MEMORIES (Part I)

~Assalamualaikum


25/8/2016 -- 2:43 A.M

Tinggal lagi beberapa hari je lagi nak sambung degree. Jadi, aku nak habiskan sisa-sisa terakhir sebelum masuk U ni dengan post pasal barang-barang yg penuh dengan kenangan. Haha aku jenis simpan barang, tiket bas pun simpan ok! Tapi tengok tarikh lah, dan peristiwanyaa.

Tadiiii kan, (ni saje je cerita) aku ikut family hantar kakak aku gi klinik, sebab dia sakit tekak tak elok2. Aku duduk je dalam kereta sebab tak pakai selipar time keluar tadi hahah, terus masuk je dalam kereta. Yelah dah malam kan. Lepas je dah selesai check semua tu, tekak kakak aku bengkak. So tadi sebab aku dah google punca bagai. Aku cakap lah penyebabnya sebab ada bakteria nama Streptococcus (Google je ok aku pun tak tau xD)

Pastu ibu aku terus : Alaaaa kakngah buat la rayuan tuk medic tu

Ooooo takleh move on lagi rupanyaaaa hahaha

Ayah : Takpelahh bukan rezeki, nanti mana tau akan datang anak kakngah pulak jadi doctor. Macam ayah pun tak sangka semua anak ayah sambung study kat Universiti. Dulu ayah takde peluang nak sambung belajar sebab nenek kau takde duit, atuk kau tak mampu nak bayar yuran..

Terbit rasa syukur yang amat sangat bila dengar ayah cakap macam tu :'(

Nak tutup kes, aku cakap dengan semangatnya

Me : Alaa takpelah, kalau kakngah tak boleh jadi doktor, kakngah kawin je lah dengan doktor!

Semua pun gelak. Hahahaha tahu kan yang aku tipu je cakap macam tu xD Sesungguhnya Ajal dan Jodoh itu rahsia Allah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okayyyy, mari kita teruskan dengan topik post ni. Sebenarnya aku start mengumpul barang-barang kenangan ni sejak sekolah rendah lagi. 
Sebelum ni aku pernah post pasal "Hasil Tangan" --> *click* Haa yang ni pun kira barang kenangan aku jugak lah. 

Jadi, nikmatilah setiap gambar di bawah berlatarbelakangkan selimut aku. Hahaha sorry

1) GUITAR
Aku beli guitar ni masa tahun 2010 kot, guna duit raya. Tapi kan, aku pernah main lagu happy birthday je. Hahaha aku malas nak belajar main guitar. Jadi buat hiasan je. 

2) SAMSUNG CORBY 2
Ahhhh sumpah sayang fon ni. Tengok tuuu takde calar punnn. Boleh hidup lagi ok, banyak msg dan lagu aku simpan. Oh yee, selain penyimpan barang-barang antik, aku juga suka save msg yg bertahun2 dulu.

3) LAPTOP
Okay start dari gambar kedua, kiralahh berapa banyak barang pink aku ada. Yeesss aku peminat tegar warna pink. Hahaaa, laptop ni ayah belikan untuk sambung study masa matriks haritu.

4) FIXI
Ni buku fixi yang aku kumpul, 6 je, sebab baru minat. Tapi aku baru baca gantung dan mental (pinjam kawan). Yang lain tak pernah sentuh pun. Tak tau lah bila nak ada mood membaca tu. Buku fixi ni sangat masuk dengan aku sebab aku suka cerita yang Plot Twist dia level 999 dan paling penting, Psiko! 

5) BEG
Ni semua salaaah KDrama. Sebab dorang selalu pakai beg macam ni, aku pun terikut. Tapi beg ni jarang sangat pakai.

6) BEG KITTY
Aku beli time form 5, pakai masa SPM. Tapi sekarang tak pakai dah sebab malu nak pakai hahaha. Ni beg berharga la jugak bagi aku sebab ni first time aku order online!! Resit dia pun aku simpan lagi ok.

7) HOODIE
Mata aku akan sentiasa tertarik kat Hoodies. Kat atas ni paling aku sayang. Beli tahun lepas kot? entah lah tapi tak selalu pakai.

8) MR. TIGER
Tabung ni.. beli kat Mydin!! RM 10.90. Aku cepat tertarik kat benda-benda comel. 

9) HASIL TANGAN
Ni antara hasil kreativiti aku. Benda ni dari form 3 dah ada. Time tu kreativiti aku paling tiba-tiba je, kiranya tibe je minat benda-benda ni, macam origami semua tu. Eh takk, sebelum tu memang suka crafting pun. 

