Second year (SEM 2)

3/9/2018 -- 1:22 AM


ASSALAMUALAIKUM...... 
HAIIIIIIIIIIIII SEMUAAAAAAA!!! 

Setelah sekian lama aku kumpul mood nak update blog pasal second year sem 2 ni, akhirnyaaaaaaaaaaaa, terimalah ~ Btw, aku dah banyak lupa apa yang jadi sepanjang sem 4 ni, sebab otak dah tak berfungsi sejak kerja 2 bulan ni. Aku tengah update blog ni sambil replay lagu OAB - Kisah Antara Kita. Uishhh jiwang



1) SCHEDULE 
Jadual untuk sem ni padat macam biasa, sepadat lemak aku masa hari raya haritu. Kebanyakkan kelas 8 pagi sampai 5 petang. Biasa lab paling malas, tapi kalini tak banyak sangat lab report so yeahh aku lagi suka lab. Tests, quizzes, presentations and lab tests? Uihhhh banyakkkk. Pernah seminggu tu ada 3 tests, pernah ada 2 tests dalam masa sehari, pernah ada 1 lab test (which carry 20% marks) and next day ada cardiovascular disease test (one of the killer subjects) Haaa tercungap-cungap sissey nak study semua tu. Tapi Alhamdulillah aku dan rakan-rakan survive dengan jayanya. Too many new terms yang kitorang kena ingat, more drugs, mechanism of actions and diseases! Stress level? 100% NAMUN BEGITU, aku sedar ni sikit je aku rasa nak dibandingkan apa yang bakal aku tempuhi waktu third year, comeonnnn tahun paling stress kot. Tak kira final year lagi haaa prp lagi whyyyyyyyy aku ambik course niiii. Ok yana tenang


2) PHARMNIGHT 
So, theme pharmnight untuk tahun ni is "Neverland Neverends" I enjoyeddddd all the shows and of course, the fooooooood. Yummmeehhhh. Kitorang yang second year ni sebagai tetamu je, next pharmnight baru kitorang yang kena buat.











3) SOCIAL ENGAGEMENT
This program macam lebih kurang UCE, program luar. This time kitorang pergi Rumah Asnaf Al-Barakh, 28 April 2018. Apa yang special sangat bagi aku, adik-adik dekat sana. They were such sweet, innocent and happy kids i LOVEEE them so much. Aku biro makanan, banyak pengalaman yang aku belajar, lagi lagi macam mana nak order makanan, bajet yang diperuntukkan, masa untuk ambik makanan bila, since benda makan dan boleh basi. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Thanks to semua ahli biro makanan especially farhan, rahman dan shahrin sebab jadi driver ambik makanan kat kolej. Semua sangat membantu, ada peranan masing masing dan dah kenapa aku type nerd sangat ni. Apa yang palingggg aku tak boleh lupa, ada adik ni, hashim namo ea, bagi aku bungaaaa! maybe atas faktor aku pujuk dia ajak makan mcd sama sama (lecturer belanja) sebab dia kena buli dengan kawan kawan dia? Hmm anyway, dia sampai cari aku time kawan aku datang sana nak ambik barang, bawah ni convo aku dengan kawan aku. Terharunya alahaiiiii nanti akak liyana datang jumpa hashim okay? Anddddd lagi atirah dan amira. Dua adik manis ni belanja aku dengan fira aiskrim before kitorang balik. Awhhhh sweet sangattttttttt rasa taknak balik je. Aku harap sangat adik-adik dekat rumah asnaf ni membesar dengan berjaya, jadi anak soleh solehah dan berbakti untuk masyarakat suatu hari nanti.


COMEL KAN?!

Hashim

from hashim, atirah & amira

fx yall


:)

