan bergantung kepada half-life ubat tu. Sildenafil patutnya kena ambil 30 minit ke sejam sebelum melakukan seks. Tak boleh consume lebih dari sekali dalam masa sehari. So, masa aktiviti seks sedang berlangsung, alat sulit lelaki tersebut akan tegang (erect). Actually sildenafil was first developed as anti-hypertensive drug. Ubat darah tinggi. Tapi, lama-lama ada side effect, boleh bantu dalam merawat mati pucuk. So, mereka pun tukar lah indication sildenafil to treat mati pucuk, dan side effect ubat ni jadi hypotension. Faham tak? haha 

When you have a problem with your sex performance, you might have some sort of underlying disease, mostly related to your heart disease. Make sure get yourself checked ok?

Contoh adulterated product containing Sildenafil:

1) Kopi beracun. Boleh refer sini: https://mediamaklumat.com/40-senarai-kopi-beracun-di-sahkan-oleh-kementerian-kesihatan-malaysia-no-22-tu-sangat-familiar-fuh-bahaya-ni-kalau-tak-tahu/ atau pun korang google je kopi beracun KKM. Cafe Abang Yes, Kopi Pahlawan, Kopi Asmara........ Ermm

2) REFER SINI: https://www.npra.gov.my/index.php/en/consumers/safety-information/adulterated-poducts-unregistered.html . Korang buka link ni, dekat bahagian search tu cari "Sildenafil" atau "Tadalafil". Try check, mana tahu korang ambil? Hehe

3) Vimax (Sildenafil analogue). Quite famous kan? 


2) Sibutramine (Dah kena banned dekat Malaysia)

Indication: Digunakan untuk merawat obesiti.
Mechanism of action: Sebatian kimia yang bertindak di otak untuk mengurangkan rasa selera nak makan (Appetite suppressant).
Side effects: Kesan sampingan yang serius seperti serangan sakit jantung dan stroke. Even tengah rehat pun, your heart beats faster than usual, bukan sebab jatuh cinta tau :( atau pun kita panggil tachycardia. From here, datang la komplikasi jantung seperti kegagalan fungsi jantung, stroke, pitam dan mati mengejut. Takut tak? Kesan sampingan lain termasuklah sesak nafas, mual, rasa amat letih, sembelit, pening, sukar tidur. Ada certain consumer mengalami gangguan emosi dan mental. 
Kalau korang pergi https://www.npra.gov.my/index.php/en/consumers/safety-information/adulterated-poducts-unregistered.html , berlambak pil kurus yang ada Sibutramine. Jus atau tea kurus pun banyak yang dorang campur Sibutramine. Chocofit, sounds familiar? KKM dah tarik product dorang dari pasaran sebab ada Sibutramine (tapi rata-rata founder repacked balik). Boleh baca dekat berita harian: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/578558/4-produk-dicampur-racun-berjadual  

Okay lah let's be honest, aku pernah ambil pil kurus LAMI (ada sibutramine) masa aku form 4 kot? ke form 3? Sebab aku gemok dulu, then selalu dicemuh oleh orang sekeliling. Memang langsing, aku takde selera makan, pastu selalu buang air besar. Then aku stop sebab ibu marah. Hehe


So gais, kita kurus ikut cara yang sihat ye? Jaga makan, eat clean, healthy diet, exercise selalu. Bukan guna cara instant. No pain no gain :D Nanti aku share tips kurus. Aku tak kurus lagi sekarang tapi Alhamdulillah I'm getting in shape. 


3) Corticosteroid (Dexamethasone)

Indication: To treat several conditions like asthma, resdung, arthritis, sakit-sakit sendi
Mechanism of action: Mimic the effects of your corticosteroid hormones. A bit complicated, can we skip? Sebab nanti jadi too detail pula. Tapi korang kena tahu yang corticosteroid ni act as anti-inflammatory, suppress inflammation and immunity.
Side effects: Can be divided into two; short-term side effects and long-term side effects.


Short term side effects (ambil kurang dari 3 bulan):
1) Naik berat badan
2) Sukar tidur
3) Mood changes, senang marah, anxious.
4) Tinggi selera makan

Long term side effects (ambil lebih dari 3 bulan):
1) Osteoporosis (penyakit tulang, tulang rapuh)
2) Darah tinggi
3) Kencing manis
4) Senang dapat jangkitan sebab steroid akan suppress your immunity
5) Katarak mata dan glaukoma
6) Muscle weakness
....and many other serious side effects. 

