Random thoughts.

 Kamu adalah bukti, dari cantiknya paras dan hati. 
Kau jadi harmoni saat ku bernyanyi, tentang terang dan gelapnya hidup ini ~

Few years from now, aku rasa aku dah boleh start plan hidup aku. Haha no noo, sekarang pun dah ada plan sendiri. Dah siap buat umur aku kena achieve goals. Let see if I can unlock those achievements! Cehh dah macam game pulak. Anywayyyy, post kali ni saja je nak borak-borak sebelum aku balik um hari sabtu ni.

Firstly, bulan 6 2020, aku dah habis study (dengan izin Allah kalau takde kena repeat paper), Oktober 2020 aku 🎆 GRAD  🎆 Masa tu , aku 23 tahun #sosadsebabdahmakintuaikenotacceptthishmm. Dan aku percaya, realiti dunia sebenar bermula after aku grad. Lepastu, setahun buat PRP, for this one aku tak boleh nak agak sebab kalau ada luck, aku dapat interview awal, kalau tak, kena tunggu setahun baru dapat buat PRP (PRP is Provisionally Registered Pharmacist.) So basically, my first job ever bila aku umur 25 tahun (InsyaALLAH) Aku tak decide lagi (cehh macam lah boleh decide sesuka hati) kat mana aku nak kerja, macam hospital ke, industry ke or teaching ke. Sebab banyak pilihan. Masa final year kot baru nampak aku lebih suka yang mana. Aahhhhhhhhhhhhhhh part ni paling aku suka, goals yang aku kena achieve pada masa masa tertentu.

23 - Graduate

24 - PRP 
Doakan aku dapat PRP cepat cepat okay!

25 ~ 26 - First job 
Along the way, aku kena start kumpul harta, beli kereta dan start kumpul duit beli rumah. Paling aku tak sabar, nak bagi ibu dengan ayah duit gaji aku every month!! Sumpah wehh.... tak sabar.......

30 ~ 35 - Community pharmacy
Masa ni start cari business partner (bukan life partner hahah) untuk bukak community pharmacy! Dari sebelum start belajar lagi sebenarnya aku suka community pharmacy, tapi tu lah, kena ada ilmu dalam business.

32 (10 years from now) - Travel 
Aku nak travel! Sama ada dengan family, sorang, atau dengan suami. Hahaha tapi serious, aku teringin sangat nak travel. Takde tempat specific nak pergi, tapi nak tempat tu ada view yang cantik gilaaaa, banyak hijau (macam gunung or bukit) atau banyak laut. Tempat yang mana aku boleh buat macam-macam aktiviti yang bersifatkan nature macam hiking.

KALAU ada rezeki, aku nak sambung study sampai Phd. Boleh ke tak eh aku capai semua ni? Perancangan Allah tu lebih baik dari segalanya. Aaaaaaaaaaaaaa ni saja je cerita. Mana tahu akan datang apa yang aku plan, berubah 100%. Who knows. Tapi aku takkan biarkan diri aku menganggur, I wont let that happennnnn. Even aku kena kerja tempat yang bukan bidang aku, aku akan kerja asalkan ada income setiap bulan.

Ada sorang akak kat tempat kerja aku ni, dia selalu cakap, tanam baik, dapat baik. Pergi lah kat mana-mana pun, apa pun yang kau buat, kena sentiasa beri manfaat kat diri sendiri DAN orang lain. Aku baru 21 tahun, pengalaman aku pasal dunia ni sikit nak dibandingkan dengan orang lain. Aku ni terlalu kerdil untuk menceritakan hal-hal dunia......... k diam eh emosi sangat pahal ni. Tapi aku percaya yang benda baik kita buat, mesti akan dibalas nanti. Be good and do good. Kau tak rasa ke hidup ni terlalu singkat untuk dipersiakan? Masa itu emas #tibatiba. Bagi aku bila dah masuk 30-an, aku ni umpama ahjumma. Hahaha tak readyyy. Next year aku dah 22 tahun. Lepastu lagi 8 tahun aku dah jadi ahjumma camne niiiiii. I hope i can turn back the time, sebab....... aku nak record semua (yang happy je lah) benda jadi dulu, kalau lah dulu aku tahu aku akan rindu saat-saat tu........ masa kat sekolah, matriks (paling paling rindu) dan akan datang, degree life aku ni.

For those yang still struggle, I wish you nothing but the best! Teruskan, setiap usaha yang kau lakukan, semua pasti akan terbalas, suatu hari nanti.

"Every situation in life is temporary. So, when life is good, make sure you enjoy and receive it fully. And when life is not so good, remember that it will not last forever and better days are on the way" 
- Jenni Young @thegoodquote 




No comments:

Post a Comment

BLOGGER COPYRIGHT © 2019. ALL RIGHTS RESERVED BY BLOG YANAAZLAN