4) FINAL
Salam final kali ni paling haram antara semua tutup salam

tak tipu je. Alhamdulillah aku dan rakan-rakan yang lain lulus semua subjek. Masa final sekali-goose dengan puasa, paling tak best ok. Penat. Tarikh semua subject pulak semua rapat, 4 hari berterusan cuti sehari pastu sambung lagi ughhhhhhhhhhhhh penat kakak kejar. Almost setiap hari aku tidur 2 jam je. Balik jawab paper tidur kejap sampai zohor. Paper pulak semua start 8:30 pagi sampai 11 pagi. Aku dengan fira balik rumah sewa jalan kaki je sebab nak tapau untuk berbuka kat medic cafe. Tapi pelik gak walaupun final time puasa, patutnya berat turun lah kan tp pahalll aku makin naik?! Aaaa biarinnn. Last paper memang paling barai. Tidur pukul 3 pagi bangun 5 pagi. Pergi DTC 7 pagi, jawab exam 8:30 pagi sampai 10:30 pagi. Lepastu sesi tangkap gambar semuaaaa. Balik rumah 12 tengah hari. Rest kejap, after zohor terus gerak NU sentral -- jalan tar -- sogo dataran merdeka untuk buka puasa dengan housemates!! Tak cukup dengan tu, kebaraian tu dibawa pula malam tu kitorang gotong royong kemas rumah since esoknya semua nak balik. Aku, fira dan hawa kemas dapur. Hampir 24 jam jugak lah aku tak tidur nasib tak pitam je. Tapiiiiiii tu semua kenangan, pahit getir aku bergelar student haa gituuu. Dramanya. Disebalik kebaraian, stress, tak cukup tidur plus puasa pulak tu, aku rasa gembira sangat sangat sebab rasa macam satu beban tu dah terlepas. Aku happy dapat jalan-jalan dengan kawan, buka puasa kat dataran merdeka sama sama, memang the real definition of merdeka betul bagi aku.

Batch 2016/2020

Final exam - DTC

Housemates


Dataran merdeka




5) RAYA
Raya tahun ni aku raya kat Negeri Sembilan. Paling excited kalau raya kat kampung sebab ada bakar lemang, masak rendang satu kuali besar, ketupat, nasi impit semua tu. Tu sebab lemak lemak aku bergegar dan padat dek kerana makanan makanan yang tersedia depan mata masa raya haritu. Hasilnya? berat aku naik mendadak kot!!! Nak tangkap gambar raya pun malu sebab gemok. Aku yang dah sememangnya gemok ni pun bertambah-tambah lah gemok. Hmm. Sedih. Tapi masalahnya sedap makan. Masalahhhh betul

Kebun getah atok


Atuk dan nenek kampung belah ibu


Terencat part 1

Terencat part 2

Sampai ayah kena tenangkan

Keluarga belah ayah


6) KERJA
After 3 weeks dekat rumah, aku pun mula lah mencari arti hidup sebenar aku. Aku cari lah kerja dan dapat dekat area rumah aku, bb kimwah. Aku kerja 2 bulan je, Jumaat lepas last aku kerja (31/8/2018) Best experience everrrrrr. Aku sayang sebenarnya nak berhenti tp tulah, nak buat macam mana, kelas dah nak start. Setiap pagi lepas bukak kedai, bawak keluar semua barang, kerja aku mop lantai. Hari hari selama 2 bulan ni lah. Kau bayangkan lah sampai hancur mop tu aku kerjakan, pastu bila dapat mop baru, aku happy. Hahaa lagi satu, kat sini aku suka cuci tandas. Kalau bosan-bosan, aku cuci lah sampai wangi. Aku dikelilingi dengan orang orang yang baik. Dapat customer yang problem tu pun boleh dikira dengan jari. Mostly semua baik baik. Akuuuu sukaaaa buka cerita pasal study if ada anak customer datang nak beli barang untuk sambung study. Ada sorang aunty ni mintak nasihat aku untuk anaknya kat matrik tu. Heheee aku pun apa lagi, haaa dari A sampai Z aku keluarkan segala tips dan pendapat yang aku ada. Emmm setakat ni dah jumpa 3 potential mother in law to be kahkahhh. Pastuuuu aku ada kawan baru, dia pun study kat um jugak, tapi phd lah. Johnson namo eaa. Galuth!! anak customer favorite aku. Comel sangat macam anak cina. Kak farid, sambal akak paling rare. Terima kasihhh sebab selalu bagi makan. Paling tak boleh lupa masak lemak cili api, bakso dan sambal jawa tu. Jangan risau, semua resepi makanan akak ni aku dah ambik. Aku selalu teman manager aku pergi hukm, ppum pun pernah naik lrt. Hahaha. Last sekali, kawan kawan yang lain, husna, aishah, mimie dan killa. Sesungguhnya hari hari aku sentiasa dipenuhi dengan gelak tawa sebab diorang ni.

Cutiepie

Btw ni lah aktiviti yang aku buat, bila rehat setengah jam tu. Mesti tidur kejap.