10) HADIAH BIRTHDAY
Teddy bear ni hadiah daripada Cheetah, geng time sekolah menengah. Time form 5. Thank youuu my girls! Tapi aku macam tak rela lah sampai sekarang Adlia tak tulis ucapan tuk aku. Sebab time nak bagi dulu tak sempat. Kurang satu wish :'(

11) TEDDY BEAR
Ok ni dari kawan lelaki aku, kitorang memang rapat dari form 3. So masa nak masuk matriks dulu, dorang ajak makan KFC, pastu masa jalan-jalan tu, tetiba kawan aku sorang ni keluarkan teddy bear dari beg dia. Haha takde special feelings ok, cuma friendship kitorang yang indah je hahah. Thank you E! ;)

12) ROSE
Ni sejak zaman bila tah ada. OHHHHHH YEE, ni tisu dari rumah Dini, aku ambik satu. Time tu raya ramai-ramai. Form 4 ke Form 5. Antara tu lah. Hahah sebab warna merah, aku buat bunga rose. Sayang ok nak buang.

13) BLACK BOOK
Buku ni aku beli secara tak sengaja kat IOI, kalau tak silap. Sebab cuteeeee sangat. Tapi macam biasa, banyak kosong je.

Pastu aku selak-selak, jumpa benda ni! Hahahaha apa niiiii betul ke ni aku yang tulisss aku meraguinyeeeee. Faham tak? Jap jap

"Hye.. nama saya Liyana. Duduk kat Puchong. Suka berkawan. Saya tak suka orang yang cari pasal dengan saya. Sebab saya akan cari pasal dengan orang itu sampai saya puas hati. Oklah sampai sini je.. Ok bye.." 

*Tanda tangan jawi*
(LIYANA)
HAHAHAHAHAHAHA

14) WWE
Tahu kan aku pernah minat WWE sebelum ni? Haaa ni senarai nama WWE SUPERSTARS yang aku dan adik aku berjaya senaraikan. Bukan setakat tu je, ni sekali dengan Belt dan Finisher! Tapi kau jangan jeles k! sebab 30% dari semua ni kitorang google je! Hahaha eh tapi bangga lah jugak sebab lagi 70% boleh ingat. OK so kau kena jeles!

hehe sorry tersakai

15) KAD
Gambar first untuk birthday ayah (lupa bila tapi lama dah). gambar kedua birthday ibu baru-baru ni. 31 July 2016 :) Sebenarnya ada lagi kad dulu-dulu. Tapi malas nak tangkap gambar. Haaaaaaaa ni nak cerita sikit. Dulu kan, time form 2, masa ada pendidikan seni. Kitorang kena buat kad raya ikut kreativiti memasing. So biasalah aku kan, kalau bab-bab ni, kalau boleh last sekali result mesti BOOM punya lah, dan YE! Memang lawaaa gila aku buat kad, sebab? aku guna warna kertas A4 yang pekat-pekat. Kad aku bukan yang bukak cam biasa tu, tapi jenis yang bertingkat camne ehh nak explain. Tapi lain lah. Paling penting, aku tak tulis pape pun, tapi aku tampal guna doodles, cartoon yg aku cari kat internet. Tampal guna double tape yg tebal tu so mcm ada effect bila pegang. Kira tak smooth laa kalau pegang. Kahkahhh gigih jugak lah buat. So aku hantar lah. Pastu cikgu simpan kad tu, siap tunjuk sebagai contoh lagi kat kelas lain. Harap sangat cikgu simpan lagi. Berhargaaa bagi aku. 

16) STICKERS
Stickers ni aku kumpul dari zaman bila tah. Darjah satu? Tapi dari kecik lagi lah. Stop beli stickers semua ni time form 3. Tahu tak Uncle yg jual roti pagi-pagi tu? Hahaaa aku selalu beli kat dia. Kekadang kalau jumpa kat luar dah menjadi satu kewajiban bagi aku untuk beli stickers ni. Kat atas ni antara stickers yg aku kumpul. Lepas beli je mesti tampal kat dalam satu buku ni (gambar no 1) Sampai lah comot buku tu jadinya. Seb baik dah balut awal-awal. Kalau tak sikit lagi mcm belacan.


17) KEYCHAIN
SO ni lah keychain2 aku, kat atas ni antara favorite keychains aku. Ada yang beli sendiri ada orang bagi. 

Antara favorite sebab yg Petak tu dari sekolah rendah (2009), Tangan tu sekolah menengah (2014). Dua-dua tahun senior aku. 

Keychain di atas ni dari kawan aku, Dini. Dia bercuti, dia belikan aku dan kawan-kawan yg lain keychain sebagai hadiah. Thanks :D

Dari Nadhrah, comeeeel sangat. Thank you :)) Siap ada lampu lagi okkkk

Yang ni pulak aku order dari kawan sekolah menengah. Murah je. Ni buat sendiri. Cantikkannn

Cara aku susun keychain dan origami kecik-kecik tu.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okayyy sampai sini jeee. Kalau nak sambung tengok PART II *click*




No comments:

Post a Comment

BLOGGER COPYRIGHT © 2019. ALL RIGHTS RESERVED BY BLOG YANAAZLAN