Haaaiii, setelah sekian lama aku tunggu hari ni. Semalam (8 ogos 2016), result UPU, USM & UM keluar. So harini nak cerita pengalaman temuduga aku di Universiti Awam.
Okay cerita dia bermula selepas aku dapat result sem 1 di matrikulasi (PSPM 1), kitorang wajib beli no pin untuk isi UPU. No pin UPU tak silap RM 15 kot, USM RM 40, dan UM freeee (bukan bawah UPU). Korang cuma perlu pergi ke website dibawah :
- UPU
- Universiti Malaya
- Universiti Sains Malaysia
Aku dapat peluang untuk bertemuduga di 3 Universiti Awam ; 1) USM. 2) UM. 3) UPM.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keputusan temuduga untuk USM keluar masa kitorang tengah final sem 2 (PSPM 2) Masa mula-mula keluar, reaksi aku biasa je, sumpah biasa. Sebab aku tengok kat Kubang Kerian, Kelantan. Aku ingat mungkin tak dapat hadir kot, sbb jauh. Aku call family, cakap aku dapat iv kat USM. Ibu cakap lepas je aku letak fon, semua berbincang nak gi bila nak bawak berapa duit, check hotel lagi. Hahaha alaa tak sangka pulak diorang happy. Alhamdulillah, ni kiranya first pengalaman aku interview lah. Sebelum ni tak pernah lagi. So, aku start buat research pasal USM, baca blog pengalaman orang lain time interview (Thank you kepada sesiapa yg pernah update pasal pengalaman interview, anda sangat membantu!)
Masa hari iv tu, aku dan family datang pukul 7:30 pagi sebab aku baca kat blog lain, sapa datang dulu, dia daftar dulu. Haha sampai je, mak aii beratur panjangggg gila. Ingat aku paling awal hahah. Masa tunggu iv, aku tak sihat sgt, sbb batuk. Risau sgt sbb takut ganggu time iv. So mak aku bagi ubat yg rupanya tak ubah macam seketul tahi kambing (ubat herba) Aku pun telan, tapi tak lepas, muka merah gila sbb nervous! Yeee aku akan muntah kalau aku nervous. Pastu buang je ubat tu. Haha ok cukup lah.
SO, aku prepare semuaaaaanyaaa in English DAN dalam bentuk Panel Interview (Interviewers and student, tanya common iv questions ; Why USM, Why Doctor dan lain-lain)
Lepas je daftar, dia bagi no giliran. Macam aku dapat kertas purple, so sape pegang purple, berkumpul (ada dalam 100 orang kot) Kitorang dibawa ke satu bilik ni, ada Lecturer terangkan cara-cara iv. Rupanyaaaaa. Kena MMI (Multiple Mini Interview) Aku memang takde idea lah kan pebenda tu haha. *kitorang kena jalan sampai Hospital USM, kat situ baru iv*
MMI :
1) Ada 9 stations, 5 active and 4 rest stations.
2) Ada masa 5 minit untuk active station (kena interview dgn seorang interviewer) dan 2 minit untuk rest station (rehat sekejap sebelum pergi ke active station seterusnya)
3) Kiranya ada 5 questions akan dibincang bersama interviewer.
4) Jawab antara english or malay.
Soalan yang aku kena jawab (lebih kurang eh sbb dah lupa) :
1) Describe the house you are living in. (English or Malay)
2) Show that you know about medical career pathway. (English)
3) Cerita tentang bakat, hobi, kejayaan (means dalam semua aspek bukan untuk medic je) (Malay)
4) Article : Do you agree that selfie sticks are dangerous? (English or Malay)
5) Article : Bagi opinion tentang perasaan orang yg terlibat dalam article tu (lupa pasal apa) (English or Malay)
Yang lain semua ok kot aku jawab, cuma career pathway tu sangkut hahah. Tergagap jugak la jawab sbb aku lupaa nak amik tahu pasal tu. Ok kalau korang terkena nanti, ni medical career pathway :
ye sesama
Habesss sudah lah sesi interview. OK ni saje je nak cerita. Alang-alang jalan jauh, family pun ajaklah cuti. Lalu tiga negeri ; Pahang -- Kelantan -- Terengganu. Besttt sangat lagi-lagi time kat kelantan, Pergi Rantau Panjang, barang murah-murah, mee sup celup sedappp. Nampak bendera Thailand berkibaran haha. Pastu kat terengganu singgah Pasar Payang, beli keropok2 semua tu. Pahang pulak beli satar. Makanan jeee xD. Apa pun, ni merupakan satu pengalaman temuduga yang besttt.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Okayyy next interview adalah di Universiti Malaya, Pharmacy Course.