Steroid kalau hang dah makan, pastu nak berhenti, kena kurangkan dose sikit sikit atau pun kita panggil dose tapering. Kenapa kena dose tapering? kan badan kita naturally producing corticosteroid. Bila kita ambil exogenous corticosteroid (means kita consume/makan corticosteroid), badan kita akan stop produce our natural steroids. Kalau kita berhenti makan ubat yang ada corticosteroid, atau pun dexamethasone tu, badan kita takde natural steroid. So apa akan jadi kalau badan takde natural steroids? akan jadi secondary adrenal insufficiency (suppression of the HPA axis). Ini emergency case dan boleh menyebabkan kematian kalau tidak dirawat secepatnya. Boleh baca sini: http://www.scielo.br/scielo.php?pid=S0021-75572008000300003&script=sci_arttext&tlng=en

Common adulterated product with Dexamethasone boleh check dekat https://www.npra.gov.my/index.php/en/consumers/safety-information/adulterated-poducts-unregistered.html , search "Dexamethasone". Antaranya Air Haruan Ajaib, Al-Barakah Ayam selasih, Al Taqwa tonik. See!! Syok betul menunggang agama founder-founder ni ya. Haa lagi satu, pil maajun, selalu dengar kan? Orang-orang tua suka pakai sebab pil ni claim boleh merawat pelbagai jenis penyakit. Yes betul, tapi kena counter balik lah dengan pelbagai jenis penyakit yang lebih serious. I've seen a lot of these pills dijual dekat kedai-kedai jamu dan pasar malam. Antara yang famous, Majun Dua Istimewa, Maajun Tolak Angin (angin apa yang kamu nak tolak tu), Pill Tupai Jantan Asli, Dong Mai Dan. Boleh refer sini: https://www.npra.gov.my/index.php/en/component/content/article/211-english/announcement-main/announcement-2017/1122-awasi-produk-tidak-berdaftar.html?Itemid=1391



4) Mercury (in cosmetics)

Indication: To whiten up your skin (with minimal strength).
Side effects: Redness, swelling, skin irritation. Menipiskan lapisan kulit muka. Buat muka orang jadi putih macam mayat. Burning, stinging sensation. Exposure to mercury juga akan menyebabkan beberapa kesan sampingan yang serius seperti kerosakan buah pinggang dan sistem saraf. Budak budak kalau termakan krim mak dia yang ada merkuri ni pun bahaya okay!

According to WHO, The Minamata Convention on Mercury set a limit of 1 mg/kg (1 ppm) for skin lightening products. Tapi rata-rata founder suka letak mercury melebihi had yang sepatutnya untuk mendapatkan kesan dalam masa 3 hari. Haaa another clue, kalau product kecantikan claim boleh putih dalam masa 3 hari, be aware, maybe dah contaminated with high amount of mercury. Mercury can be really dangerous you know, since it is one of the hazardous chemicals. Bukan dekat cream je, dekat cleanser pun boleh ada mercury ni. Korang boleh check sini: https://www.npra.gov.my/index.php/en/consumers/safety-information/cancellation-of-notified-cosmetic-products.html . Product yang ditarik NOT number sebab ada mercury. Tati, Deeja cosmetics, Glow glowing and glowing antara common product yang kita selalu jumpa. 




5) Hydroquinone (in cosmetics)

Indication: Marketed as skin lightening, treat blemishes and uneven skin tone.
Side effects: Skin redness, skin discolouration (perubahan warna kulit), hypersensitivity. Antara kesan sampingan yang serius hydroquinone adalah kanser kulit. Sebab hydroquinone menghalang proses pigmentasi atau pun kita panggil depigmentation, seterusnya kurangkan keupayaan kulit untuk lindung dari cahaya matahari (harmful UV rays).

Korang boleh check dekat sini antara product yang guna hydroquinone: https://www.npra.gov.my/index.php/en/consumers/safety-information/cancellation-of-notified-cosmetic-products.html . Search "hydroquinone". Macam biasa, Tati Deeja Dnars. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okay lah, aku rasa cukup sampai sini aku share knowledge ni. Kalau ada apa-apa point yang terlepas, aku update balik. Dari pukul 3 pagi sampai 9 pagi........... Tak pernah selama ini. Maklumlah otak dah berkarat so kena banyak buat reference before tulis. Nanti tersalah bagi information pula. Semoga ilmu ni bermanfaat untuk kita semua. Jadi lah pengguna yang bijak lagi lagi ketika membeli product kesihatan. Check ubat/supplement/cream yang family korang pakai. Kalau termasuk dalam adulteration products/cosmetics, cepat cepat lah korang singkirkan ya. I know it's quite difficult to educate people, lagi lagi orang tua kan? But, try your best okay? We love them, that's why we do not want them to take any products that can be harmful to their health. 

Ok sekarang aku lapar gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, nak masak. Bye

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


References : 

5) https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/apps/banned-product (CHECK PRODUCT/SUPPLEMENT YANG DITARIK)
7) https://www.npra.gov.my/index.php/en/consumers/safety-information/cancellation-of-registered-complementary-alternative-product.html (CHECK COMPLEMENTARY AND ALTERNATIVE PRODUCT YANG DICAMPUR DENGAN UBAT TERKAWAL) 



23/3/2020 -- 09:13 AM

No comments:

Post a Comment

BLOGGER COPYRIGHT © 2019. ALL RIGHTS RESERVED BY BLOG YANAAZLAN