Hihihi


7) EAR INFECTION
Aku ada ear infection, or should i call chronic ear infection? for almost 3 months wehhh. Hanya Allah je tahu macam mana sakitnya telinga aku, hari hari aku kena tahan berharap segala ubat ni boleh membantu, at least kurangkan sakit tu pun jadi lah. Aku start kena masa final sem 3, berlanjutan masuk sem 4, tiga bulan sakit. After final sem 3 tu aku pergi klinik pelajar um, rupa-rupanya ada otitis media [Otitis media is an ear infection caused by bacteria] So, dapatlah antibiotic (amoxicillin) dan eardrop antibiotic. Lepastu dah okay kejap. Masa sem break tu, aku sakit balik. Kali ni lagi teruk. Since dekat rumah, aku pergi klinik batu 14. Masa tu separuh kepala aku ni sakit, berat, macam penuh dengan air. Kat klinik tu, kena tembak air masuk telinga, so keluarlah ada benda hitam apa tah. Telinga aku dah bengkak time tu. Telinga kiri. So apa sebabnya? sebab aku suka korek telinga guna cotton bud, sampai bengkak, tu sebab jadi bacteria infection. Hmmm.... Kesakitan dan kesengsaraan aku tak berakhir kat situ. At first, memang kepala ringan balik lepas cuci telinga tu. Tapi malam tu, sakit balik. Kali ni, aku rasa macam pedih pedih. Suruh akak aku tengok guna lampu, ambikk kauu ada tompok tompok putih kat dalam telinga. So esoknya aku pergi lah klinik Azlini, doktor check rupanyaaa ada nanah. Patutlah kepala sakit, pedih je rasa. Aku dapat erythromycin (oral), eardrop pulak, gentamycin...... kot. Yang part ni buat aku paling trauma, masa aku nak guna eardrop tu, pedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhh nak mampus weh sumpahh. Aku sampai menangis sebab pedih tu sampai boleh rasa kat tekak dan kepala. Aku skip eardrop, just makan antibiotics je. Still, tak elok elok. Sem break dah habis, risau aku. Kat UM aku pergi klinik pelajar lagi, and doktor buat surat refer dekat pakar (ENT clinic dekat PPUM) Nasibb baik betul betul bawah lecture hall. Sedihnya, aku kena skip kelas semata-mata nak follow up checkup kat ppum. Mula mula doktor cakap aku ada otitis media, so dapat lah antibiotics lagi (yang ni dah kali ke empat aku dapat) tapi sayangnya, masih tak sembuh. Tapi makin sakit, sampai aku try korek telinga guna kapas, keluar cecair hijau, pekat, plus warna hitam-hitam. You know, hingus yang thickk tu? Haa macam tu lah. Setiap kali bangun telinga kiri aku mesti keluar air (tak tau air apa) Aku pun pergi lah jumpa lagi doktor, ni yang ke-lapan kali. Doktor tu check, dia cakap sebenarnya aku kena fungal infection (btw fungal infection boleh terjadi kalau overuse of antibiotics, the fungiii might overgrow, happily inside your ear) so that was the case. Doktor tu pun cuci lah telinga aku, sedut sedut pakai vacuum kot hahah. After that, memang segala sakit kepala, telinga ni hilang. Cuma telinga pedih sikit sebab lama sangat sakit. So doktor tu pun prescribed clotrimazole ear drops. Selang beberapa minggu, barulah sembuh sepenuhnya telinga kiri aku. Final checkup (total = 11 doctors) buat test if telinga aku boleh dengar ke tak, ada any complications from the infection ke tak, semua tu lah. Alhamdulillah semuanya baik baik sahaja. But, I started to experience tinnitus, hampir setiap masa, sampai sekarang, ada. Kalau sunyi, lagi lagi time nak tidur lah, selalu ganggu. Tapi lama lama dah biasa, aku tidur je. Maybe side effects antibiotics aku ambik? or complications dari ear infection? Entah lah. Aku okay je asalkan telinga kiri aku ni tak sakit macam dulu.

INGAT!! JANGAN KOREK TELINGA PAKAI COTTON BUD OKAY!!!! 
kalau taknak kena macam aku....... sememangnya mengganggu aku nak study. 

Setiap dua minggu kena jumpa doctor

My case. Selalu jawab soalan case patient lain masa exam xD

Ear drop polymixin ni lah yang buat telinga aku pedih nak mati tu......

Got these from PPUM. Thank you!

Masa mula mula kena, pergi klinik pelajar um

:(

Last sekali guna fungal ear drop


Haaaaa okayyy itu je lah. Penat gak aku type dari tadi tak berhenti. Banyak lagi nak membebel tapi tak tau nak start dari mana. Buat masa sekarang, ni je lah mampu aku share. Tahu takde siapa baca hahaha okay bye!







Terimalah..... video pelik dari saya.



4:59 AM -- 3/9/2018

No comments:

Post a Comment

BLOGGER COPYRIGHT © 2019. ALL RIGHTS RESERVED BY BLOG YANAAZLAN