Untuk UM aku memula macam taknak pergi sebab rasa macam impossible je nak dapat. haha tapi pergi jugak. Macam biasa, masa otw nervouss sampai nak muntah. Sebab dari rumah 30 minit je, ayah, ibu dan aku keluar pukul 7 pagi dari rumah. Sampai dalam 7:45 pagi. Sampai je, ade ramai orang kumpul tengah cari nama kat satu papan kenyataan, beriye2 cari tak jumpa. Kahkahh rupanya tuk akaun. Tu papan ke-tipu-an namanya. Pastu tanya lah sorang akak ni, dia tunjuk jalan kat satu bangunan ni. Check nama, tunggu jap, pastu ikut gi satu bilik tuto, tunggu giliran. Tak ramai ok yg datang time tu sbb masa interview tu kebetulan UKM pun ada interview untuk medic. Sebab tu kot. Pastu giliran aku, masuk, bagi salam. Ada dua interviewers (btw cecantik ok), dan iv ni dijalankan in English.
Antara soalannya ;
1) Introduce yourself.
2) Why Pharmacy?
3) Tell us about your talents.
4) Give names of medicines that you know. (Of course Aspirin was one of my answers xD)
5) How do you respond to rude comments in facebook? (Ok aku jawab I THANKED THEM sebab aku ingat "good" comments efvdsfnjvrlnvjkclvv)
6) Current issues in Pharmacy.
Dan seterusnya. Lupaa soalan apa, tapi simple questions jee macam tengah berborak dengan interviewers tu. Tak stress pun nak jawab.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Last sekali, di UPM. Alhamdulillah dapat peluang lagi untuk Doktor Perubatan. Kawan aku, si Nabeb tu dapat UKM, Doktor Perubatan jugak. (OK Nab aku dah mention kau gak) hahaha, mula-mula rasa macam terkilan sangat sebab tak sama dengan dia, first choice dia UKM aku pulak UPM. Second choice terbalik. Tapi takpe. Untuk UPM ni, sebab last kan, jadi aku preparee dari A sampai Z lah jugak. Buat research tentang UPM sbb aku banyak baca kat blog, kena tahu sejarah UPM. macam mana boleh tukar dari Universiti Pertanian Malaysia ke Universiti Putra Malaysia. Kagum dan teruja jugak lah sbb UPM ni besar, dan paling best berkaitan dengan alam sekitar! Sangat damai rasanya~ Sebelum iv, UPM ada call suruh datang pukul 8 pagi, tukar waktu. Jadi aku ayah dan ibu datang lah dalam pukul 7;30 pagi. Tunggu kat satu dewan ni, lepastu daftar nama, dan siap tangkap gambar lagi. Nama kitorang dah siap2 susun untuk bilik temuduga. Aku bilik no. 9 kot. Sangatlah sistematik dan tersusun ok. Lepastu kena dengar ceramah dulu, tips2 sebelum interview. Lepastu bergerak ke satu dewan kuliah, untuk tunggu giliran.
Tibanya giliran aku, ketuk dulu, sebelum duduk bagi salam dulu. Ada 2 interviewers (lelaki dan perempuan) semua pangkat Dr Prof. Gementar mula menyelubungi diri (tetibe). Ni panel iv macam biasa je. It took about 15 - 20 minutes. Kalau interviewer tanya dalam malay jawab malay, english jawab english okk
Antara soalannya :
1) Perkenalkan diri anda.
2) Kenapa pilih UPM.
3) Sebelum ni ada volunteer mana-mana tak (yg ada kaitan dgn medic)
4) State one of the syllabus in medicine.
5) What do you know about anatomy.
6) How many years are there in clinical years.
7) *Bagi kertas yg ada soalan* Pendapat kalau one of my friends tulis benda buruk tentang my teacher.
Dan seterusnyaaaa. Walaupun ada beberapa soalan aku tak dapat jawab, tapi takpelah. Benda dah lepass. Lepas je balik dari UPM, terusss tengok KDramaa. Dah freee ok dari interview.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
So, GOOD LUCK on your interview! Doa banyak-banyak k. Kalau ada rezeki, InsyaALLAH.















