Stik daging & Sayur campur.

Malam ni terasa lapar sangat dan bosan sebab aku baca fizik tak masuk masuk dalam otak, jadi aku pun masaklah. Kali ni aku masak Stik daging dan sayur campur. Sayur campur tu aku main campak je bahan bahan. hahaha ok jom setatttt!
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bahan-bahan untuk Sayur campur: Sayur kubis panjang, 3 ulas bawang putih dicincang halus, setengah biji bawang besar, satu biji cili merah dan kacang panjang dipotong kecik kecik, tauhu potong petak, secubit garam dan ajinomoto.
Bahan bahan untuk Stik daging: Daging, satu sudu serbuk lada hitam, setengah sudu garam dan secubit ajinomoto, 2 ulas bawang putih dicincang halus. 
[(~o.o)~ Jumlah bahan bergantung pada berapa banyak daging awak. ~(o.o~)]
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

STIK DAGING.
                                     
1. Daging diperap dengan lada hitam, garam dan bawang putih.
                                 
2. Daging yang diperap diiletakkan ke dalam peti ais untuk beberapa jam. Lagi lama lagi bagus.

3. Panaskan kuali, letak sedikit minyak supaya daging tak melekat dan ratakan.

4. Masak daging tadi. 

5. Tutup kuali dengan penutup periuk nasi (pilihan) hahahahaha ok mase ni malas nak carik penutup kuali ni, sebab tu guna ni :p

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SAYUR CAMPUR.

1. Masukkan minyak dan tumis bawang putih.
2. Masukkan bawang besar yg telah dipotong.
3. Kacau dan masukkan cili merah.
4. Masukkan telur dan kacau.
5. Masukkan sayur, secubit garam dan ajinomoto.
6. Masak pulak  tauhu.
7. Sampai masak. 

8. Tabur dan gaul tauhu tadi kat atas sayur yang telah dimasak.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 HASIL GABUNGAN STIK DAGING DAN SAYUR CAMPUR.


Okay tu jelah, kalau nak cuba pun boleh. Aku makan tanpa nasi. Kira bajet orang putih laah. Selamat mencuba, byeeeeeeeeeeeeee

Nasi goreng.

Harini tekak aku nak makan nasi goreng kegemaran aku laa. Asalnya ni nasi goreng mak aku selalu buat masa pepagi aku nak pergi sekolah. Nasi goreng ni simple je jadi aku namakan sebagai "nasi goreng ala-ala malas" hahahahha bahan-bahannya pun cukup simple. Aku tak tahu macam mana nak tentukan bahan bahan tu masuk banyak mana jadi resepi dia aku namakan jugak "resepi agak-agak"
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bahan-bahan:
1. Bawang yang telah dipotong.

2. Cili kering.

3. Dua biji telur.

4. Belacan dan garam. 

5. Nasi. (gaulkan dengan garam)
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
        Cara memasak:

1. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
2. Masukkan bawang dan cili kering yg telah dipotong. 
3. Masukkan belacan.
4. Dua biji telur dimasukkan dan tunggu beberapa saat sebelum kacau.
5. Kacau.
6. Masukkan nasi dan letak laa ajinomoto sikit
7. Dah siappp.

8. Hidangkan. (tanpa telur masin)

9. Hidangkan. (dengan telur masin)





No. 8 dan 9 tu saje suka suka. (nak banyakkan gambar :p) Okay, kalau rasa nak cuba, cuba lah yee. Jemput tengok :p bye.

#THROWBACK

28 March 2014 haritu aku keluar dengan kawan kawan aku. Bestttttt gilaaa, pergi karaoke, menyanyi macam sawan. hahahaha best kot! Lepastu kitorang beli barang yang sama kat daiso. hahah, hari Isnin
bawak pergi sekolah sama sama. Kat bawah ni lah barang yang kitorang beli. Macam budak budak je rasa.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Yang ni pulak aku beli dengan Adlia. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Okay cerita kedua. 29 March 2014, hari Sabtu aku beli jam. Tapi kalau jam ni rosak pun aku simpan jugak. Istimewa, bagi aku :D Thank you Ayah :D



~TAMAT~



bye.
BLOGGER COPYRIGHT © 2019. ALL RIGHTS RESERVED BY BLOG YANAAZLAN